Resepi Popia Carbonara Yang Rangup Dan Lemak Berkrim! Sedap Dan Lebih Kenyang

Kali ini kami kongsikan resepi popia carbonara yang rangup dengan inti padat dan bila goreng tak meletup. Sesuai untuk menu petang di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teringin nak buat kudap-kudap waktu petang yang lebih mengenyangkan, cubalah buat popia carbonara. Dari segi luaran, ia nampak seperti popia biasa, tetapi intinya penuh dengan isi ayam dan ketam dengan rasa creamy dan berperisa. Sesiapa sahaja pasti jatuh cinta saat merasainya, termasuklah kanak-kanak.

Kalau nak buat sendiri sos carbonara rasa bercinta betul, kan? Kali ini kami kongsikan resepi cara buat popia carbonara yang mudah dan ringkas oleh pengguna Facebook, Ida Zaida. 

Menurut Ida, resepi yang diberikan pasti menjadi seperti perkongsian gambar miliknya, “Alhamdulillah menjadi elok. Bila goreng pun tak meletup dan isinya tak terkeluar. ‘Flawless’ je kulitnya..”

Tips agar popia carbonara tidak hancur apabila digoreng adalah pastikan sejukkan dulu inti supaya pekat dan tak cair. Selain itu, goreng dalam minyak yang betul-betul panas dengan memasak dengan masa yang singkat.

Lebih sedap makan panas ataupun suam supaya terasa keenakan carbonara yang meleleh dengan kulit popia yang rangup. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi popia carbonara yang sedap dan mudah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan untuk membuat inti:

  • 2 biji bawang putih
  • 3 biji bwg merah
  • 1 peket isi ketam
  • 1 tin cendawan
  • 1 cwn ayam
  • 1/2 carrot
  • 1 botol sos Prego carbonara @ 2 tin sos Prego 
  • Garam, gula, perasa
  • 1 sudu mkn minyak masak 

Tips: Guna sos Prego dalam tin lebih sedap berbanding dalam botol

Cara penyediaan: 

  1. Bahan-bahan untuk inti dipotong dadu.
  2. Tumis bawang putih, bawang merah dgn 1 sudu minyak masak je.
  3. Selepas itu, masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan, carrot
  4. Perasakan garam, gula, perasa, masak sampai pekat.
  5. Sejukkan dalam peti ais sekejap barulah start menggulung.

Bahan-bahan untuk membuat popia carbonara:

  • Kulit popia
  • Tepung gandum
  • Air

Cara penyediaan: 

  1. Ambil popia sehelai, letakkan inti tapi jangan letak banyak sangat. Nanti kulit popia basah akan jadi cantik.
  2. Kemudian gulungkan. Selepas itu, gamkan (guna bancuhan tepung gandum+sedikit air) di hujung popia bagi melekat.
  3. Selepas itu, goreng dalam minyak yang panas tapi api mesti slow. Baru cantik bila goreng, peloles gitu!
  4. Siap untuk dihidangkan. Boleh makan begitu sahaja atau makan dengan sos cili.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Donut Gebu Guna Sukatan Cawan! Sesuai Untuk Jamu Suami, Anak Minum Petang

Baca juga: Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Sukatan Cawan, Penuh Rasa Berlemak & Harum Pandan

Baca juga: 11 Jenis Kuih Yang Boleh Dimakan Dalam Pantang, Ibu Tidak Rasa Sakit Atau Gatal

Penulis

Noorhidayah