Dalam merancang untuk menambahkan bilangan anak, anda pastinya mengalami sedikit dilema kerana memikirkan masa depan anak-anak yang masih kecil dan memerlukan lebih perhatian dari ibu ayah. Oleh kerana itu, pil perancang terbaik adalah solusinya dalam merancang keluarga dengan baik.
Jika memilih untuk mengambil suntikan bagi merancang keluarga, sesetengah ibu berasa takut akan kesan sampingannya seperti mengganggu kesuburan, perubahan pada berat badan dan kenaikan berat badan menyebabkan anda sukar mengandung pada masa akan datang.
Oleh hal yang demikian, pil perancang adalah kaedah yang paling mudah bagi mencegah kehamilan kerana ia mampu menghentikan proses ovulasi dan menjadikan anda tidak subur buat sementara waktu.
Definisi Pil Perancang Keluarga
Pil perancang merupakan satu jenis kaedah kontraseptif yang mengandungi hormon yang mencegah kehamilan. Wanita yang ingin mengelakkan ketidaksengajaan hamil perlu mengambil pil ini sebiji sehari.
Ia adalah yang paling efektif apabila anda mengambilnya secara konsisten pada masa yang sama setiap hari.
Isi Kandungan
Kadar Efektif Pil Perancang Keluarga
Pil tersebut mempunyai potensi 99 peratus efektif dalam mencegah kehamilan jika anda ambil tanpa gagal – bermaksud yang anda tidak lupa untuk mengambil pil tersebut walaupun dalam masa sehari atau dua.
Walaubagaimanapun, mengambil pil ini dengan sempurna boleh jadi sukar, yang mana kenapa sembilan dari 100 wanita yang menggunakan pil akan secara tidak sengaja akan hamil setiap tahun.
Pil ini adalah yang paling boleh diharapkan apabila anda ambilnya secara konsisten pada waktu yang sama setiap hari. Menjadi konsisten membantu mengekalkan kadar hormon daripada turun naik.
Bagaimana Pil Perancang Keluarga Berfungsi?
Pil kombinasi bekerja dalam dua cara. Pertama, ia mencegah tubuh daripada mengeluarkan telur. Ini bermaksud yang ovari anda tidak akan melepaskan sebiji telur setiap bulan. Kedua, pil ini akan menyebabkan tubuh anda untuk menebalkan lendir servik.
Lendir ini adalah cecair di sekitar servik yang membantu sperma bergerak ke bahagian uterus jadi ia boleh menyuburkan sebiji telur. Lendir yang tebal membantu mencegah sperma daripada sampai ke uterus.
Pil progestin sahaja juga berfungsi di dalam beberapa cara berbeza. Khususnya, ia bekerja dengan menebalkan lendir servik dan menipiskan endometrium. Endometrium adalah lapisan uterus di mana sebiji telur akan tertanam selepas ia disuburkan.
Jika lapisan ini tipis, ia sukar untuk sebiji telur ditanam ke dalamnya, yang mana akan mencegah kehamilan untuk mengembang. Tambahan lagi, pil progestin sahaja boleh mencegah ovulasi.
Jenis Pil Perancang Keluarga
Estrogen dan Progestin (The Pill)
Kadar Keberkesanan | Kesan Sampingan |
Biasanya 91% | Spotting atau pendarahan di antara haid |
99% dengan penggunaan yang betul dan sempurna | Mual |
Payudara lembut | |
Sakit kepala | |
Risiko tinggi darah beku dan tekanan darah tinggi |
Progestin sahaja (The Mini Pill)
Kadar Keberkesanan | Kesan Sampingan |
Biasanya 91% | Spotting atau pendarahan di antara haid |
99% dengan penggunaan yang betul dan sempurna | Mual |
Payudara lembut | |
Sakit kepala |
Pil Kecemasan Levonorgestrel
Kadar Keberkesanan | Kesan Sampingan |
88% | Perubahan kitaran haid |
Sakit kepala | |
Mual dan muntah | |
Pening | |
Sakit pada payudara | |
Penat | |
Sakit pada bahagian bawah perut |
Pil Kecemasan Ulipristal
Kadar Keberkesanan | Kesan Sampingan |
60% ke 70% | Sakit kepala |
Mual | |
Sakit perut | |
Sakit menstrual | |
Penat | |
Pening |
Pil Perancang Keluarga Terbaik Di Pasaran
Jadi untuk membantu anda membuat pilihan pil perancang terbaik, apa kata anda beli saja terus dari sini justeru tidaklah membuang masa untuk pergi kemana-mana farmasi.
Noriday Family Planning Pill
Terbaik Untuk Wanita Yang Sensitif
|
Beli di DoctorOnCall |
Cerazette Tablet
Terbaik Boleh Ambil Dengan Perut Kosong
|
Beli di DoctorOnCall |
Yasmin
Terbaik Tidak Membuatkan Anda Letih
|
Beli di DoctorOnCall |
Marvelon
Pil perancang keluarga terbaik rendah dos
|
Beli di DoctorOnCall |
Regulon Tablet 21 s
Terbaik Mengelakkan Kehamilan
|
Beli di Doctoroncall |
Rigevidon 21 Coated Tablets
Terbaik Menghalang Pengeluaran Telur
|
Beli di Doctoroncall |
Desolon Tablet
Terbaik Untuk Ibu Menyusu Badan
|
Beli di Doctoroncall |
Oralcon Contraceptive Pills
Terbaik Menghalang Kehamilan Dalam Tempoh 72 Jam
|
Beli di Doctoroncall |
Diane 35 Tablet
Terbaik Menstabilkan Haid dan Hormon
|
Beli di Doctoroncall |
Noriday Family Planning Pill 28 Days
Pil Perancang Terbaik Untuk Wanita Yang Sensitif
Merupakan satu pil perancang keluarga yang biasanya dikenali sebagai “pil progestogen" atau “pil mini". NORIDAY pil selalunya diberikan kepada wanita yang tidak boleh mengambil pil perancang yang jenis lain (kontraseptif oral gabungan) atau menggunakan peranti dalam rahim (IUDs). Ia tidak diketahui sebenarnya akan bagaimana pil “progestogen sahaja" berfungsi.
Walaubagaimanapun, NORIDAY pil menyebabkan perubahan kepada lendir di dalam servik dan lapisan di dalam rahim dan memberi impak pada sistem kawalan hormonal tubuh yang mana boleh semuanya menyumbang kepada kadar keberkesanannya.
Kadar keberkesanan pil “progestogen sahaja" adalah lebih rendah berbanding pil perancang keluarga yang lain. Jika diambil mengikut panduan untuk 1 tahun, dianggarkan 4 kehamilan boleh berlaku berbanding kepada kurang daripada 1 kehamilan di kalangan wanita yang menggunakan kontraseptif oral yang mengandungi estrogen dan progestogen.
Apa yang kami suka:
- Mengandungi estrogen dan progestogen untuk mencegah kehamilan
- Hanya tersedia berdasarkan preskripsi doktor anda
- Membawa perubahan kepada lendir servik dan lapisan dinding rahim
Walaupun Cerazette 75 mcg tablet boleh diambil dengan atau tanpa perlu mengalas perut terlebih dahulu, manfaat yang paling besar diperolehi apabila ubat diberikan pada masa yang sama. Ia perlu diberikan dengan nasihat dari doktor.
Dos dan frekuensi akan ditentukan dengan kondisi yang mana anda ambilnya. Doktor akan menentukan rawatan yang bagaimana anda perlu untuk meringankan simptom anda. Anda perlu terus mengambilnya selagi mana yang doktor anda cadangkan buat anda.
Ia mungkin boleh memberikan kesan sampingan kepada sesetengah orang, jadi rujuk kepada doktor anda untuk sebarang maklumat lanjut tentang alergi.
Jika anda terlepas satu dos dan anda sudah lebih dari 12 jam lambat dalam mengambil dos yang tertinggal itu, anda perlu menggunakan kondom ketika melakukan hubungan intim untuk satu jangka masa 2 hari selepas dos yang tertinggal itu.
Apa yang kami suka:
- Mencegah kehamilan
- Terdapat dua jenis utama kontraspetif hormon
- Pil gabungan mengandungi 2 jenis hormon seks wanita iaitu; oestrogen dan progestogen
- Pil progestogen sahaja, POP, tidak mengandungi oestrogen
- Boleh diambil sebelum makan
- Manfaatnya lebih apabila ia diambil pada waktu yang sama pada setiap hari
Yasmin Tablet
Pil Perancang Terbaik Tidak Membuatkan Anda Letih
Pil perancang Yasmin merupakan ubatan yang selamat secara amnya, tetapi beritahu doktor anda jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi (hypertension), kelenjar thyroid yang terlalu aktif, glaukoma (tekanan mata yang meningkat), atau pembesaran prostat.
Untuk memastikan keselamatan anda, beritahu doktor anda tentang apa sahaja ubatan tambahan yang anda ambil. Pil perancang Yasmin jauh lebih kecil kemungkinannya untuk membuat anda letih jika dibandingkan dengan ubat setanding yang lain.
Apa yang kami suka:
- Berkesan mencegah kehamilan
- Selamat secara am
- Tidak membuatkan anda letih
Marvelon Tablet
Pil Perancang Terbaik Murah
Marvelon merupakan pil kontraseptif oral, dikenali sebagai “Pil Perancang" atau “The Pill" yang diberikan preskripsi oleh doktor untuk mencegah kehamilan.
Pil perancang Marvelon 28 merangkumi akan 21 bigi tablet putih, setiap satu mengandungi 2 bahan aktif: 30 mikrogram ethinylestradiol (satu estrogen) dan 150 mikrogram desogestrel (sejenis progestogen) dan 7 tablet putih tidak aktif kecil.
Disebabkan amaun kecil hormon wanita yang berbeza di dalam tablet aktif, pil perancang Marvelon 28 adalah boleh dianggap sebagai pil kontraspetif gabungan yang rendah dos.
Ia adalah satu kaedah yang sangat berkesan dalam mencegah kehamilan. Apabila diambil dengan betul (tanpa terlupa sebarang tablet) peluang untuk hamil akan menjadi lebih berkurang.
Apa yang kami suka:
- Ia menghalang pelepasan telur dengan menghentikan kematangannya
- Menukar lendir servik secara konsisten menjadikan ia sukar untuk sperma sampai kepada telur
- Menukar lapisan rahim menjadikannya kurang sesuai untuk implantasi
Regulon Tablet 21 s
Pil Perancang Terbaik Mengelakkan Kehamilan
Pil perancang regulon bertindak sebagai pil kontraseptif oral gabungan. Anda boleh mengambilnya untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Kontraseptif dos rendah ini mengandungi dua jenis hormon seks wanita, estrogen dan progestogen. Kedua-dua hormon ini menghalang telur daripada dikeluarkan dari ovari anda supaya anda tidak boleh hamil.
Bukan itu sahaja, dengan pengambilan pil perancang regulon secara teratur, ia akan menjadikan cecair (lendir) dalam serviks anda lebih tebal yang menyukarkan sperma untuk tembus ke dalam rahim.
Pil perancang regulon ini ialah pil 21 hari yang mempunyai 21 tablet. Cara makan pil perancang ini adalah dengan mengambilnya setiap hari selama 21 hari, diikuti pada hari ke-7 hari apabila anda tidak mengambil pil tersebut.
Apa yang kami suka:
- Menghalang kehamilan
- Menjadikan lendir dalam serviks tebal
- Tablet ini mengandungi dua jenis hormon seks wanita, estrogen dan progestogen
Rigevidon 21 Coated Tablets
Pil Perancang Terbaik Menghalang Pengeluaran Telur
Kebanyakan wanita menggunakan Rigevidone sebagai kontraseptif, ia akan membuatkan wanita berhenti ovulasi dengan serta-merta.
Pil perancang Rigevidone mengandungi 150mcg levonorgestrel dan 30mcg ethinylestradiol, sama kuantiti dos seperti pil perancang terbaik lain iaitu Microgynon, Ovranette dan Levest.
Jika anda mula mengambil pil perancang Rigevidon dengan betul iaitu pada hari pertama hingga ke-5 haid, ia 99% lebih berkesan dalam mencegah kehamilan. Namun, jika terdapat beberapa sakit sampingan lain seperti cirit birit atau mengambil ubat-ubatan lain, ia menyebabkan pil ini kurang berkesan tinggal hanya 91%.
Apa yang kami suka:
- Menghalang pengeluaran telur dan menghentikan ovulasi
- Berkesan menghalang kehamilan sehingga hampir 99%
- Rigevidone tidak mempunyai kesan jangka masa panjang terhadap kesuburan wanita
Desolon Tablet
Pil Perancang Terbaik Untuk Ibu Menyusu Badan
Jika anda merupakan ibu yang baru sahaja bersalin dan menyusu bayi, pil perancang Desolon adalah pil perancang terbaik kehamilan kerana tidak menganggu proses penyusuan susu ibu. Jadi, ibu-ibu boleh mengambilnya tanpa ragu-ragu dan bimbang sekiranya susu ibu berkurangan selepas mengambil pil perancang Desolon.
Pil kombinasi estrogen dan progestin ini mengandungi 21 tablet. Satu tablet diambil setiap hari selama 21 hari, diikuti dengan rehat tujuh hari daripada pengambilan pil. Anda boleh mengambilnya dengan selamat selepas melahirkan anak atau selepas mengalami keguguran.
Ia adalah langkah terbaik dalam pencegahan kontrasepsi tambahan jika keluarga anda merancang untuk kehamilan yang seterusnya.
Apa yang kami suka:
- Selamat untuk ibu menyusu
- Berkesan mencegah kehamilan
- Memperdayakan badan menganggap ovulasi telah berlaku
- Meningkatkan ketebalan mukus semulajadi pada pangkal rahim
- Mengubah kualiti lapisan rahim (endometrium) yang menghalang persenyawaan terjadi
Oralcon Contraceptive Pills
Pil Perancang Terbaik Menghalang Kehamilan Dalam Tempoh 72 Jam
Bagi anda yang terlanjur melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, pil perancang Oralcon ini masih boleh diambil dalam tempoh 72 jam bagi mengelakkan kehamilan terjadi. Bukan itu sahaja, pil ini boleh mengurangkan atau menghentikan perubahan jangka pendek menopaus bagi wanita. Menariknya, ia boleh menghalang kehamilan sehingga 3 tahun lamanya.
Pil perancang Oralcon mengandungi bahan aktif seperti Ethinylestradiol dan Levonorgestrel yang berfungsi menghalang proses ovulasi dan menghentikan ovulasi daripada melepaskan telur.
Namun begitu, anda disarankan mendapatkan nasihat doktor tentang senarai ubat-ubatan yang sedang diambil dan sebarang alahan yang dialami. Ini kerana dos pil perancang Oralcon adalah bergantung kepada keadaan kesihatan anda terutama jika anda berumur 35 tahun ke atas, perokok tegar atau menghidap diabetes, hipertensi ringan, penyakit mental atau HIV.
Apa yang kami suka:
- Mencegah kehamilan kerana menghalang ovulasi daripada melepaskan telur
- Mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan
- Mengelakkan kehamilan berlaku sehingga tiga tahun
- Menghentikan perubahan jangka masa pendek menopous
Diane 35 Tablet
Pil Perancang Terbaik Menstabilkan Haid dan Hormon
Pil perancang Diane 35 merupakan pil perancang terbaik yang menjadi pilihan ramai wanita di Malaysia. Ia mengandungi dua bahan aktif iaitu Cyproterone dan Ethinyl estradiol. Cyproterone tergolong dalam kumpulan antiandrogens manakala Ethinyl Estradiol pula dari kumpulan estrogen. Gabungan dua bahan aktif ini berfungsi untuk mengawal kitaran hormon dan haid suapay lebih teratur.
Pil perancang Diane 35 tidak hanya dikenali sebagai pil perancang, malah ia terbukti berkesan dalam mengawal pengeluaran minyak pada kulit, memudarkan jeragat dan menghalang pembiakan jerawat di muka.
Rata-rata golongan wanita yang mengambilnya mendapati mereka sama sekali tidak mengalami masalah seperti loya, pening atau perubahan berat badan seperti berat badan meningkat. Kami juga sukakan pil perancang Diane 35!
