TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Perut Mengeras Semasa Hamil? Ini Puncanya Mengikut Trimester Kehamilan

5 min bacaan
Perut Mengeras Semasa Hamil? Ini Puncanya Mengikut Trimester Kehamilan

Perut mengeras dan bayi aktif bergerak adalah antara simptom yang mungkin anda rasa ketika sedang hamil, namun ia adalah perkara biasa.

Perut mengeras dan bayi aktif bergerak adalah antara satu keadaan yang akan dirasai oleh mana-mana ibu sedang mengandung. Ini kerana kehamilan adalah tempoh yang penuh dengan pelbagai perubahan fizikal dan emosi.

Isi Kandungan

  • Perubahan Tubuh: Perut Mengeras Dan Bayi Aktif Bergerak
  • Kenapa Perut Mengeras Semasa Hamil?
  • Punca Perut Mengeras Semasa Hamil
  • Braxton-Hicks vs Saat Melahirkan
  • Risau Perut Mengeras Semasa Hamil? Berjumpalah Dengan Doktor

Perubahan Tubuh: Perut Mengeras Dan Bayi Aktif Bergerak

Kehamilan memang pengalaman yang penuh kejutan! Selain daripada segala perubahan besar dalam hidup, tubuh ibu juga tak ketinggalan berubah seiring dengan masa.

Salah satu perkara yang kadang-kadang mengejutkan ibu hamil adalah perut yang tiba-tiba mengeras.

Apabila masuk trimester ketiga, dekat-dekat nak bersalin, perut ibu memang akan terasa keras. Tapi, jangan terkejut, ia boleh juga berlaku sejak trimester pertama lagi!

Kenapa Perut Mengeras Semasa Hamil?

Jadi, apa sebenarnya yang menyebabkan perut mengeras ketika hamil 9 bulan? Adakah ia tanda ada masalah dengan kandungan?

Trimester Pertama

Dalam trimester pertama (minggu 1-12), perut boleh mengeras disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya regangan kerana rahim yang berkembang dan kembung akibat perubahan hormon yang mempengaruhi sistem pencernaan.

Dalam kes yang jarang berlaku, keguguran, terutamanya jika disertai dengan sakit atau pendarahan. Jika ragu-ragu, segera berjumpa doktor untuk memastikan keadaan anda.

1.Perut Berangin Atau Sembelit 

Perut berangin dan sembelit memang masalah biasa yang dihadapi ibu hamil, dan kedua-duanya boleh buat kita rasa sangat tak selesa, malah boleh menyebabkan kekejangan yang menyakitkan.

Semua ini berpunca daripada perubahan hormon kehamilan yang melambatkan proses pencernaan. Tak hanya itu, kandungan zat besi dalam vitamin pranatal juga boleh buat najis jadi keras, menambah lagi cabaran di sepanjang perjalanan hamil.

2.Kesakitan Tumbesaran Bayi

Seiring dengan perkembangan bayi dalam kandungan, tisu dan ligamen di sekelilingnya akan semakin meregang.

Semua pergerakan ini boleh menyebabkan perut terasa sakit, sesak, dan kadang-kadang kekejangan yang tak selesa.

3.Masalah Keguguran

Perut mengeras semasa hamil boleh jadi petanda keguguran, terutama sebelum minggu ke-20, dengan kebanyakan kes berlaku sebelum minggu ke-12.

Gejala lain termasuk sakit belakang teruk, tompokan darah merah atau coklat, dan keputihan berdarah beku.

Kadang-kadang, keguguran boleh berlaku tanpa amaran kerana ia sering disebabkan oleh faktor yang tidak boleh dikawal, terutamanya dalam trimester pertama.

Punca Perut Mengeras Semasa Hamil

Di trimester kedua dan ketiga, ada kelainan dialami ibu hamil yang perlu diambil perhatian jika ia berkaitan perut. 

Trimester Kedua

Pada trimester kedua, perut mengeras boleh jadi akibat ligamen yang meregang ketika rahim membesar, menyebabkan sakit tajam, terutamanya bila tukar posisi.

Ada juga wanita yang mula rasa kontraksi Braxton-Hicks antara minggu ke-13 hingga 24, iaitu kontraksi latihan yang membantu persediaan untuk bersalin.

Ia biasanya berlangsung 30 saat hingga 1 minit, tapi kadang-kadang boleh lebih lama. Walaupun tak sakit macam kontraksi sebenar, ia tetap boleh buatkan rasa tak selesa.

Trimester Ketiga

Pada trimester akhir, perut mengeras dan sakit bawah perut akibat Braxton-Hicks boleh jadi lebih kerap dan menyakitkan, kerana rahim bersedia untuk bersalin.

Untuk membezakan Braxton-Hicks dengan kontraksi sebenar, Braxton-Hicks biasanya tidak teratur dan akan hilang dengan pergerakan atau minum air, sementara kontraksi sebenar semakin kuat dan teratur, tak hilang walaupun berehat. Jika ragu, lebih baik jumpa doktor!

Braxton-Hicks vs Saat Melahirkan

Braxton Hicks adalah kontraksi ‘latihan’ yang biasanya bermula pada trimester kedua kehamilan.

Kontraksi ini menyebabkan uterus mengeras selama 30 saat hingga dua minit.

Ia adalah tanda normal dalam persiapan badan untuk kelahiran. Kontraksi ini biasanya tidak menyebabkan kesakitan yang teruk dan tidak berlaku secara kerap seperti kontraksi sebenar.

Beberapa perkara boleh mencetuskan atau memburukkan kontraksi Braxton-Hicks, seperti aktiviti seks, dehidrasi, pundi kencing penuh, atau tendangan tajam bayi.

Jika anda merasa perut mengeras dan sakit di bawah perut lebih dari sekadar kontraksi palsu atau kesakitan regangan ligamen, segera dapatkan pemeriksaan doktor untuk kepastian.

Masih keliru antara Braxton-Hicks dan kontraksi sebenar? Mudah saja!

  • Braxton-Hicks :Kontraksi tak teratur, rasa tak selesa, dan boleh hilang dengan berehat, minum air, atau berjalan perlahan. Tak ada tanda melahirkan.
  • Kontraksi Sebenar: Kontraksi makin dekat dan kuat, sakit teruk, dan rawatan rumah tak melegakan. Disertai tanda melahirkan seperti air ketuban pecah.

Kalau ragu-ragu, jumpa doktor je untuk pastikan!

Risau Perut Mengeras Semasa Hamil? Berjumpalah Dengan Doktor

Jika perut anda terasa keras berterusan tanpa rehat, sakit teruk, atau disertai simptom lain seperti pendarahan, sakit belakang, atau kurang pergerakan bayi, itu bukan perkara biasa.

Ini mungkin tanda kelahiran pramatang atau masalah serius lain yang memerlukan perhatian doktor segera. Jangan ragu untuk dapatkan nasihat perubatan supaya anda dan bayi selamat!

nhs.uk, myhealth alberta, 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sunscreen Untuk Ibu Mengandung: Cara Pemilihan, Tips & Apa Yang Perlu Dielakkan?

Baca juga: Bayi Besar Dari Usia Kandungan: Ketahui Punca, Ciri-Ciri & Komplikasi Yang Mungkin Berlaku

Baca juga: Kos Bersalin Di Hospital Kerajaan Malaysia Yang Perlu Ibu Bapa Tahu, Boleh Buat Persediaan Awal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Anis

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Perut Mengeras Semasa Hamil? Ini Puncanya Mengikut Trimester Kehamilan
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham