Petua Putihkan Gigi, Cuba 7 Cara Ini Di Rumah, Mujarab!

Petua putihkan gigi 1.Guna Kaedah Oil Pulling 2.Gunakan Hidrogen Peroksida 3.Serbuk Penaik (Baking Soda) 4.Flos&Gosok Gigi 5.Makan Buah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap orang nak senyum dengan yakin, kan? Tapi bila gigi kuning rasa malu pun ada. Tapi jangan terburu-buru. Cara natural memang ambil masa, tapi hasilnya tahan lama dan tak rosakkan enamel. Boleh cuba petua putihkan gigi ini di rumah.

Cara Putihkan Gigi Secara Homemade

Berikut adalah petua putihkan gigi tanpa perlu habis ratusan ringgit di klinik? Good news ada cara semula jadi yang berkesan dan selamat. Jom try 7 petua putihkan yang mudah, murah, dan boleh buat dari rumah!

1. Guna Kaedah Oil Pulling 

Ini bukan mitos, geng! Kaedah oil pulling dah lama digunakan dalam perubatan Ayurveda. Caranya mudah saja, ambil 1 sudu minyak kelapa, kumur dalam mulut selama 10–15 minit, kemudian buang.  Buat setiap pagi sebelum gosok gigi untuk kesan maksimum! Ia membantu singkirkan bakteria, kurangkan plak, dan segarkan nafas.

2. Gunakan Hidrogen Peroksida 

Campur sedikit hidrogen peroksida (3%) dengan air, dan guna sebagai pencuci mulut selama seminit dua. Ia bertindak sebagai agen pemutih yang lembut tapi jangan overdo it ya! Guna seminggu sekali je. Elakkan tertelan & jangan guna kepekatan tinggi! Ini antara petua putihkan gigi yang ramai orang buat. 

3. Serbuk Penaik (Baking Soda)

Baking soda bersifat abrasif lembut, sesuai untuk hilangkan kotoran & kesan kuning pada permukaan gigi.
Campurkan dengan air atau ubat gigi biasa, berus perlahan. Guna 2–3 kali seminggu je. Guna hari-hari nanti nipis pula enamel gigi tu.

4. Flos & Gosok Gigi 

Tak kira berapa banyak petua kita guna, kalau tak flos dan berus gigi dengan betul, memang tak jalan. Berus 2 kali sehari, dan flos sekali sehari untuk buang plak & makanan tersembunyi. Pilih ubat gigi dengan fluoride untuk perlindungan ekstra.

5. Makan Buah & Sayur 

Buah-buahan macam epal, strawberi, dan sayur macam lobak & saderi bantu “gosok” gigi secara semula jadi bila kita kunyah. Lagi best – tinggi vitamin untuk gusi sihat juga!

6. Elak Minuman Yang Boleh Buat Gigi Kotor

Minuman seperti kopi, teh, wain merah dan air soda boleh buat gigi jadi kekuningan kalau diambil selalu. Guna straw & bilas mulut lepas minum.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Minum Air Banyak 

Air bukan je penting untuk kesihatan badan, tapi juga bantu bersihkan mulut dari sisa makanan dan bakteria. Banyak yang beri petua putihkan gigi ini. Minum air selepas makan boleh kurangkan risiko pembentukan plak & kesan kuning. 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Lahir Dengan 32 Gigi Lengkap, Kisah Benar Yang Sangat Rare & Mengejutkan Ramai

Baca juga: Malu Nak Senyum Bila Gigi Kuning! Apakah Penyebab Gigi Kuning Sebenarnya?

Baca juga: Serbuk Arang Putihkan Gigi Atau Buat Gigi Terhakis & Bengkak? Ini Kata Doktor

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar