3 Posisi Tidur Selepas Bersalin Pembedahan Bantu Anda Cepat Pulih!

Apa posisi tidur selepas bersalin pembedahan yang selesa dan mampu buat luka cepat pulih? Ini 3 posisi yang paling disarankan pakar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah 9 bulan hamil dan menanti kehadiran cahaya mata, masanya sudah tiba untuk anda berjumpa si kecil anda itu. Seronoknya! Jika anda bersalin pembedahan, pasti anda ingin tahu posisi tidur selepas bersalin pembedahan untuk memastikan anda selesa dan luka pun cepat sembuh. 

Setelah penat bersalin, lebih-lebih lagi bersalin czer, maka tidur adalah hal yang paling membahagiakan. Waktu itulah ibu dapat rehat dengan sepuasnya.

Meskipun begitu, anda mungkin tidak dapat tidur sempurna kerana masih kesakitan atau risau luka lambat sembuh. Jadi posisi tidur selepas bersalin pembedahan ini penting untuk anda tahu! 

3 Posisi Tidur Selepas Bersalin Pembedahan 

Posisi tidur selepas bersalin pembedahan penting bagi memastikan proses pemulihan berjalan baik. Malah, ia juga amat berguna untuk:

  • Mengurangkan ketidakselesaan semasa proses pemulihan setelah bersalin czer
  • Memiliki kualiti tidur yang baik. 
  • Mencegah komplikasi selepas bersalin. 

Apa yang pasti, posisi tidur selepas bersalin pembedahan yang betul dapat membantu ibu terlelap dan tidur dengan nyenyak. 

Posisi Tidur Selepas Bersalin Pembedahan Betul & Tepat


Mencari posisi tidur selepas bersalin pembedahan bukan mudah. Ada ibu mungkin tertanya-tanya bolehkah tidur mengiring selepas bersalin caesar, bolehkah tidur terlentang dan lain-lain? Untuk menjawab persoalan itu, ini kami kongsikan tiga posisi tidur yang paling disukai para ibu. 

#1. Berbaring terlentang

Posisi berbaring ini dianggap paling baik, aman dan selamat. Malah, luka pembedahan juga tidak terganggu yang boleh menyebabkan rasa sakit pada ibu.  

#2. Tidur sambil duduk 

Ada sebilangan ibu rasa sakit di bahagian luka pembedahan, jadi anda mungkin boleh cuba posisi tidur sambil duduk ini. Meskipun kurang selesa, tapi ia dapat mengurangkan rasa sakit yang dirasai itu.

Tapi jangan terlalu lama tidur dengan posisi ini, cukup sampai rasa sakit hilang. Kemudian tukar posisi lain yang boleh buat anda lebih selesa. 

 #3. Alas dengan bantal

Bantal adalah rakan setia yang wajib ada sepanjang proses pemulihan selepas bersalin czer. Caranya, letakkan bantal di bahagian belakang badan, punggung dan siku bagi mengurangkan ketidakselesaan ketika tidur. 

Paling tidak, pastikan kepala lebih tinggi dari kedudukan badan. 

Kenapa Sangat Sukar Tidur Selepas Jalani Pembedahan Czer? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada banyak faktor yang menjadi punca kesukaran untuk tidur selepas menjalani pembedahan czer. Salah satunya dipanggil sebagai obstructive sleep apnea dan ia selalu dialami wanita hamil hingga bersalin. 

Gejala tersebut berlaku apabila hormon tubuh menghambat saluran pernafasan dan menjadi punca ramai wanita mengandung maut gara-gara masalah ini. Tapi tak usah khuatir, ia jarang kali terjadi. 

Namun begitu, wanita yang bersalin pembedahan lebih berisiko untuk mengalaminya. Atas sebab itu, doktor sarankan untuk mendapatkan posisi tidur yang baik supaya ibu lebih selesa selepas melahirkan

Bolehkah Anda Mengelak Bersalin Czer?

Pembedahan czer merupakan alternatif buat si ibu yang ingin melahirkan bayi namun mempunyai kontraindikasi untuk bersalin normal

Kadang-kala, ia tidak boleh dielakkan bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa ibu dan bayi. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, pembedahan czer boleh dielakkan, malah amat digalakkan. 

Ini kerana, banyak kelebihan jika bersalin secara normal, baik untuk ibu mahupun bayi.  Namun begitu, jika anda mengalami komplikasi ketika hamil, maka anda digalakkan untuk bersalin czer. Selain untuk melindungi nyawa ibu dan anak, ia juga boleh mengelakkan komplikasi yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan kedua-duanya selepas bersalin.

Bagi mereka yang sudah didiagnosis dengan komplikasi tertentu seperti preeklampsia dan diabetes gestasi, pelan untuk bersalin czer kebiasaannya dirancang lebih awal.

Cara Menyusu Bayi Selepas Bersalin Czer

Anda boleh mula menyusukan bayi selepas menjalani pembedahan czer. Kedudukan penyusuan yang berfungsi dengan baik semasa pemulihan adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Seperti memegang bola sepak. Untuk keselesaan, letakkan bantal di sisi anda dan gunakan kerusi dengan tempat letak tangan yang lebar dan rendah. Pegang bayi anda di sisi anda, dengan siku dibengkokkan. Dengan tangan anda yang terbuka, dukung kepala bayi anda dan hadapkannya ke arah payudara anda. Punggung/ belakang bayi anda akan diletakkan di atas bantal dan lengan bawah anda. Sokong payudara anda dalam pegangan berbentuk C dengan tangan anda yang sebelah lagi.
  • Pegangan sebelah. Baring dan letakkan bayi anda di sisi, menghadap payudara anda. Sokong bayi anda dengan sebelah tangan. Dengan tangan yang lain, genggam payudara anda dan sentuh puting anda ke bibir bayi anda. Setelah bayi anda melekap untuk menyusu, gunakan satu lengan untuk menyokong kepala anda sendiri dan satu lagi untuk membantu menyokong bayi.

Tanda-Tanda Luka Czer Terkena Jangkitan

Anda mungkin akan merasai sedikit sakit pada bahagian hirisan (pembedahan), dan anda mungkin mengalami pendarahan sehingga 6 minggu selepas pembedahan czer. Jangan risau, ia memang sudah dijangkakan.

Walau bagaimanapun, simptom berikut mungkin menandakan berlakunya jangkitan pada luka czer anda:

  • kemerahan, bengkak, atau nanah yang keluar dari kawasan pembedahan
  • kesakitan di sekitar kawasan pembedahan
  • demam lebih daripada 38°C
  • keputihan yang berbau busuk
  • pendarahan faraj yang banyak
  • kemerahan atau bengkak di kaki anda
  • mengalami kesukaran untuk bernafas
  • terasa sakit di bahagian dada
  • sakit pada payudara anda
  • sukar atau sakit untuk membuang air kecil atau air kencing keluar (bocor) tanpa sengaja

Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat dengan segera serta mengelakkan perkara yang lebih buruk daripada berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bolehkah Saya Bersalin Normal Selepas Czer?

Kebiasaannya, mereka yang bersalin czer akan melalui pembedahan sama pada kehamilan akan datang. Walau bagaimanapun, The American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) menggalakkan wanita untuk menjalani prosedur bersalin normal selepas czer supaya:

  • tidak melibatkan lagi pembedahan pada bahagian abdomen
  • dapat pulih dalam jangka masa lebih pendek
  • mengurangkan risiko mendapat jangkitan kuman
  • mengurangkan pembedahan
  • mengurangkan risiko kecederaan pada organ lain.

Semoga bermanfaat!

Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

  1. Healthline (Des 21, 2021). 6 Tips for a Fast C-Section Recovery. www.healthline.com/health/pregnancy/c-section-tips-for-fast-recovery#postpartum-checkups
  2. Tommy's (July 16, 2021). How to recover from a c-section at home. www.tommys.org/pregnancy-information/giving-birth/caesarean-section/recovering-home-after-c-section
  3. Medical News Today (Oct 2, 2018). How to speed up recovery from a cesarean delivery. www.medicalnewstoday.com/articles/323229#summary
  4. Web MD (n.d). C-Section Recovery. www.webmd.com/baby/recovery-after-c-section#1
  5. Mayo Clinic (Apr 6, 2022). Labor and delivery, postpartum care. www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/labor-and-delivery/in-depth/c-section-recovery/art-20047310

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian
kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 

Baca juga: Sakit Tulang Pinggul Semasa Hamil? Cuba Tidur Cara Ini Untuk Legakannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Berlari Ketika Hamil Boleh Bahayakan Kandungan Jika Bakal Ibu Tak Buat 4 Perkara Ini!

Baca juga: Alergik Kulit Semasa Hamil Boleh Buat Ibu Keguguran,Jangan Ambil Mudah Jika Alaminya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan