Keletihan adalah fasa yang biasa dilalui ibu-ibu hamil, terutamanya semasa trimester yang pertama. Saya sentiasa berasa letih, dan kebanyakan masa, saya hanya mahu berbaring ataupun tidur.
Dalam trimester pertama, keletihan atau kepenatan banyak disebabkan oleh perubahan hormon, paras gula dan tekanan darah yang lebih rendah, serta perubahan kepada kadar metabolisma tubuh ibu yang sedang berkerja kuat untuk menghasilkan sel baru untuk bayi.
Jika anda menghadapi keletihan atau kepenatan, di sini adalah beberapa petua yang mungkin boleh membantu:
Tips atasi keletihan ketika mengandung
#1. Peka pada badan anda
Jika anda berasa letih dan berada di rumah, tidur sebentar dengan meletakkan kaki pada kedudukan yang lebih tinggi. Tetapi jika anda berada di tempat kerja, rehatlah seketika untuk mengurangkan rasa penat.
Cuba tidur lebih awal pada waktu malam, dan dapatkan rehat yang secukupnya.
#2. Beri keutamaan kepada tugas harian
Apakah tugas penting yang perlu disiapkan hari ini? Apa pula tugas yang boleh disiapkan esok ataupun minggu depan. Rancangkan tugas harian anda supaya anda hanya siapkan tugas yang penting sahaja.
Penting untuk mempunyai planner agar hari-hari anda lebih terurus, anda boleh melakukan tugasan dengan lengkap disamping mendapat rehat yang cukup.
Utamakan apa yang penting terlebih dahulu, yang kurang penting boleh minta suami atau anak-anak yang sudah besar uruskan. Atau tunda tugasan itu pada hujung minggu agar boleh dilakukan bersama.
#3. Aktiviti tenang untuk kanak-kanak
Carikan aktiviti tenang, yang boleh dilakukan bersama anak di rumah. Contohnya, anda boleh membaca buku atau buat aktiviti warna bersama-sama. Ini membolehkan anda untuk meluangkan masa bersama anak, tanpa menggunakan terlalu banyak tenaga.
Elakkan permainan yang perlu kejar mengejar, jika anak-anak mahukan sebegitu, explain dengan baik tentang fasa yang anda lalui sekarang.
#4. Vitamin dan minuman yang berzat
Jika anda sedang mengambil vitamin untuk ibu hamil, tahap zat besi badan sepatutnya normal. Tetapi jika doktor mendapati anda kekurangan zat, amalkan minuman yang sihat untuk pastikan anda kekal bertenaga.
Makan makanan yang berzat dan ingat untuk minum air yang secukupnya. Anda juga boleh mengambil minuman bertenaga semula jadi seperti air limau, air kelapa, jus buah-buahan dan jus sayuran sebagai pembekal tenaga. Maklumlah mungkin di fasa ini nak makan pun tak lalu, jadi air boleh menjadi pilihan tepat.
Jangan lupa untuk mengambil set vitamin yang lengkap serta vitamin-vitamin lain yang disaran doktor pakar.
#5. Bersikap realistik
Sentiasa berkomunikasi dengan suami dan keluarga tentang apa yang anda mampu lakukan. Jika suami anda suka keluar sekeluarga pada hujung minggu, tetapkan had masa yang munasabah.
Ataupun rehat seketika, kalau suami sudi menjaga anak-anak lain, supaya anda cukup tenaga untuk keluar sekeluarga kemudian.
#6. Ikuti Diet yang Sihat
Doktor menyarankan untuk mengikuti diet berkhasiat untuk melawan keletihan kehamilan. Makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran organik, dan elakkan makanan yang diproses sebanyak mungkin. Anda juga harus menjauhi karbohidrat yang cepat dicerna seperti roti putih, kerana ini menyebabkan anda cepat letih dan rasa lebih mengantuk. Makan makanan rendah lemak yang tinggi zat besi dan protein juga boleh membantu. Dan pastikan kekal terhidrat!
#7. Bersenam Setiap Hari
Lakukan senaman harian walaupun anda merasa letih. Pakar mengatakan senaman aerobik, seperti berjalan pantas, mampu membuat anda merasa lebih baik. Bersenam juga boleh menjadikan tidur lebih baik, dan meningkatkan mood anda dengan melepaskan endorfin.
#8. Cukup Tidur
Tidur selagi anda punyai waktu. Dan lebih elok jika aktiviti siang anda membolehkan anda mendapat lapan hingga sembilan jam setiap malam. Jangan teragak-agak untuk tidur siang bila-bila masa, nap 15 hingga 20 minit boleh menyegarkan diri, menurut doktor. Tetapi berhati-hati dengan tidur berlebihan ia boleh membuat anda merasa lebih letih.
#9. Hadkan Kafein
American College of Obstetricians dan ginekologi menyimpulkan bahawa pengambilan kafein sederhana (kurang daripada 200 miligram atau 1½ cawan kopi sehari) tidak menyumbang kepada keguguran atau kelahiran pramatang. Walaupun begitu, Dr Andrew Weil seorang doktor selebriti dari Amerika tidak mengesyorkan minum minuman berkafein secara berkala semasa mengandung atau menggunakan perangsang semula jadi, seperti rhodiola (Rhodiola rosea), eleuthero (Eleutherococcus senticosus) atau ginseng. Kesan perangsang mereka boleh mempengaruhi tidur dan mood anda.
#10. Berehat
Kehamilan memang memberi perubahan dalam badan anda. Anda menghasilkan lebih banyak darah, degupan jantung anda meningkat, dan anda menggunakan lebih banyak air dan nutrien. Terdapat juga kecelaruan emosi yang melonjak di dalam minda anda, yang mana membuat anda merasa terbeban. Ambil peluang untuk bersantai dan berehat – sebelum hadirnya bayi menangis membuat anda terjaga sepanjang malam. Anda mungkin perlu menyesuaikan jadual anda dan membatalkan rancangan sekali-sekala, dan ia tidak mengapa!
Bercakap dengan doktor anda jika anda hamil dan mengalami keletihan berterusan, anda mungkin perlu menjalankan ujian untuk memastikan anda tidak menghidap anemia atau hipotiroidisme.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga:Ini Sebab Mengapa Trimester Ketiga Adalah Fasa Paling Sukar, Bertabahlah Ibu