Pregnancy Test Line Saya Kabur - Adakah Saya Hamil Atau Tak? Ini Jawapannya

lead image

Bila membuat ujian pengesan kehamilan, tiba-tiba keluar dua garisan tetapi salah satunya sangat pudar. Keliru pula, anda mengandung ke tak?

Terdapat banyak petanda yang anda hamil, antara yang paling ketara adalah anda mungkin “missed” waktu haid, perubahan fizikal dan emosi, perubahan suhu badan, selera bertambah dan banyak lagi.

Tetapi apa yang mengelirukan adalah apabila anda membuat pemeriksaan sendiri dengan pregnancy test, didapati pregnant test line kabur di alat pengesan kehamilan anda itu! 

Alamak! Apa maksud pregnant test line kabur? Anda hamil atau tidak?

Mencuba Alat Pengesan Kehamilan: Kenapa Pregnant Test Line Kabur?

pregnant test line kabur, ujian kehamilan pudar, tanda mengandung, ujian kehamilan, upt positif, upt negatif, cara guna upt, cara guna pregnancy test, tips hamil, tahap kesuburan tinggi, tanda subur, mudah hamil, cepat mengandung, mudah mengandung

Tahukah anda, jenis alat pengesan kehamilan atau pregnancy test mempunyai tahap sensitiviti yang berbeza? Ada yang boleh mengesan kehamilan sebelum terlepas tarikh period, malah ada yang hanya boleh digunakan selepas 2-3 minggu lewat datang bulan.

Tetapi anda mungkin akan keliru atau kecewa bila terlihat 2 garisan tetapi salah satunya pudar. Ujian kehamilan yang kabur sebenarnya perkara biasa dan terdapat beberapa penjelasan tentang perkara ini.

Jom kita semak apakah jawapannya jika pregnant test line kabur ini.

Bila Nampak Pregnant Test Line Kabur: Tahniah, Anda Mengandung!

pregnant test line kabur, ujian kehamilan pudar, tanda mengandung, ujian kehamilan, upt positif, upt negatif, cara guna upt, cara guna pregnancy test, tips hamil

Ramai yang bertanya soalan,

“Saya sudah check air kencing, tapi pregnant test line kabur! Saya mengandung ke tak?”

Berita baiknya, 2 garisan di alat pengesan kehamilan menandakan anda hamil, walaupun garisannya kelihatan pudar, atau lambat muncul!

Ini kerana setiap alat pengesan kehamilan menunjukkan sensitiviti yang berlainan, dan ia juga berlaku kerana paras hormon kehamilan HCG (human chorionic gonadotropin ) dalam air kencing anda terlalu rendah untuk dikesan.

Sebaik sahaja hamil, badan anda akan mula menghasilkan hCG. Tahap hormon HCG semakin akan semakin meningkat dan jika hCG hadir dalam air kencing, anda akan dapat keputusan ujian positif.

Paras HCG penting untuk mengesan kehamilan, dan paras HCG lebih tinggi pada waktu awal pagi atau pada masa perut anda kosong sekurang-kurangnya 4 jam

Jika HCG hadir dalam air kencing masa anda ada tahap hormon yang rendah, ini menyebabkan ujian kehamilan positif dengan garisan pudar. Ini juga bermaksud tempoh kehamilan masih di peringkat awal.

Bila Nampak Pregnant Test Line Kabur: Mungkin Anda Tidak Hamil Kerana Ia Garis Penyejatan

Pregnancy Test Line Saya Kabur - Adakah Saya Hamil Atau Tak? Ini Jawapannya

Jika anda mendapat garis positif yang pudar, anda mungkin juga tidak hamil. Kadang-kadang, apa yang muncul sebagai garis positif sebenarnya garis penyejatan.

Garis yang mengelirukan ini boleh muncul hasil air kencing menguap dari kayu. 

Sekiranya anda guna pregnancy test dan semak garisan dalam tempoh yang disyorkan dan melihat garis positif yang lemah, anda mungkin hamil.

Sebaliknya, jika anda tidak memeriksa ujian sehingga 10 minit kemudian, garisan samar adalah garis penyejatan, yang bermaksud anda tidak hamil.

Jika anda keliru sama ada garis kabur adalah garis positif atau garis penyejatan, cuba lagi sekali dalam tempoh 2 atau 3 hari.

Sekiranya anda hamil, ini memberi masa tambahan kepada badan untuk menghasilkan lebih banyak hormon HcG yang menghasilkan garis positif lebih jelas.

Bila Nampak Pregnant Test Line Kabur: Anda Mungkin Telah Keguguran

pregnant test line kabur, ujian kehamilan pudar, tanda mengandung, ujian kehamilan, upt positif, upt negatif, cara guna upt, cara guna pregnancy test, tips hamil

Malangnya, pregnant test line kabur juga boleh menjadi tanda keguguran, yang menunjukkan badan mungkin mempunyai sedikit hormon kehamilan dalam badan.

Anda mungkin ada pendarahan yang menyerupai kitaran haid dan krem ringan. Pendarahan juga mungkin belum berlaku lagi,  jadi anda mungkin tidak mengetahui yang anda keguguran.

Tetapi jika anda mengambil ujian kehamilan di rumah semasa pendarahan dan hasil menunjukkan garis positif yang lemah, anda mungkin mengalami keguguran.

Berita baiknya adalah wanita yang mengalami keguguran tidak semestinya mempunyai masalah untuk hamil pada masa yang akan datang!

Jika anda tidak pasti sama ada garis pudar pada ujian kehamilan adalah hasil positif, cuba sekali lagi atau buat temu janji dengan doktor untuk ujian kehamilan di klinik. Sekiranya anda fikir anda mengalami keguguran awal, beritahu doktor anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!