X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Rahim Jatuh Selepas Bersalin, Kenali Tanda, Punca Dan Cara Rawatan Untuk Rahim

5 min bacaan
Rahim Jatuh Selepas Bersalin, Kenali Tanda, Punca Dan Cara Rawatan Untuk Rahim

Rahim jatuh selepas bersalin dapat dikesan melalui tanda seperti tekanan pada pelvis, sakit belakang atau benjolan yang keluar dari faraj.

Selepas bersalin, tubuh seorang wanita melalui pelbagai perubahan termasuklah rahim jatuh selepas bersalin. Masalah ini bukan sahaja mempengaruhi kesihatan fizikal, malah boleh menjejaskan kesihatan mental.

▲▼Isi Kandungan

  • Apa Itu Rahim Jatuh Selepas Bersalin
  • Tahap Dan Peringkat Rahim Jatuh
  • Cara Mengesan Rahim Yang Jatuh Menggunakan Jari
  • Punca Peranakan Jatuh
  • Tanda Peranakan Jatuh Selepas Bersalin
  • Rawatan
  • Jenis Rawatan Rahim Jatuh

Apa Itu Rahim Jatuh Selepas Bersalin

Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps rahim berlaku apabila otot dan ligamen di dasar pelvis menjadi lemah atau rosak menyebabkan rahim tergelincir ke bawah.

Dalam kes yang teruk, rahim boleh terkeluar dari faraj. Keadaan ini lebih cenderung berlaku selepas melahirkan anak terutamanya jika proses kelahiran itu sukar atau berulang kali.

Tahap Dan Peringkat Rahim Jatuh

Terdapat beberapa tahap rahim jatuh yang dikategorikan berdasarkan kedudukan rahim:

  • Tahap 1: Rahim jatuh sedikit tetapi masih berada di dalam faraj.
  • Tahap 2: Rahim turun hingga ke pintu faraj.
  • Tahap 3: Sebahagian rahim terkeluar dari pintu faraj.
  • Tahap 4: Seluruh rahim terkeluar dari faraj (prolaps lengkap).

Cara Mengesan Rahim Yang Jatuh Menggunakan Jari

Adakah ibu tahu, anda sebenarnya boleh melakukan pemeriksaan sendiri untuk mengesan rahim jatuh?

Caranya:

  1. Bersihkan tangan dan pastikan kuku dipotong pendek.
  2. Dalam posisi mencangkung, masukkan satu jari ke dalam faraj dengan perlahan.
  3. Jika anda merasakan sesuatu seperti daging lembut di pintu faraj atau lebih rendah, ini mungkin tanda rahim jatuh.

Namun, pemeriksaan sendiri ini hanyalah langkah awal. Sebaiknya, dapatkan pengesahan doktor untuk diagnosis yang tepat.

Advertisement

Punca Peranakan Jatuh

1. Proses Kelahiran Yang Sukar

Melahirkan bayi yang besar atau melalui kelahiran berulang kali boleh memberi tekanan yang berlebihan pada otot dan ligamen pelvis.

Proses bersalin yang panjang memerlukan penggunaan alat bantu seperti forceps juga boleh menyebabkan otot pelvis menjadi rosak dan melemahkan struktur sokongan rahim.

2. Kekurangan Rehat Selepas Bersalin

Selepas melahirkan, tubuh memerlukan masa untuk pulih. Namun, jika ibu melakukan aktiviti berat seperti mengangkat barang berat atau terlalu banyak bergerak sebelum otot pelvis sembuh sepenuhnya, ini boleh mempercepatkan kelemahan pada kawasan tersebut.

3. Usia

Seiring peningkatan usia, elastisiti otot dan tisu pada kawasan pelvis mula menurun. Wanita yang melahirkan pada usia lebih tua lebih cenderung menghadapi risiko rahim jatuh kerana keupayaan tubuh untuk pulih selepas kelahiran juga berkurangan.

4. Keadaan Kesihatan

  • Batuk Kronik: Batuk berterusan akibat penyakit seperti asma atau bronkitis boleh memberi tekanan berulang kali pada otot pelvis.
  • Obesiti: Berat badan berlebihan menambah tekanan pada kawasan pelvis menjadikannya sukar untuk menampung rahim.
  • Sembelit Berterusan: Usaha yang kerap untuk meneran ketika membuang air besar boleh melemahkan otot di sekitar rahim terutamanya jika sembelit dibiarkan tanpa rawatan.

