Kenali Apa Itu Pregorexia, Sindrom Takut Gemuk & Diet Berlebihan Ketika Hamil

Pregorexia adalah istilah menggambarkan tingkah laku pemakanan yang tidak teratur dan kebimbangan perubahan tubuh ketika hamil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehamilan boleh mencetuskan pelbagai perasaan seperti risau terhadap badan yang sedang membesar dan takut dengan penambahan berat badan. Jika ini terjadi pada anda, ia dikenali sebagai pregorexia.

Peningkatan berat badan ketika hamil yang ideal adalah penting untuk menyokong perkembangan janin dalam kandungan. Akan tetapi sesetengah ibu hamil yang mengalami pregorexia ini akan mengehadkan pengambilan kalori, terlalu menjaga pemakanan dan senaman berlebihan untuk mengelakkan penambahan berat semasa kehamilan.

Apa Itu Pregorexia?

Pregorexia adalah istilah untuk menggambarkan ibu hamil yang mengurangkan kalori dan bersenam secara berlebihan untuk mengawal penambahan berat badan semasa mengandung.

Istilah pregorexia menjadi tular pada tahun 2008 apabila media mula menerbitkan kehidupan wanita di New York City yang ingin bergaya dan mencapai kehamilan yang sempurna. 

Menurut pakar Obstetrik dan Ginekologi (OB/GYN) di NYC Health + Hospitals/Lincoln, Kecia Gaither, mengatakan adalah penting untuk menunjukkan bahawa pregorexia bukanlah istilah perubatan.

“Pregorexia merupakan gabungan dua perkataan – kehamilan dan anoreksia – digunakan untuk menggambarkan seseorang yang mempunyai ketakutan luar biasa untuk menambah berat badan semasa kehamilan,” katanya.

Disebabkan ketakutan ini, Gaither berkata ibu mengandung mungkin tidak menyihatkan diri sendiri atau janin yang sedang berkembang dengan secukupnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun pregorexia bukanlah satu masalah perubatan, sebenarnya ramai ibu merisaukan berat badan mereka, melakukan diet yang melampau dan rutin senaman semasa hamil. Kesannya, mereka berdepan gangguan pemakanan semasa hamil.

Tanda Gangguan Pemakanan Ketika Hamil

Beberapa simptom dan tanda amaran yang lebih biasa yang menunjukkan anda mungkin menghadapi gangguan pemakanan ketika hamil adalah:

  • bersenam berlebihan sehingga letih
  • keengganan untuk mengubah suai rutin senaman anda
  • mengehadkan pengambilan makanan
  • pengiraan kalori kompulsif
  • berjaga-jaga ketika makan
  • rasa malu dan bersalah tentang penambahan berat badan
  • kerap timbang berat badan dalam beberapa kali sehari
  • berat badan bertambah sedikit atau tiada
  • menyatakan ketakutan tentang berat ketika hamil
  • keletihan kronik
  • pening dan pitam

Selain itu, Heather Maio, PsyD, penolong naib presiden perkhidmatan klinikal dan kemasukan di The Renfrew Center, berkata individu yang mengalami gangguan pemakanan ketika hamil cenderung untuk:

  1. Mengelakkan situasi sosial dengan keluarga dan rakan-rakan
  2. Mengelakkan pergi ke temujanji doktor rutin
  3. Rasa terputus hubungan dengan bayi yang membesar di dalam rahim

“Gabungan faktor-faktor ini boleh membawa kepada peningkatan kemurungan, kebimbangan atau ketakutan yang berlebihan tentang kesihatan dan kebajikan janin,” tambahnya.

Punca Kebimbangan Pemakanan Semasa Hamil

Walaupun tiada sebab yang jelas untuk ini, Maio berkata profesional kesihatan mental melihat tingkah laku ini dalam kehamilan tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kita cenderung melihat tingkah laku seperti cuba mengawal berat badan melalui bentuk sekatan dan senaman yang melampau pada orang yang sedang bergelut dengan gangguan pemakanan.

Seseorang yang sebelum ini bergelut dengan gangguan makan, atau mereka yang belum didiagnosis tetapi mungkin mengalami gangguan imej badan yang ketara atau dorongan untuk kurus sepanjang hidup mereka,” katanya.

Apabila badan mula berubah disebabkan kehamilan, Maio berkata anda mungkin merasakan tekanan daripada pasangan, ahli keluarga, rakan sebaya dan masyarakat untuk mendapatkan jumlah berat badan yang minimum dan kekal “sihat” dengan membataskan diri untuk makan sepanjang 9 bulan.

Kesan Pemakanan Tidak Teratur

Menurut Gaither, kesan pregorexia adalah termasuk kehilangan kekuatan tulang dalam diri anda, kemungkinan sekatan pertumbuhan dalam janin yang sedang berkembang, potensi masalah perkembangan janin, dan berat lahir rendah akibat kekurangan nutrien.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Ibu yang mengalami pregorexia seperti pemakanan yang tidak teratur atau senaman ketika hamil yang berlebihan cenderung rasa lebih letih berbanding ibu hamil biasa,” kata Leela R. Magavi, MD, pakar psikiatri terlatih Hopkins dan pengarah perubatan serantau di Psikiatri Komuniti.

