Normalkah Bayi Tidur Berdengkur? Ibu, Ini Petua Selamat Hilangkan Dengkur Pada Si Manja

Petua hilangkan dengkur pada bayi amat berbeza dengan orang dewasa. Jom semak beberapa cara berkesan yang ibu ayah boleh cuba di rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nak tanya sikit pada ibu-ibu semua, perasan tak bayi berdengkur semasa tidur? Apa petua hilangkan dengkur bayi yang anda buat atau anda biarkan sahaja dengkur bayi itu hilang sendiri? 

Setiap bayi cenderung melakukan pelbagai perkara pelik semasa tidur sehingga membuatkan ibu rasa bimbang. Terutama bila dia mengeluarkan bunyi aneh seperti berdengkur. Walau bagaimanapun ada beberapa cara yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah ini.

Petua hilangkan dengkur: Kenapa bayi yang masih kecil tidur berdengkur?

credit to sources

Bagi ibu ayah yang baru pertama kali, keterujaan dalam mengurus bayi membuatkan anda ingin bersamanya setiap masa untuk memerhatikan gerak geri, reaksi muka comel dan berbual dengannya. Meskipun ramai mengakui bulan-bulan pertama kelahiran agak mencabar, namun inilah pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Sebenarnya, bayi baru lahir cenderung untuk tidur berdengkur kerana mereka mempunyai saluran udara yang sempit tapi ia masih boleh berkembang seiring dengan usianya. Bayi baru lahir juga mempunyai lubang hidung yang mempunyai rembesen bergelembung.

Sebab itu ketika bernafas, udara melalui lendir dari dalam hidung yang membuatkan bunyi getaran yang berbeza. Ia sekaligus membuatkannya berdengkur semasa tidur

Apabila mereka membesar, saluran udara ini akan berkembang dan bayi akan belajar untuk menelan air liur yang berlebihan bagi mengurangkan bunyi dengkuran. 

Jika berlanjutan, ia memberi petunjuk bahawa kemungkinan saluran udara bayi menghalang pernafasannya. 

Petua hilangkan dengkur bayi yang berkesan

1# Bersihkan hidung bayi 

Sebenarnya, petua hilangkan dengkur bayi ini boleh dilakukan sendiri di rumah saja.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menitiskan cecair ke dalam hidung bayi sekali atau dua kali sehari (dapatkan di farmasi atau di klinik kesihatan).

Paling tidak pun, gunakan aspirator hidung untuk membuang hingus bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2# Mandi dengan air hangat 

credit to sources

Petua hilangkan dengkur bayi juga adalah dengan cara mandi air hangat. Sebelum tidur atau mandi waktu petang biarkan si kecil seronok bermandi air hangat supaya tubuhnya lebih selesa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia sekaligus merawat masalah dengkuran bayi. 

3# Bersihkan kotoran habuk 

Laluan hidung bayi boleh tersumbat disebabkan habuk atau alahan. Keluarkan permaidani, mainan atau apa saja barang yang ada kotoran habuk.

Kemudian jauhkan si kecil dengan haiwan berbulu seperti kucing. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4# Bersihkan penghawa dingin/ kipa

Jika bayi tidur dengan penghawa dingin atau kipas, anda perlu memastikan kedua-duanya dibersihkan dengan betul bagi menghilangkan debu dan habuk yang melekat di dalamnya. 

Bahkan, ia juga membantu meningkatkan kualiti udara di dalam bilik. 

5# Tukar posisi tidur bayi 

Salah satu punca bayi berdengkur juga adalah disebabkan posisi tidur yang salah. Sesetengah bayi cenderung berdengkur apabila suka tidur meniarap.

Sebab itu, ibu perlu pastikan dia tidur dengan posisi berbaring bagi mengelak masalah ini berlanjutan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila anda perlu berjumpa doktor?

foto: lone tree pediatrics

  • Perhatikan bunyi bising (berdengkur) anak semasa tidur. Jika anda dapati dengkurannya semakin kuat dan hidung tersumbat secara berterusan, anda harus berjumpa doktor dengan kadar segera.
  • Doktor akan melakukan ujian yang dikenali sebagai polysomnogram yang merekodkan corak pernafasan semasa tidur.
  • Berdengkur juga berlaku disebabkan septum hidung iaitu tulang yang memisahkan dua saluran hidung. Lalu menyebabkan halangan pada salah satunya. 
  • Doktor akan memeriksa kerongkong bayi terutama di bahagian lelangit. 
  • Doktor juga akan memerhatikan laryngomalacia yang juga boleh menjadi punca pernafasan bising kerana laluan pernafasan tidak terbuka sepenuhnya. 

Semoga bermanfaat. 

Sumber: Penulis asal Sarah Voon. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Bayi Sukar Tidur Malam, Ibu Amalkan Surah Untuk Tidur Ini Agar Lena Hingga Pagi 

Baca juga: Asap Rokok Punca Utama Anak Tidur Bedengkur, Ibu Bapa Harus Lebih Berwaspada

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Anak Kerap Gesel Gigi Ketika Tidur Petanda Stres, Jika Dibiarkan Boleh Menyebabkan Masalah Lain!