X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Wanita Dengan Rahim Terbalik Boleh Hamil, Tapi Adakah Ia Boleh Jejaskan Kandungan?

4 min bacaan
Wanita Dengan Rahim Terbalik Boleh Hamil, Tapi Adakah Ia Boleh Jejaskan Kandungan?

Keadaan rahim terbalik boleh berlaku kerana beberapa sebab contohnya penyakit seperti endometriosis atau penyakit radang pelvis (PID). Penyakit ini boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil dan tiada kaitan dengan kedudukan rahim. 

Pernahkah anda dengar tentang masalah rahim terbalik?

Rahim terbalik atau nama saintifiknya retroverted uterus merupakan satu keadaan yang biasa berlaku. Tetapi bagi wanita yang baru didiagnosis mengalaminya, anda pasti akan tertanya-tanya adakah ia berbahaya dalam jangka masa panjang?

Kira-kira 1 daripada 4 orang wanita mempunyai rahim terbalik. Ini bermakna rahim dirujuk ke belakang dan fundusnya ditujukan ke arah rektum.

Walaupun rahim terbalik tidak menimbulkan masalah dalam kebanyakkan kes, sesetengah wanita mengalami beberapa gejala termasuk aktiviti seks yang menyakitkan.

Apakah Tanda Rahim Terbalik?

rahim terbalik

Biasanya, wanita yang mengalami keadaan ini tidak tahu mereka mengalaminya sehinggalah melakukan pemeriksaan doktor, khususnya untuk tujuan mahu hamil.

Namun ada beberapa simptom yang dikaitkan dengan keadaan ini seperti:

  1. kesakitan pada faraj atau pelvis semasa hubungan kelamin
  2. sakit semasa haid
  3. menghadapi masalah untuk memasukkan tampon
  4. kekerapan kencing meningkat atau peningkatan tekanan dalam pundi kencing
  5. jangkitan salur kencing
  6. penonjolan perut bawah

Rahim Terbalik Tidak Ganggu Kehamilan

rahim terbalik

Kredit: iStock

Apabila wanita disahkan ada masalah rahim terbalik, pasti kerisauan mula melanda terutamanya bagi yang inginkan zuriat. Bolehkah hamil dalam keadaan rahim yang ‘tidak normal’?

Keupayaan sperma untuk sampai ke rahim lebih berkait dengan keupayaan sperma untuk berenang, konsistensi lendir serviks apabila sperma dilepaskan dan faktor lain.

Buat pengetahuan anda, rahim terbalik tidak mengganggu kesuburan seseorang wanita malahan ia sebenarnya merupakan variasi anatomi biasa, sama seperti warna mata atau warna rambut. 

Malah, ada juga keadaan di mana wanita tersebut hamil tetapi tidak menyedarinya kerana perutnya tidak membesar kedepan disebabkan dia mempunyai rahim terbalik.

Jadi, bayinya membesar ke belakang sehingga mencapai usia kehamilan tertentu, atau kelihatan lebih kecil walaupun mencecah 9 bulan.

rahim terbalik

Keadaan rahim terbalik boleh berlaku kerana beberapa sebab contohnya penyakit seperti endometriosis atau penyakit radang pelvis (PID). Penyakit ini boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil dan tiada kaitan dengan kedudukan rahim. 

  • Penyakit ini boleh meninggalkan parut yang mengganggu pergerakan telur melalui tiub fallopio(Fallopian tube) sebelum disenyawakan oleh sperma.
  • Jika anda mengalami kesakitan semasa hubungan kelamin atau haid yang menyakitkan, doktor akan melakukan ujian fizikal untuk mengesan penyakit seperti endometriosis atau PID menyebabkan kesakitan. 
  • Rahim terbalik tidak perlu dirawat, tetapi endometriosis atau PID perlu dirawat bagi meningkatkan peluang untuk mengandung.
  • Endometriosis dan fibroid seringkali dirawat. Apabila dikesan lebih awal, PID boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik. 
  • Jika perlu, rawatan kemandulan seperti inseminasi intrauterin (IUI) atau persenyawaan in vitro (IVF), boleh membantu seseorang wanita untuk hamil.

Anda boleh berjumpa doktor untuk memastikan punca sebenar sukar hamil.

Rawatan Untuk Rahim Terbalik

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Wanita Dengan Rahim Terbalik Boleh Hamil, Tapi Adakah Ia Boleh Jejaskan Kandungan?
 
Walaupun ia tidak memberi masalah, namun ada sesetengah wanita yang ingin melakukan sesuatu bagi mengatasinya. Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh pengamal perubatan anda untuk merawat keadaan ini.
  1. Rawatan untuk keadaan asas – Terapi hormon untuk endometriosis.
  2. Melakukan senaman – Jika pergerakan rahim tidak terhalang oleh endometriosis/ fibroid atau doktor  boleh meletakkan semula rahim secara manua semasa pemeriksaan pelvik, senaman juga boleh membantu.
  3. Pessary – Peranti silikon atau plastik kecil boleh diletakkan sama ada secara sementara atau selama-lamanya untuk membantu peletakan rahim. Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai risiko jangkitan dan keradangan. Kelemahan lain ialah hubungan seksual masih menyakitkan bagi wanita dan boleh menyebabkan ketidakselesaan bagi pasangannya juga.
  4. Pembedahan – Dengan menggunakan teknik pembedahan laparoskopik (‘keyhole’), rahim boleh disusun semula supaya ia duduk di atas pundi kencing. Pembedahan ini agak mudah dan biasanya berjaya. Dalam sesetengah kes, pembedahan rahim (histerektomi) boleh dipertimbangkan.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Wanita Dengan Rahim Terbalik Boleh Hamil, Tapi Adakah Ia Boleh Jejaskan Kandungan?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini telah disadur dari Doctor On Call, atas kebenaran mereka.

Baca juga:  10 cara jaga rahim agar sihat dan TAK ROSAK, mulakan ia sekarang!

Baca juga: Uri Di Bawah Atau Plasenta Previa, Komplikasi Serius Boleh Menyebabkan Kematian

Baca juga: Kedudukan Bayi Songsang? Lakukan 5 Jenis Senaman Ini Bagi Membuatkan Bayi Pusing Semula!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Wanita Dengan Rahim Terbalik Boleh Hamil, Tapi Adakah Ia Boleh Jejaskan Kandungan?
Kongsikan:
  • Posisi Rahim Tidak Normal BOLEH Dibetulkan, Anda Boleh Hamil Tanpa Sebarang Komplikasi!

    Posisi Rahim Tidak Normal BOLEH Dibetulkan, Anda Boleh Hamil Tanpa Sebarang Komplikasi!

  • 1 Dalam 50 Juta, Wanita Dengan Dua Rahim Berjaya Hamil Kembar Dalam Rahim Berbeza

    1 Dalam 50 Juta, Wanita Dengan Dua Rahim Berjaya Hamil Kembar Dalam Rahim Berbeza

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.