X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Selalu Kerjakan Sabun Mandi Untuk Bermain Buih? Hadiahkan Mereka Pistol Buih Ini Dan Biarkan Mereka Main Sampai Puas!

Pistol buih bukan hanya kanak-kanak sahaja yang suka, ibu ayah pun ada yang menikmatinya! Ini dia pistol buih terbaik kami senaraikan.

Majoriti kanak-kanak sangat suka bermain sabun dan boleh kata bermain buih sabun sampai habis sebotol sabun mandi, jadi disebabkan itu ibu ayah patut dapatkan pistol sabun ini.

Kanak-kanak kan penuh imaginasi, jadi tak terkejut yang boleh kata hampir semua kanak-kanak akan menikmati waktu mandi di dalam bilik air, bukan kerana untuk mandi tetapi kebanyakkan masanya dihabiskan untuk bermain sabun.

Ia ibarat satu aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka, sampai adanya berjam-jam di dalam bilik air kalau ibu ayah tidak perasan. Dalam menyelesaikan perkara ini, dan untuk lebih penjimatan sabun di rumah, kami ada senaraikan pistol sabun terbaik untuk anak yang boleh digunakan di rumah serta di taman permainan.

7 Pistol Buih Automatik Dan Manual Yang Menarik Untuk Main Di Taman

Bubble atau buih adalah sesuatu yang mudah dan amat disukai oleh kanak-kanak. Lihat sahaja di taman-taman awam pada waktu petang, parents dan anak sama-sama enjoy bermain buih menggunakan pistol buih atau bubble stick jenis tiup.

Jadi, jika anak anda masih menggunakan bubble stick biasa, jom upgrade permainan buih sabun mereka dengan pistol buih terbaik ini!

[product-comparison-table title="Pistol buih manual dan automatik terbaik"]

Gatling Bubble Machine

Pistol buih dengan lapan lubang

pistol buih gatling

Datang dengan empat pilihan warna iaitu hitam, kelabu, emas dan merah jambu, pistol buih ini sesuai untuk diberikan sebagai hadiah hari jadi kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Ibu ayah harus sediakan dua biji bateri saiz AA untuk digunakan pada bubble gun ini. 

Untuk mulakan sesi bermain yang seronok, tuangkan sabun ke dalam bekas yang disediakan, celup muka pistol dan tembak!

Apa yang kami suka:

  1. Saiz pistol yang kecil tetapi kemas, sesuai untuk dipegang dengan selesa oleh kanak-kanak bawah 6 tahun.
  2. Datang dengan mangkuk kecil seluas muka pistol, amat senang untuk celup dan tembak!
  3. Harga yang berpatutan untuk dimasukkan ke dalam goodie bag majlis hari jadi.

Gatling Bubble Machine

product imageBELI DI SHOPEE

LED Bubble Gun Automatic Blower

Pistol buih dengan botol sabun

Sesuai untuk kanak-kanak berusia seawal lima tahun, pistol buih ini datang dengan dua warna pilihan iaitu merah jambu dan biru. Pistol automatik ini memerlukan empat biji bateri saiz AA untuk berfungsi. 

Seperti mainan buih sabun yang lain, bubble solution yang datang dengan pistol ini tidak selamat diminum oleh kanak-kanak. Jadi, ibu ayah harus sentiasa berwaspada dan pastikan anak-anak tidak tersalah minum air sabun ini, ya!

Apa yang kami suka:

  1. Buih-buih kecil yang dihasilkan nampak halus dan berwarna warni.
  2. Saiznya yang kecil sesuai untuk diletakkan dalam bakul basikal kanak-kanak untuk dibawa ke taman.
  3. Mudah digunakan kerana botol sabun boleh dilekatkan pada pistol.

LED Bubble Gun Automatic Blower

product imageBELI DI SHOPEE

FEO Electric Bubble Gun

Pistol buih dengan lampu LED

Berbeza dengan pistol buih yang kami kongsikan di atas, pistol buih ini datang dalam saiz yang sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar. Panjang pistol ini ialah 43cm dan ia mempunyai dua bahagian pemegang untuk memberikan lebih kestabilan semasa perang buih.

Pistol mainan ini mempunyai 64 lubang dan datang dengan tiga pilihan warna menarik iaitu hitam, biru muda dan merah jambu. 

Apa yang kami suka:

  1. Menggunakan bateri yang boleh dicas semula (rechargeable battery) yang tahan lama.
  2. Mempunyai lampu LED yang membuatkan perang buih pada waktu malam lebih meriah.
  3. Boleh menghasilkan lebih 800 buih dalam masa satu minit!

FEO Electric Bubble Gun

product imageBELI DI SHOPEE

Pinkfong Baby Shark Automatic Bubble Gun

Pistol buih dengan patung karakter kartun

pistol buih pink fong

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan karakter kartun kegemaran kanak-kanak iaitu Pinkfong dan Baby Shark, kan? Pistol buih yang kecil dan mudah digunakan ini datang dengan patung kecil karakter comel ini di atasnya. 

Setiap pembelian datang dengan sebuah bubble gun dan satu botol buih sabun untuk dipasang terus pada bubble gun.

Apa yang kami suka:

  1. Mempunyai pilihan bubble gun manual yang tidak menggunakan bateri.
  2. Pistol jenis automatik yang menggunakan bateri mempunyai lampu dan lagu.
  3. Satu botol kecil sabun boleh bertahan selama 30 minit jika dimain tanpa henti.

Pinkfong Baby Shark Automatic Bubble Gun

product imageBELI DI SHOPEE

Bubble Machine Toy

Pistol buih panjang dan berlampu

pistol buih berlampu

Pistol buih berlampu ini agak panjang berbanding pistol lain yang sebelum ini dan sesuai untuk bigger kids. Setiap set pistol datang dengan satu mangkuk kecil dan bubble solution yang tidak perlu dibancuh.

Bubble gun ini datang dengan dua pilihan warna iaitu kuning dan hitam, serta memerlukan empat bateri bersaiz AA untuk berfungsi secara automatik.

Apa yang kami suka:

  1. Amat mudah dikendalikan oleh kanak-kanak iaitu hanya dengan memicit pemacu.
  2. Mempunyai badan lutsinar dengan lampu LED yang tersorok di dalam badan pistol.
  3. Bubble kecil keluar dengan lancar dan banyak, menarik minat kanak-kanak.

Bubble Machine Toy

product imageBELI DI SHOPEE

Bubble Gun Bubble Blower Toy

Pistol buih ringan untuk tangan kecil

Berbentuk seperti ikan, pistol buih yang ringkas dan ringan ini adalah pilihan terbaik untuk kanak-kanak berusia seawal 3 tahun. 

Bubble gun ini menggunakan mekanisma celup dan tekan yang mudah untuk dikendalikan sendiri oleh kanak-kanak tanpa bantuan ibu ayah.

Walaupun tidak menggunakan bateri, buih dapat dihasilkan dengan banyak dan lancar setiap kali dicelup dalam air sabun.

Apa yang kami suka:

  1. Datang dengan dua pilihan warna ceria iaitu biru dan merah,
  2. Pistol bersaiz kecil dan tidak mempunyai bucu tajam.
  3. Harga yang berpatutan, sesuai diberikan sebagai party favour untuk tetamu majlis istimewa.

Bubble Gun Bubble Blower Toy

product imageBELI DI SHOPEE

BTTE009 Xuxa Bubble Toys

Pistol buih dengan rechargable battery

pistol buih rechargeable

Bersaiz besar, pistol buih ini lebih sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak berusia enam tahun ke atas. Setiap pembelian datang dengan bateri jenis lithium battery dan kabel untuk caj semula bateri tersebut.

Oleh kerana bubble gun ini mempunyai 69 lubang, setiap celupan akan menghasilkan buih yang sangat banyak. Ditambah pula dengan lampu warna warni di sebelah dalam pistol, semestinya membuatkan aktiviti bermain bubble lebih seronok!

Apa yang kami suka:

  1. Buatan pistol menggunakan plastik yang kemas, kukuh dan boleh tahan lama.
  2. Buih yang dihasilkan amat banyak, sesuai untuk dimain di kawasan yang luas.
  3. Juga boleh dimain pada waktu malam kerana ada lampu di dalam pistol buih.

BTTE009 Xuxa Bubble Toys

product imageBELI DI SHOPEE

Perbandingan Harga Pistol Buih

Jenama

Harga (RM)

Gatling Bubble Machine 

RM3.99

LED Bubble Gun Automatic Blower 

RM15.89

FEO Electric Bubble Gun 

RM44.90

Pinkfong Baby Shark Automatic Bubble Gun 

RM29.90

Bubble Machine Toy 

RM17.00

Bubble Gun Bubble Blower Toy

RM4.30

BTTE009 Xuxa Bubble Toys 

RM45.90

Selain Mainan Pistol Buih, Empat Aktiviti Luar Ini Juga Baik Untuk Kecerdasan Kanak-kanak

Semestinya aktiviti hujung minggu dan riadah petang amat baik untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Tetapi kadang kala jadual harian yang berbeza membuatkan anak anda terpaksa bermain sendirian di luar. 

Untuk gembirakan hati mereka tanpa kawan-kawan, mainan seperti pistol buih yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah pilihan terbaik untu anak anda bermain sendiri. Selain itu, anda juga boleh sediakan aktiviti menarik ini untuk mereka enjoy seorang diri, bila perlu.

1. Berlatih lompat tali atau skipping rope

Aktiviti lompat tali ini adalah aktiviti yang boleh dilakukan tanpa kawan dan menyeronokkan kerana anak anda boleh berlatih untuk melalukan pelbagai jenis lompatan.

Anda hanya perlu sediakan tali skipping sahaja serta pastikan mereka lompat di permukaan yang rata dan sentiasa memakai kasut untuk aktiviti ini. 

2. Permainan teng teng atau hopscotch

Kebiasaannya permainan tradisional teng teng ini lebih seronok bermain bersama kawan-kawan. 

Tetapi, jika anak anda terpaksa bermain seorang diri, anda boleh juga galakkan anak anda untuk lompat di petak teng teng untuk meningkatkan tahap kesimbangan dan koordinasi mereka.

3. Melompat di atas trampolin

Lagi satu aktiviti kegemaran semua kanak-kanak ialah melompat di atas katil. Jadi, jika anda mempunyai ruang yang sesuai, beli sebuah trampolin untuk anak anda lompat sepuas hati mereka. 

Selain itu, aktiviti melompat di atas trampolin ini juga dianggap sebagai senaman kardio yang bagus untuk dijadikan sebagai rutin bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi untuk orang dewasa juga.

4. Bermain layang-layang

Pada hari yang berangin, ajak anak anda pergi ke padang untuk bermain layang-layang. Aktiviti ini lebih menenangkan dan sesuai untuk anak anda nikmati jika mereka sedang mengalami kecederaan ringan. 

Terdapat pelbagai jenis layang-layang yang dijual di pasaran sekarang, atau anda boleh ajak anak anda buat layang-layang sendiri sebagai aktiviti kraf di rumah.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu ayah.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Pilihan Kasut Roda Kanak-Kanak Yang Tahan Lasak & Murah, Ibu Ayah Boleh Belikan Untuk Aktiviti Senam Bersama Anak

Baca juga: Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

Baca juga: Anak Suka Dinosaur Atau Trak? Kenali Personaliti Si Manja Mengikut 8 Jenis Permainan Ini

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Najibah

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • 8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

    8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

  • Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

    Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

  • Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

    Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

  • 8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

    8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

  • Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

    Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

  • Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

    Ingin Mendapatkan Result Pregnancy Test Yang Lebih Tepat? Ini 7 Alat Ujian Ujian UPT Terbaik Untuk Mengesan Kehamilan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.