Disebabkan oleh keabnormalan elektrolit dan dehidrasi, anda juga mungkin mengalami pening dan episod syncopal. Magavi juga berkata penurunan berat badan dan nutrien boleh meningkatkan risiko kelahiran berpanjangan dan keguguran.

Mengapa Penambahan Berat Badan Penting Ketika Hamil

Penambahan berat badan mungkin menakutkan, tetapi ia adalah langkah kritikal dalam proses kehamilan.

Menurut Dr Hana, anda tidak digalakkan untuk cuba menurunkan berat ketika mengandung kerana pertambahan berat yang sihat adalah sebahagian daripada proses kehamilan yang normal.

Kenaikan berat badan yang sihat adalah pada kadar 0.5kg setiap bulan sehingga 20minggu pertama kehamilan (5 bulan pertama). Selepas 20minggu, berat badan akan bertambah pada kadar yang lebih cepat iaitu 0.5kg setiap minggu. Total penambahan berat yang ideal sepanjang mengandung adalah kira-kira 12kg.

Risiko Pregorexia Semasa Hamil

Jika anda mengehadkan pengambilan kalori atau bersenam berlebihan ketika hamil, anda mungkin mendapat kurang daripada jumlah berat yang disyorkan semasa kehamilan.

Apabila ini berlaku, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyatakan anda berisiko tinggi untuk melahirkan bayi kecil, yang boleh mengakibatkan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • kesukaran untuk memulakan penyusuan susu ibu
  • peningkatan risiko penyakit
  • lewat perkembangan

Rawatan Gangguan Makan Ketika Hamil

Adalah penting untuk anda mendapatkan rawatan jika bergelut dengan imej badan atau pemakanan yang tidak teratur semasa kehamilan.

Maio mengesyorkan agar anda bersikap terbuka dan jujur dengan orang penting anda atau rangkaian sokongan dan OB/GYN anda tentang sebarang kemurungan, kebimbangan atau ketakutan yang mungkin anda alami.

“Beritahu doktor tentang keadaan anda, sebab tidak makan, dan berapa banyak anda bersenam. Jangan tunggu mereka bertanya kepada anda, “katanya.

Doktor  boleh memantau kesihatan fizikal anda serta kesihatan bayi, sementara mereka membantu anda mencari ahli terapi kesihatan mental yang pakar dalam merawat pemakanan yang tidak teratur.

Cara Mengekalkan Kehamilan Yang Sihat

  1. Hadiri Temu Janji Klinik: Jika anda memilih untuk memulakan terapi, hadiri temu janji anda yang dijadualkan dan pastikan berkomunikasi dengan doktor.
  2. Dapatkan Ilmu Keperluan Nutrisi Bayi: Maio juga mencadangkan untuk mendidik diri anda tentang keperluan nutrisi bayi untuk berkembang dan berunding dengan pakar diet, sebaik-baiknya yang mempunyai pengalaman dengan gangguan makan, jika lebih banyak sokongan nutrisi diperlukan.
  3. Bina Hubungan Dengan Bayi Dalam Kandungan: Selain rawatan perubatan dan kesihatan mental, Maio mengesyorkan mencari cara untuk berhubung dengan bayi yang sedang membesar, membantu anda mengasihi dan menerima diri sedang hamil. Ibu boleh mula bercakap dengan bayi. “Semakin anda rasa berhubung dengan bayi yang sedang membesar dalam diri anda, semakin tenang anda menerima sebarang perubahan tubuh ketika hamil,” kata Maio. Ia juga berguna untuk mencari jaminan dengan mengetahui perubahan badan anda bersifat sementara.
  4. Rawatan Selepas Bersalin: Selepas bayi dilahirkan, Maio berkata adalah berguna untuk berjumpa dengan pakar diet dan ahli terapi anda untuk membincangkan cara sihat untuk menyuburkan badan anda, terutamanya jika anda sedang menyusu.
  5. Masuk Kelas Senaman: “Daftar dalam yoga pranatal atau aktiviti aerobik berimpak rendah, khusus untuk keperluan orang hamil, untuk memastikan badan anda kuat untuk bersalin, dan ingat untuk memanjakan diri anda apabila anda boleh – lakukan perkara yang membuatkan anda berasa baik dan membantu dalam kelonggaran,” dia berkata.

Kesimpulannya, pregorexia merupakan salah satu gangguan kehamilan disebabkan oleh rasa takut dan bimbang dengan perubahan imej badan yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental.

Ibu hamil dinasihatkan mendapat sokongan pasangan dan ahli keluarga terdekat dalam melalui perjalanan kehamilan 9 bulan ini. Tidak mengapa jika kelihatan sedikit berisi ketika hamil, nanti lepas bersalin semuanya akan kembali normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: 11 Menu Makanan Sahur Untuk Ibu Hamil Yang Mudah Dan Kenyang Lama

Baca juga: Hyaluronic Acid Untuk Ibu Hamil: Adakah Ia Selamat, Manfaat Asid Hyaluronik & Kesan Sampingan

Baca juga:  Kulit Bayi Mengelupas: Punca, Tanda Kulit Bayi Kering Mengelupas & Cara Mengatasinya