TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

PLKN Bakal Dilaksanakan Semula, Libatkan Pelajar Tingkatan 4 Dan 5. Ini Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

1 Nov, 2023
PLKN Bakal Dilaksanakan Semula, Libatkan Pelajar Tingkatan 4 Dan 5. Ini Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal dilaksanakan ternyata mendapat reaksi positif generasi muda dan ibu bapa.

Keputusan kerajaan mempertimbang untuk menghidupkan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mendapat reaksi positif generasi muda.

Rata-rata berpendapat program itu memberi manfaat kepada generasi muda untuk memperkukuh jati diri dan menambah tahap kemandirian.

Malah, kira-kira 80 hingga 90 peratus ibu bapa mahu anak mereka menyertai PLKN dengan ada sesetengahnya mahu anak mereka menyertai program itu secara sukarela.

Dalam perkembangan terbaru, kerajaan akan melaksanakan semula PLKN yang dimansuhkan pada 2018 menerusi dua fasa yang melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Ini info yang ibu ayah perlu tahu :

1. Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasakan pada peringkat itu.

2. Pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalankan latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula, akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada.

3. Jawatankuasa yang sudah dilantik itu memberi pandangan kepada pihak kementerian dan kementerian memohon supaya ia diubahsuai sehingga ke satu tahap yang mana melihat kepada kepentingan penyertaan daripada peringkat sekolah lagi dan bukan saja fasa selepas sekolah.

4. PLKN Fasa 1 membabitkan penglibatan di fasa sekolah, manakala PLKN Fasa 2 pula selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM.

5. Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, mereka akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.

6. Tempoh pelaksanaan PLKN Fasa 2 hanya akan dijalankan selama 45 hari.

7. Kerajaan akan memanfaatkan 13 kem tentera wataniah di seluruh negara untuk pelaksanaan PLKN ini yang mana tenaga pelatih membabitkan anggota tentera sendiri.

Semangat patriotisme dan cintakan negara bukanlah perkara yang mampu timbul sendiri dalam diri setiap individu. Ia perlu dipupuk dan disemat dalam diri seseorang sejak muda lagi, agar jiwa mereka sebati dengan perasaan itu. 

Semoga usaha kerajaan ini dapat membentuk peribadi remaja dan belia yang lebih berwawasan tinggi serta berjiwa patriotik.

Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Kesihatan Mental Remaja Perempuan Lebih Rendah Berbanding Anak Lelaki- Kajian

Baca juga : Akil Baligh Adalah Fasa Mengelirukan Remaja, Ini Cara Yang Betul Untuk Bimbing Mereka

Baca juga : “Curfew” Untuk Remaja Keluar Waktu Malam Akan Dipertimbang, Ini 5 Tips Didik Anak Remaja

Stories Rakan Kongsi
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
Are You Making The Right Investments? 4 Important Investment Areas For Parents
Pengalaman Adalah Guru Terbaik, Cuba Tanya Pada Freestyler
Pengalaman Adalah Guru Terbaik, Cuba Tanya Pada Freestyler
Mencari Aktiviti Keluarga Yang Seronok? Apa Kata Gabungkan Kuasa Bermain & Penyelesaian Masalah Kreatif Dengan LEGO?
Mencari Aktiviti Keluarga Yang Seronok? Apa Kata Gabungkan Kuasa Bermain & Penyelesaian Masalah Kreatif Dengan LEGO?
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat
10 mistakes you make that will turn your kid into a monstrous brat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • PLKN Bakal Dilaksanakan Semula, Libatkan Pelajar Tingkatan 4 Dan 5. Ini Yang Ibu Ayah Perlu Tahu
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham