Pintu Rahim Terbuka (Dilate) 1cm atau 2cm – Apa Sebenar Maksudnya?

lead image

Apabila di hujung kehamilan, doktor kata anda terbuka atau dilate 1cm atau 2cm. Apa maksudnya? Artikel ini menghuraikan secara lanjut supaya anda mudah faham!

Pintu rahim terbuka atau dilate (1cm atau 2cm)

Apabila kehamilan anda mencecah usia 9 bulan dan berada dalam trimester terakhir, doktor anda akan melakukan pemeriksaan dalaman pada serviks anda.

Ini untuk mencari tanda awal bersalin. Pada masa ini juga, doktor akan melihat sama ada kepala bayi anda sudah berpusing dan turun ke pintu rahim.

Selepas menentukan sama ada pintu rahim anda sudah terbuka (atau dipanggil sebagai ‘dilate’), doktor akan memberikan tarikh yang anda dijangkakan akan bersalin.

Tapi, pintu rahim anda harus terbuka seberapa banyak dan apa maksudnya jika doktor kata anda telah dilate sebanyak 1cm atau 2cm?

Serviks akan mula dilate

Kalau anda hendak tahu, jika anda sentuh hidung anda dengan jari, itu adalah rasa yang sama bagi serviks anda sebelum bersalin.

Pintu Rahim Terbuka (Dilate) 1cm atau 2cm – Apa Sebenar Maksudnya?

Kredit gambar: Babble

Biasanya, ia akan sedikit tegang dan tertutup, bagi melindungi bayi anda dari dunia luar.

Tetapi, ketika badan anda bersiap sedia untuk proses bersalin, serviks anda akan menjadi lembut, mula untuk dilate, dan menjadi sedikit nipis (dikenali sebagai cervical effacement).

Jadi, sebelum bayi anda lahir, serviks anda akan mula dilate dan menipis.

Penipisan serviks

Untuk bersalin, serviks anda bukan sahaja perlu terbuka, tetapi ia juga perlu menipis supaya bayi anda dapat dilahirkan.

Semasa anda dalam proses bersalin, serviks anda yang panjang dan keras itu akan mula bertukar halus dan lembut secara perlahan-lahan.

Penipisan serviks dikira dalam bentuk peratus, jadi apabila serviks anda menipis 100%, itu tandanya ia sudah cukup nipis (senipis kertas!).

Jadi, mudahlah untuk bayi anda keluar mengikut pintu rahim. Tapi, anda perlu bersabar.

Ini kerana serviks anda biasanya akan mengambil masa berminggu-minggu untuk dilate sebelum anda mula masuk labour room.

Adakah ia tanda yang anda sudah bersedia untuk bersalin?

Anda mungkin berasa yang apabila anda dilate 1cm, ia bermakna yang anda akan bersalin tidak lama lagi. Bukan begitu sebenarnya.

Serviks yang telah dilate tidak bermaksud yang anda sudah bersedia untuk masuk labour room.

Sebenarnya, anda berkemungkinan untuk mula dilate beberapa minggu sebelum tarikh sebenar untuk bersalin!

Tetapi, kadangkala, ada juga para ibu hamil di luar sana yang sudah bersedia untuk melahirkan anak ketika serviks mereka masih tertutup!

Ini kerana, setiap badan wanita itu berbeza dan setiap kehamilan itu juga adalah unik.

Info menarik: Kalau anda susah hendak membayangkan saiz pintu rahim terbuka, bayangkan begini. Apabila serviks anda terbuka 10cm, itu adalah sebesar saiz roti bagel atau donat besar!

1cm ke 10 cm terbuka 

Apabila anda bersedia untuk bersalin, serviks anda akan terbuka antara 0 ke 10cm.

Pemeriksaan vagina akan menentukan saiz dilate anda dan diukur berdasarkan kelebaran jari yang boleh dimasukkan ke dalam bukaan serviks anda.

Jika hujung satu jari boleh dimasukkan, itu adalah 1cm dilate. Jika dua jari boleh dimasukkan, itu adalah 2cm.

Jarak apabila dua jari ini direnggangkan menunjukkan tahap dilate serviks anda yang seterusnya.

Tapi, apa sebenarnya yang berlaku ketika anda dilate 1cm sehingga 10cm?

info grafik dilate bersedia bersalin

Sumber: Picquery.com

Dilate 1cm

Serviks anda adalah sebesar saiz bijirin Cheerio dan pada waktu ini, anda bolehlah mula menyiapkan beg bersalin kerana badan anda sedang bersiap sedia untuk melahirkan bayi anda.

Dilate 4cm

Pada waktu ini, serviks anda sebesar biskut Ritz. Tetapi, jika ini adalah kehamilan anda yang pertama, badan anda mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk sampai ke tahap ini.

Dilate 7cm

Adakah anda percaya jika kami kata yang pada ukuran dilate 7cm ini, serviks anda sudah terbuka sebesar saiz tin minuman soda?

Sesi bersalin sudah pun bermula pada waktu ini, menyebabkan serviks anda dilate atau terbuka dengan lebih cepat lagi.

Malah, sakit kontraksi juga akan bertambah kuat, lama, dan semakin pedih!

Dilate 10cm

Apabila anda dilate 10cm, serviks anda sudah pun terbuka sepenuhnya dan ia adalah sebesar saiz donat!

Anda juga mungkin akan diminta untuk mula meneran sebaik sahaja serviks anda terbuka dan menipis.

Info menarik: Tahukah anda? Sesetengah ibu hamil menyamakan bukaan dilate pintu rahim seperti seolah-olah kuntuman bunga yang sedang mengembang dan terbuka. 🙂

Bagaimana nak memudahkan pintu rahim terbuka?

Walaupun sebenarnya adalah lebih baik untuk anda membiarkan badan anda melakukannya secara sendiri dan semulajadi, masih ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mempercepatkan proses bukaan pintu rahim:

dilate 1cm 2cm tanda bersalin

Sumber: Newhealthadvisor.com

1. Membayangkan secara positif

Ia adalah saranan yang baik untuk anda kekal bertenang, berfikiran positif dan membayangkan secara visual bukaan serviks anda.

Ulangi juga mantra:

“Serviks saya mudah terbuka, umpama bunga. Pelvis saya mengembang dan terbuka. Otot saya tenang dan rileks.”

Bagi mereka yang beragama Islam, banyakkan berzikir ketika ini, berdoa supaya dipermudahkan urusan bersalin.

Amalkan juga cara pernafasan yang betul untuk kekal tenang dan bersedia.

2. Mandi air panas

Dengan mandi air panas (yang suam!), ia akan membantu anda menenangkan otot dan menghilangkan stress. Badan anda akan lebih bersedia untuk melalui proses bersalin.

3. Urutan lembut

Minta suami anda untuk memberikan urutan lembut kerana ia membantu untuk menenangkan anda. Ia juga bermanfaat untuk proses pembukaan serviks.

Anda boleh memilih sama ada untuk duduk atau berbaring dalam posisi yang selesa. Mainkan juga muzik atau zikir yang menenangkan.

4. Berhubungan intim dengan suami

Alang-alang suami anda memberikan urutan, teruskan sahaja bersenggama dengan suami.

Hormon dalam sperma suami anda (prostaglandins) dapat membantu serviks anda untuk terbuka dan menipis!

Selepas anda mengalami orgasm atau payudara anda terangsang, badan anda akan merembeskan oksitoksin, iaitu hormon yang turut menggalakkan serviks anda untuk terbuka.

5. Berjalan perlahan

Berjalan menaiki dan turun tangga juga dapat membantu untuk membuka pintu rahim.

Pastikan bukaan langkah anda panjang dan perlahan, supaya serviks anda boleh meregang dengan baik, dan seterusnya dilate!

6. Buang air kecil

Pundi kencing yang penuh akan menghalang rasa sakit kontraksi yang memberikan sedikit tekanan pada serviks, dan akibatnya melambatkan proses bukaan.

Jadi, kosongkan pundi kencing anda dengan banyakkan membuang air.

Ya, anda perlu kekal hidrasi tetapi ingat juga yang membuang air dengan kerap dapat mempercepatkan proses bukaan!

7. Senaman ringan

senaman hamil cepat bersalin

Sumber: Babycenter.com

Anda tidak perlulah sampai menyertai kelas Zumba atau membuat senaman yang berat untuk membuatkan bayi anda cepat keluar.

Cukuplah sekadar banyakkan berjalan. Bayi anda akan lebih mudah untuk turun ke pintu rahim. Semua ini adalah kerana pergerakan aktif anda.

Tekanan dari kepala bayi anda dalam rahim juga dapat membuatkan serviks cepat terbuka dan menipis.

Ia juga merangsang sakit kontraksi yang turut menggalakkan anda untuk dilate.

8. Bawa bertenang

Jangan biarkan ukuran dilate di atas merisaukan anda ya. Ada kebarangkalian untuk anda berasa sakit kontraksi, tetapi pintu masih belum terbuka pun!

Atau, mungkin juga anda tidak berasa sakit kontraksi langsung, tetapi serviks anda telah pun terbuka!

Biarkan badan anda melakukan segala proses ini secara semulajadi. Anda hanya perlu kekal bertenang dan menyiapkan mental dan fizikal untuk melalui proses bersalin yang indah itu!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

7 Cara Untuk Mempercepatkan Kelahiran Secara Semula Jadi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner