X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Benarkah Ambil Pil Perancang Terlalu Lama Menyebabkan Risiko Lambat Hamil?

4 min bacaan
Benarkah Ambil Pil Perancang Terlalu Lama Menyebabkan Risiko Lambat Hamil?

Adakah benar apabila anda mengambil pil perancang dalam jangka waktu lama peluang untuk kembali hamil adalah tipis? Ini yang anda perlu tahu.

Pengambilan pil perancang bagi menjarakkan kehamilan memang biasa di kalangan wanita, tetapi tidak dinafikan masih ramai yang takut untuk mengambil kerana risaukan kesan sampingan seperti sukar untuk hamil kembali.

Adakah benar apabila anda mengambil pil  ini dalam jangka waktu lama peluang untuk anda kembali hamil adalah tipis? atau anda sukar untuk mengandung kembali? Mungkin ini dilema dihadapi ramai wanita.

Tidak. Pengambilan pil perancang tidak memberi kesan kepada kesuburan anda. Malah ada kajian mendapati wanita yang mengambilnya dalam jangka waktu panjang mengandung lebih cepat daripada mereka yang tidak menggunakannya. 

Pil perancang dan kesan kepada anda

pil perancang

Kredit gambar: Stuff Mom Never Told You

 

Pil perancang atau dikenali juga sebagai pil kontraseptif oral berfungsi untuk mencegah kehamilan. Ia berfungsi menghalang ovulasi. Dengan cara ini, tiada ovum yang boleh disenyawakan sperma dan kehamilan dapat dicegah.

Pil ini juga menyebabkan lendiran atau mukus pada serviks menebal. Mukus yang tebal menyebabkan sperma sukar melepasi untuk menyebabkan persenyawaan.

Selain mencegah kehamilan, pil itu juga memberi banyak manfaat kesihatan lain yang mungkin ramai tidak tahu kerana hanya memfokuskan kepada satu-satunya fungsi iaitu mencegah kehamilan. 

Pil perancang ada manfaat lain?

pil perancang keluarga

Sebaik sahaja anda telah berhenti mengambil pil, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk hormon semula jadi badan anda berfungsi semula secara normal.

Ia boleh mengambil masa beberapa bulan untuk kitaran haid anda kembali ke asal. Kesannya sama. tidak kira sama ada anda mengambil pil secara kitaran untuk mengekalkan haid bulanan atau secara berterusan.

Kebanyakan wanita yang telah mengambil pil perancang, hamil dalam masa setahun selepas berhenti mengambil pil. Malah, jika anda telah mengambil pil, peluang anda untuk hamil adalah lebih kurang sama, atau mungkin lebih baik daripada purata.

Hamil lebih cepat?

Ada kajian mendapati bahawa wanita yang mengambil pil dalam jangka masa panjang mengandung lebih cepat daripada mereka yang tidak menggunakan pil ini. 

Ia mungkin berpunca daripada perlindungan yang diberikannya terhadap beberapa penyakit dan komplikasi yang membawa kemandulan seperti endometriosis, penyakit keradangan pelvis, kehamilan ektopik (luar rahim) dan kanser ovari serta kanser rahim. 

Dijangkakan bahawa mengambil pil boleh membantu mengurangkan sebarang keradangan di dalam uterus (rahim) dan tiub fallopion. Keradangan boleh disebabkan oleh endometriosis atau penyakit keradangan pelvis. 

Mencuba hamil selepas 1 atau 2 bulan
 
Sesetengah doktor menyarankan, untuk menunggu satu atau dua bulan selepas berhenti mengambil pil untuk anda mula mencuba mengandung. Ia bagi membolehkan badan anda menyesuaikan diri dengan kitaran semula jadinya. 
 
Menunggu untuk mempunyai satu kitaran haid sebelum anda cuba untuk hamil membantu memberi anda masa untuk memastikan bahawa ibu berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik untuk kehamilan. Selain itu, ia juga memberikan ibu masa untuk mula mengambil asid folik tambahan. 

Pil Perancang Untuk Ibu Menyusu: Pil Mana Yang Selamat Dan Tak Menjejaskan Susu Badan?

pil perancang untuk ibu menyusu, pil perancang untuk ibu menyusu selain noriday, pil perancang noriday untuk ibu menyusu, pil perancang terbaik, pil perancang oralcon, pil perancang oralcon untuk ibu menyusu, pil perancang mercilon, pil perancang cerazette, pil perancang, pil perancang oralcon untuk ibu menyusu, pil perancang untuk menyusu, pil perancang untuk ibu menyusui, pil perancang diane 35 untuk ibu menyusu

Pil perancang terdiri daripada dua jenis iaitu pil progestin dan pil kombinasi. Pil progestin adalah pil yang menggunakan progestin, bahan tiruan untuk hormon progesteron semata-mata, manakala pil perancang kombinasi pula adalah pil yang mengandungi hormon estrogen malah progesteron.

Menurut Ask Dr Sears, dan Prof Madya Dr. Harlina Siraj, ibu menyusu selamat untuk mengambil pil perancang, namun ia bergantung kepada jenisnya. 

Pil yang mengandungi estrogen dan progestin tidak  digalakkan untuk ibu menyusu kerana estrogen akan menjejaskan penghasilan susu badan. 

Ia kerana estrogen bersifat songsang daripada hormon prolaktin yang menghasilkan susu. Jika hormon estrogen tinggi dalam badan, maka penghasilan susu badan pun akan terganggu.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!

Akan tetapi, pil progestin (lebih dikenali sebagai pil mini) selamat untuk digunakan. Buat masa kini, masih belum ada kajian yang membuktikan pil progestin mampu mempengaruhi penghasilan susu. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: babycenter, hellodoktor

Baca juga:

3 Cara Betul Untuk Makan Pil Perancang Menurut Pakar – Tiada Kesan Sampingan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Cubaan untuk hamil
  • /
  • Benarkah Ambil Pil Perancang Terlalu Lama Menyebabkan Risiko Lambat Hamil?
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham