Bentan merupakan satu perkara yang amat ditakuti oleh ibu-ibu di dalam pantang. Tetapi apakah itu tanda bentan selepas bersalin? Menurut pakar perubatan, bentan tidak pernah dinyatakan dalam mana-mana jurnal perubatan.
Bentan adalah situasi yang berlaku kepada wanita selepas bersalin akibat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing berpunca daripada amalan berpantang yang tidak betul. Amalan berpantang yang betul sangat menitik beratkan penjagaan kebersihan dan kesihatan yang tinggi.
Jenis dan tanda bentan yang sering terjadi kepada ibu dalam pantang
Ibu berpantang berisiko tinggi untuk terkena bentan kerana mereka masih di dalam proses pemulihan dan badan masih berada di dalam keadaan lemah. Selain itu, hormon badan juga berada di dalam keadaan tidak seimbang memudahkan lagi risiko terkena jangkitan atau bentan.
1) Tanda dan jenis bentan urat
- Badan akan tiba-tiba lemah, demam serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan. Lutut menggigil kesejukan meskipun waktu tengahari, seluruh otot badan menjadi tegang dan kejang.
2) Bentan urat peranakan
- Kesakitan di bahagian ari-ari sehingga boleh menyebabkan kejadian tumpah darah. Kesakitan melampau boleh menyebabkan kaki tidak dapat diluruskan.
3) Bentan urat besar (Pinggang)
- Urat besar ialah urat buluh Rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Bagi yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di bahagian belakang (tongkeng), pinggang dan tumit kaki.
Disebabkan ini, ketika dalam pantang, terdapat banyak pantang larang seperti tidak boleh terlalu banyak berjalan, turun naik tangga, minum air banyak, suhu badan terlalu sejuk dan tidak boleh makan makanan sebarangan.
Seorang pengamal dan perunding jamu dan herba tradisional, Norliza Mohd Salleh telah berkongsi di laman sosial miliknya petua merawat bentan bagi ibu bersalin. Ianya sangat mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak.
Alkisah ramai yang megadu terkena bentan dalam pantang, hari ini kita nak bagi tips untuk merawat masalah bentan.
Kita panggil sushi garlic. Tapi bukan dari beras pulut naa, kang tak pasal bentan makin menjadi-jadi. Guna beras nasi biasa saja tau.
Bahan-bahan
1) Nasi panas (lembik sikit)
2) Beberapa ulas bawang putih.
Caranya amatlah mudah, bawang putih tu bakar/sangai dulu.Toksah bakar sampai rentung, satgi pahit pulak.
Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan.
Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.
Bentan jangan buat main. Merana jiwa dan raga.
#SHARE pada wanita di luar sana,kot² ada yang sedang berpantang. InsyaAllah moga bermanfaat.
Bagi yang belum tahu, bawang putih mempunyai sifat antibakterial yang tinggi dan mampu membantu menguatkan lagi sistem imunisasi badan kita. Seperti yang pernah dikongsikan di dalam artikel Kehebatan si bawang putih!
Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum L. adalah sejenis herba yang mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.
Antioksidan membantu melawan radikal bebas yang banyak terbentuk di dalam badan manusia. Radikal bebas adalah salah satu punca empat penyakit punca utama kematian di dunia seperti kanser dan sakit jantung, infeksi dan dan strok.
Penggunaan nasi di dalam petua ini bagi mengurangkan rasa bawang putih yang terlalu kuat jika di makan begitu sahaja.
Selain itu bagi sesetengah orang, pengambilan bawang putih mentah boleh menyakitkan lidah pedih seakan melecur akibat jusnya yang kuat, jadi dengan membakar bawang putih boleh mengurangkan rasa terlampau kuat tersebut.
Sekiranya tidak bentan, ‘sushi garlic’ ini masih boleh dimakan sebagai makanan kesihatan. Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kadar Kematian Golongan Ibu Melayu Selepas Bersalin Paling Tinggi Dari Kaum Lain-Pakar
Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!
Baca juga: 3 Jenis BENTAN Selepas Bersalin Yang Ibu Wajib Tahu, Bahaya Kalau Tumpah Darah