Apa yang kami suka:
- Mencegah kehamilan
- Menstabilkan kitaran haid dan hormon
- Menghalang pertumbuhan jerawat
- Tiada kenaikan berat badan, jadi tidak perlu bimbang
Perbandingan Harga Pil Perancang Terbaik
Jenama | Isi kandungan (tablet) | Harga (RM) | Harga (RM/tablet) |
Noriday Family Planning Pill 28 Days |
28 | RM21.60 | RM0.77 |
Cerazette 75 mcg Tablet |
28 | RM37.60 | RM1.34 |
Yasmin Tablet |
21 | RM54.90 | RM2.60 |
Marvelon Tablet |
21 | RM24.90 | RM1.18 |
Regulon Tablet 21 s |
21 | RM11.60 | RM0.55 |
Rigevidon 21 Coated Tablets |
21 | RM10.40 | RM0.49 |
Oralcon Contraceptive Pills |
21 | RM7.90 | RM0.37 |
Diane 35 Tablet |
21 | RM9.50 | RM0.45 |
Cara Makan Pil Perancang Yang Betul
Bagi yang pertama kali mengambil pil perancang, anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu supaya dapat mengetahui jenis pil perancang yang mana satu bersesuaian dengan anda. Pengambilan pil perancang tanpa preskripsi doktor adalah dilarang sama sekali.
Jadi, cara makan pil perancang yang betul adalah mulakan pada hari pertama pendarahan haid berlaku atau paling lewat hari ke-5 menstruasi berlaku. Manakala, pengambilan seterusnya diambil selama 21 hari mengikut arah anak panah pada paket pil perancang tersebut.
Perlu diingatkan, untuk pengambilan pil perancang pada bulan seterusnya, pengambilan pil perancang adalah setelah berhenti haid dalam tempoh 7 hari. Ini bermakna, ambil pil perancang pada hari ke-8 bagi paket kedua.
Sekiranya anda tersilap cara makan pil perancang yang betul, tidak dapat dipastikan sama ada dapat menghalang pembesaran folikel atau tidak, yang menyebabkan proses ovulasi tetap berlaku.
Kelebihan Pil Perancang Keluarga
Pil perancang keluarga mempunyai sebilangan manfaat:
- Ia melindungi anda 24 jam. Anda tidak perlu risau akan mengawal kehamilan sewaktu melakukan hubungan seks.
- Ia efektif. Mereka melindungi daripada kehamilan jauh lebih baik daripada kebanyakan cara mencegah hamil yang lain.
- Ia membantu mencantikkan kitaran haid anda. Ia boleh jadi membantu wanita yang mengalami masalah kitaran haid tidak teratur atau haid yang berat.
- Ia boleh diterbalikkan sepenuhnya. Ini bermaksud apabila anda berhenti mengambilnya, kitaran haid anda akan kembali normal dan anda boleh hamil kemudiannya.
Bukan itu sahaja, malah ada manfaat lain bergantung pada jenis pil. Pil kombinasi juga mungkin menyediakan beberapa pencegahan melawan:
- Jerawat
- kehamilan ektopik
- Tulang menipis
- Pembesaran payudara tidak berkanser
- kanser endometrial dan ovari
- Anemia
- Haid yang berat
- Kekejangan yang teruk ketika datang bulan
Pil progestin sahaja mempunyai kelebihan yang lain juga seperti selamat untuk wanita yang:
- Tidak boleh bertoleransi dengan terapi estrogen
- Perokok
- Berusia lebih daripada 35 tahun
- mempunyai sejarah pembekuan darah
- mahu menyusu badan untuk anak
Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Takut Badan Gemuk Bila Makan Pil Cegah Kehamilan? Ini 4 Jenis Pil Perancang Yang Sesuai Untuk Anda!
Baca juga: 3 Cara Betul Untuk Makan Pil Perancang Menurut Pakar – Tiada Kesan Sampingan!
Baca juga: Ini Pil Perancang Yang Selamat Untuk Dimakan Ketika Menyusu Anak, Susu Takkan Terjejas!