Bayi bernama Blue ini baru berusia 9 bulan, dan dia kini sudah hampir bebas menggunakan lampin! Hebat kan? Kata ibunya Montana Lower, Blue dilatih potty training seawal usia dua minggu lagi!
“Dia jarang membuang air besar dan air kecil di dalam lampin sejak dia berusia dua minggu lagi. Kami hanya menggunakan dua lampin sehari, satu di waktu pagi dan satu di waktu malam,” kata Lower.
Lower adalah sebahagian kecil ibu bapa di Australia yang mengamalkan kaedah potty training yang dipanggil ‘Elimination Communication’ atau EC ini. Ia bertujuan untuk mengurangkan penggunaan lampin pakai buang.
Edwina O’ Connell, yang menerajui bengkel EC di Gold Coast dan di utara New South Wales ini menyatakan kaedah ini bergantung sepenuhnya pada ibu bapa untuk melihat signal daripada bayi mereka sendiri apabila mereka ingin membuang air.
‘Elimination communication’ mungkin kedengaran agak pelik namun ia adalah maksud sebenar kaedah ini dimana ia bergantung sepenuhnya pada komunikasi bayi dengan melihat signal mereka.
Ia memerlukan ibu bapa untuk melihat bayi anda dan memberi respon apabila mereka mula memberi signal.
Blue dan ibunya Montana Lower. Foto: ABC Australia
Perhatikan signal bayi
Ada banyak tanda yang bayi akan tunjukkan apabila mereka ingin membuang air. Ia mungkin satu tindakan statik atau senyap. Ada bayi yang menggoncangkan tangannya dan apabila ibu bapa memberi respon, maka signal mereka semakin kuat.
Pada awalnya kaedah ini mungkin kedengaran agak sangsi dan ramai ibu bapa agak skeptikal, tapi ia sebenarnya berkesan kepada sesetengah ibu bapa termasuklah O’ Connell. Pandangan mata adalah segalanya!
Bayi mempunyai naluri semula jadi untuk memberi signal ketika mahu membuang air, dan mereka tidak suka untuk membuang air dalam pakaian mereka.
Lower menyatakan bahawa anaknya Blue mula memberi ekspresi wajah yang berbeza-beza atau akan menjerit sekiranya dia mahu membuang air, dan ia semakin menunjukkan progres seterusnya.
Pada usia empat bulan, Blue sudah mula pandai menunjukkan menepuk punggungnya dan cuba menarik potty untuk dekat dengannya.
Tiada usia minimum untuk memulakannya
Anda boleh cuba kaedah ini seawal yang mungkin! Tiada usia yang sesuai untuk anda tunggu dan mulakan. Seperti Blue, dia mampu lakukannya seawal usia dua minggu, jika mereka boleh, anda pun mungkin boleh!
Potty training anak menggunakan teknik fellom
Kaedah mengajar anak kecil menggunakan tandas melalui Teknik Fellom ini sebenarnya telah lama diguna pakai di negara Barat iaitu sejak 2006. Ia diperkenalkan oleh Julie Fellom, seorang guru tadika. Teknik Fellom ini dikatakan sesuai bagi anak kecil dari usia 15 bulan sehingga 28 bulan.
Apa matlamat kaedah fellom?
Matlamat cara ajar anak potty training dari Kaedah Fellom ini bukanlah bertujuan untuk terus melatih anak anda pandai menggunakan tandas serta-merta dan 100% selepas 3 hari.
Tetapi, ia lebih bertujuan untuk membiasakan anak anda untuk pergi ke tandas dan bergerak bebas (di dalam atau di luar rumah) tanpa memakai diaper.
Jadi, anda patut menjangkakan yang kadang-kadang, anak anda mungkin terbuang air ketika latihan. Ia tidak perlu dirisaukan – ia pasti akan berlaku. Tetapi, apa yang anda boleh harapkan daripada teknik ini adalah ia akan mempercepatkan proses anak anda untuk ‘bercerai’ dari memakai napkin.
Tip-Tip sebelum Anda Mencuba Kaedah Potty Training Ini
Letak mangkuk potty di beberapa tempat dalam rumah anda – di ruang tamu, dapur, bilik dan di luar rumah.
Sediakan diaper dan baju salin sebagai persediaan jika si kecil anda terbuang tanpa sengaja ketika tidak memakai napkin.
Teknik ini akan memerlukan anda membiarkan anak anda hanya berbaju dan tidak memakai seluar ketika berada di rumah. Jika rumah anda sejuk, pakaikan si kecil stoking. Jangan biarkannya kesejukan.
Hari pertama:
Biarkan si kecil anda bebas tanpa memakai napkin mahupun seluar ketika di rumah. Perhatikan gerak gerinya dan jika anda terlihat seperti dia ingin membuang air kecil atau air besar, segera angkatnya ke mangkuk potty.
Berikan anak anda minum air dengan banyak supaya dia akan terasa selalu mahu membuang air. Buat demonstrasi menggunakan mangkuk potty. Anak anda akan segera meniru perbuatan anda.
Jika dia berjaya membuang air di mangkuk potty, pastikan anda meraikan bersamanya. Si kecil akan lebih termotivasi dengan aktiviti keraian sebegini!
Sebelum tidur, beritahu anak anda untuk duduk di mangkuk potty dan buang air. Pada waktu malam, barulah anda benarkan si kecil untuk memakai napkin.
Hari kedua:
Teruskan latihan seperti hari pertama. Biarkan dia bebas tanpa memakai napkin atau seluar ketika di rumah dan latihnya ke mangkuk potty jika dia seperti ingin membuang air.
Pada hari kedua, sertakan latihan di luar rumah. Pakaikan si kecil anda seluar tetapi tanpa memakai diaper atau seluar dalam. Bawa si kecil berjalan-jalan di sekitar rumah atau berhampiran kawasan kejiranan anda.
Matlamat dari latihan ini adalah untuk membiasakan anak anda tidak terbuang air ketika berada di luar rumah tanpa memakai diaper.
Jika dia terbuang ketika di luar, jangan memarahinya. Beritahu yang dia sepatutnya membuang di dalam mangkuk potty.
Hari ketiga:
Pada hari ketiga, bawa anak anda keluar berjalan-jalan di luar rumah sebanyak dua kali, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang.
Seperti hari kedua, biarkan dia memakai seluar tanpa sebarang lampin atau seluar dalam. Bawa baju persalinan atau diaper sebagai langkah berjaga-jaga.
Seperti yang anda perasan, teknik ini menggunakan kaedah ‘bebas seluar’ atau ‘bebas diaper’. Apabila si kecil anda tidak memakai napkin atau seluar, dia akan berasa lebih terlatih untuk membuang air di tempat yang sesuai.
Diaper hanya dibenarkan ketika tidur sahaja. Teruskan kaedah ‘bebas diaper’ ini selama 3 bulan.
“Jika anda betul-betul mahu latihan tandas ini berkesan kepada anak anda, anda memang perlu memastikan yang dia tidak memakai seluar ketika berada di rumah dan tidak memakai lampin atau seluar dalam apabila keluar rumah selama 3 bulan berturut-turut!” kata Julie Fellom.
Sumber: ABC Australia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Latih Anak Potty Training dengan Cara Dari Cina Ini
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!