Tanda Peranakan Jatuh Selepas Bersalin

Ibu mungkin mengalami beberapa tanda seperti:

  • Rasa berat atau tekanan di kawasan pelvis
  • Sakit belakang yang berterusan
  • Kesukaran membuang air kecil atau besar
  • Faraj terasa longgar atau bengkak
  • Kelihatan tisu atau “benjolan” keluar dari faraj

Rawatan

Doktor biasanya akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mengenalpasti tahap prolaps. Pemeriksaan ini mungkin melibatkan:

  1. Pemeriksaan pelvis: Doktor akan memeriksa kedudukan rahim menggunakan alat spekulum.
  2. Ujian imej: Dalam beberapa kes, doktor mungkin mencadangkan imbasan MRI atau ultrasound untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
  3. Ujian Bagi Peranakan Jatuh

Ada dua ujian utama yang mungkin dicadangkan oleh doktor:

  • Q-tip test: Ujian ini mengukur sejauh mana rahim telah bergerak dari kedudukan asal.
  • Urodynamic test: Untuk menguji kesihatan fungsi pundi kencing, terutama jika terdapat masalah buang air kecil.

Jenis Rawatan Rahim Jatuh

Rawatan rahim jatuh bergantung kepada tahap prolaps yang dialami. Berikut adalah jenis rawatan yang biasa dicadangkan oleh doktor:

1. Latihan Kegel

Latihan ini bertujuan untuk menguatkan otot-otot dasar pelvis yang penting dalam menyokong rahim dan organ-organ lain di kawasan pelvis.

2. Pessary

Pessary ialah alat berbentuk bulat atau cincin yang diperbuat daripada silikon atau plastik. Ia dimasukkan ke dalam faraj untuk menyokong rahim yang jatuh.

Alat ini membantu menstabilkan kedudukan rahim dan sesuai digunakan oleh wanita yang tidak boleh menjalani pembedahan atau mahu mengelak daripada pembedahan.

3. Terapi Hormon

Terapi hormon biasanya disarankan untuk wanita menopaus kerana kekurangan estrogen boleh menyebabkan tisu di sekitar pelvis menjadi lemah.

Selain daripada rawatan ini, terdapat juga pilihan lain seperti:

4. Pembedahan

Untuk kes prolaps yang teruk, pembedahan mungkin diperlukan bagi membetulkan kedudukan rahim.

Pilihan termasuklah pembaikan struktur pelvis menggunakan jaringan sintetik atau histerektomi (pembuangan rahim) jika tiada rancangan untuk hamil lagi.

Anda boleh mengambil langkah berikut untuk mencegah rahim jatuh:

  • Amalkan senaman Kegel setiap hari untuk menguatkan otot pelvis.
  • Elakkan angkat barang berat selepas bersalin.
  • Makan makanan berserat tinggi untuk mencegah sembelit.
  • Rehat secukupnya selepas melahirkan anak.
  • Dapatkan rawatan segera jika mengalami batuk kronik atau obesiti.

Rahim jatuh selepas bersalin adalah masalah yang boleh menjejaskan kualiti hidup seorang wanita jika tidak ditangani. Segera dapatkan rawatan doktor jika dapat mengesan tanda-tanda rahim jatuh lebih awal.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Mayo Clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bentuk Faraj Selepas Bersalin Jadi Kendur Dan Longgar, Perubahan Yang Suami Isteri Kena Tahu!

Baca juga: Tanda Tanda Cyst Dalam Rahim Yang Perlu Anda Perhatikan, Sakitnya Seperti Senggugut

Baca juga: 13 Tanda Awal Kanser Rahim Yang Berbahaya & Ramai Wanita Terlepas Pandang

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Rahim Jatuh Selepas Bersalin, Kenali Tanda, Punca Dan Cara Rawatan Untuk Rahim
Kongsikan:
  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

    Imun Bayi Czer: Benarkah Lebih Lemah Berbanding Bayi Normal?

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham