Benarkah Potong Rambut Semasa Hamil Punca Kecacatan Janin Dalam Kandungan?

Masyarakat pada zaman dahulu sangat percaya yang memotong rambut semasa hamil boleh menyebabkan janin berisiko untuk mengalami kecacatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehamilan menyebabkan wanita akan alami pelbagai perubahan hormon, dan perubahan ini juga akan memberi kesan pada rambut dan kulit. Jika dulu rambut lebat, sekarang akan nampak kusam dan semakin menipis. Apabila kita ingin memotong rambut, berlegar pula mitos yang mengatakan potong rambut ibu hamil boleh menyebabkan kecacatan pada bayi baru lahir

Namun, benarkah kenyataan tersebut? Sebelum anda panik dan resah, lagi-lagi dengan cuaca panas sekarang yang membuatkan rambut panjang rasa sangat tidak selesa, kami cadangkan untuk semak penjelasan lanjut dalam artikel ini. 

Bolehkah potong rambut ibu hamil? 

Kredit: Freepik

Rupa-rupanya, mitos potong rambut ibu hamil boleh menyebabkan kecacatan pada janin merupakan kenyataan yang paling popular hingga menyebabkan ramai yang mudah percaya. 

Ini kerana, pada zaman dahulu orang tua-tua percaya dan mengatakan potong rambut ibu hamil boleh mengakibatkan bayi mempunyai gangguan penglihatan. 

Bahkan, bagi sesetengah masyarakat juga mengatakan potong rambut semasa hamil boleh memicu risiko yang buruk pada bayi dan kandungan. Malah mereka turut percaya ia boleh membuatkan bayi mudah jatuh sakit.

Risiko potong rambut ibu hamil 

Menurut kepercayaan nenek moyang dahulu kala, potong rambut semasa mengandung boleh menyebabkan keguguran, komplikasi pada kandungan dan bayi lahir mati sehingga membimbangkan semua ibu yang ingin gunting rambut. 

Namun sebenarnya, selama hamil tubuh akan mengalami perubahan hormon dan tekstur rambut juga turut berubah-ubah. Ibu yang memiliki rambut lebat dan tebal mungkin dikejutkan dengan rambut yang mula menipis. 

Jika ini berlaku, sudah tentu ibu akan memilih untuk memotong rambut supaya ia boleh tumbuh dan kembali sihat seperti dahulu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, tiada penelitian dan kajian yang bersangkut paut antara potong rambut dengan kelainan pada janin. 

Namun hal yang perlu diperhatikan adalah ibu tidak mewarnai rambut terutama semasa usia kehamilan di trimester pertama kerana kandungan bahan kimia dalam pewarna rambut itu boleh mempengaruhi janin.

Perkara yang perlu diperhatikan jika ingin potong rambut semasa mengandung

Kredit: Reader’s Digest

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada masalah jika anda ingin potong rambut tapi perhatikan dahulu dua perkara ini iaitu:

#1. Elakkan penggunaan bahan kimia 

Jika ingin potong rambut semasa hamil, pastikan anda hindari dari menggunakan pewarna rambut, spray atau produk yang mengandungi kimia berbahaya. 

Sebaiknya anda pilih produk yang menggunakan bahan alami yang selamat untuk janin kerana bahan kimia tersebut boleh mempengaruhi janin sekaligus menimbulkan reaksi alergi pada kulit ibu yang sensitif.

#2. Tidak berkunjung ke salon yang ramai orang 

Seterusnya, anda perlu menghindari salon yang ramai orang supaya anda lebih tenteram semasa memanjakan diri. 

Selain itu, pastikan peralatan yang digunakan masih baru dan selamat digunakan. Apapun, sebelum mengunjungi salon pastikan anda membuat temu janji terlebih dahulu. 

Semoga bermanfaat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Erinintyani Shabrina Ramadhini. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: Ingin Mewarna Rambut Semasa Hamil? Boleh Saja Kalau Gunakan 5 Jenis Pewarna Selamat Ini