Hyaluronic Acid (HA) telah menjadi bahan penjagaan kulit yang semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana kerana sifat penghidratan dan anti-penuaannya. Namun adakah selamat hyaluronic acid untuk ibu hamil?
Perkataan ‘asid’ boleh mengelirukan dalam kes ini, kerana ramai wanita khususnya ibu hamil berasa risau mengenai aspek keselamatan dan kesan sampingannya.
Hyaluronic Acid Untuk Ibu Hamil
Apa Itu Hyaluronic Acid (HA)?
Hyaluronic acid adalah sebatian semula jadi yang terdapat dalam badan manusia dan haiwan. Ia adalah sejenis glikosaminoglikan, iaitu sejenis polisakarida atau karbohidrat kompleks.
Asid hyaluronik mempunyai struktur unik yang membolehkan ia mengekalkan sejumlah air, menjadikannya memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan, keanjalan dan kelembutan kulit.
Asid hyaluronik terdapat pada kulit, mata dan sendi. Pada kulit, ia memainkan peranan dalam mengekalkan kelembapan, melicinkan garis halus, dan memberikan keanjalan kulit. Pada sendi, asid hyaluronik berfungsi sebagai pelincir dan penyerap hentakan.
Selain didapati secara semula jadi dalam badan, asid hyaluronik juga digunakan secara meluas dalam produk penjagaan kulit, termasuk krim, serum dan suplemen.
Penggunaan asid hyaluronik topikal atau oral dalam produk penjagaan kulit didakwa dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan kedutan, dan meningkatkan keanjalan kulit.
Adakah Asid Hyaluronik Selamat Untuk Ibu Hamil?
Profesor Madya Dermatologi dan Pengarah Penyelidikan Kosmetik & Klinikal dalam Dermatologi di Mount Sinai di NYC,
Dr. Nazarian menjelaskan asid hyaluronik adalah bahan penjagaan kulit yang sangat baik untuk ibu hamil dan orang ramai secara amnya.
“Hyaluronic acid adalah bahan yang benar-benar selamat dan semula jadi,” tambahnya. “[Ia] boleh digunakan secara topikal untuk meningkatkan kelembapan pada kulit—tanpa sebarang kebimbangan mengenai bahaya pada janin, atau dos berlebihan.
Bukan sahaja tiada risiko bahaya kepada bayi anda, ia juga mempunyai manfaat penjagaan kulit yang ketara. Jadi, jangan risau dengan produk penjagaan kulit yang mengandungi HA.
Dr. Zeichner turut bersetuju: “HA secara amnya dianggap selamat dan boleh digunakan semasa kehamilan.” Selain sebagai penghidrat yang selamat untuk kehamilan dan penyusuan, asid hyaluronik juga mempunyai beberapa faedah lain. Ia secara amnya boleh diterima dengan baik, jadi ia selamat digunakan pada semua jenis kulit, walaupun kulit sensitif, dan ia biasanya hipoalergenik.
Manfaat Hyaluronic Acid (HA) Ketika Hamil
- Penghidratan: Kehamilan boleh menyebabkan perubahan hormon yang mengakibatkan kulit kering bagi sesetengah wanita. Asid hyaluronik terkenal dengan sifat penghidratan yang luar biasa, membantu menambah tahap kelembapan dalam kulit. Penghidratan yang betul dapat mengekalkan kulit yang sihat.
- Keanjalan Kulit: Apabila badan mengalami perubahan untuk menampung bayi yang sedang membesar, kulit mungkin meregang, membawa kepada tanda regangan atau kehilangan keanjalan. Asid hyaluronik menggalakkan keanjalan dengan meningkatkan keupayaan kulit mengekalkan kelembapan, membantu meminimumkan kemunculan tanda regangan dan menyokong keanjalan kulit semasa kehamilan.
- Formulasi Lembut: Banyak produk penjagaan kulit dirumus dengan asid hyaluronik dianggap selamat dan lembut untuk kulit sensitif, menjadikannya sesuai digunakan semasa kehamilan. Bakal ibu boleh mengatasi masalah kulit ketika hamil tanpa menjejaskan janin dalam kandungan.
Kesan Sampingan Asid Hyaluronik
Menggunakan hyaluronic acid ketika hamil secara amnya dianggap selamat apabila digunakan secara topikal pada kulit.
Walau bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang jarang berlaku atau kebimbangan yang perlu diberi perhatian:
- Kerengsaan Kulit: Sesetengah individu mungkin mengalami kerengsaan kulit ringan atau kemerahan selepas menggunakan produk yang mengandungi hyaluronic acid. Ini boleh berlaku jika anda mempunyai kulit sensitif atau jika produk mengandungi bahan lain yang bertindak balas dengan kulit.
- Reaksi Alahan: Walaupun jarang, tindak balas alahan terhadap hyaluronic acid boleh berlaku pada sesetengah orang. Gejala mungkin termasuk gatal-gatal atau bengkak. Jika anda mengalami mana-mana gejala ini selepas menggunakan produk mengandungi asid hyaluronik, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat doktor.
- Risiko Tidak Diketahui: Walaupun hyaluronic acid secara amnya dianggap selamat untuk kegunaan topikal, penyelidikan mengenai keselamatannya ketika hamil amat terhad. Sesetengah doktor mungkin menasihati supaya berhati-hati atau mengesyorkan mengelakkan produk penjagaan kulit tertentu yang mengandungi asid hyaluronik semasa kehamilan sebagai langkah berjaga-jaga.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa kesan sampingan ini adalah jarang berlaku, dan kebanyakan ibu hamil boleh menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi hyaluronic acid dengan selamat tanpa mengalami sebarang kesan buruk.
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau sebarang simptom luar biasa, adalah lebih baik berunding dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.
Pertimbangan Keselamatan
- Penggunaan Luaran: Produk penjagaan kulit yang mengandungi hyaluronic acid biasanya digunakan secara luaran sahaja (terus ke permukaan kulit) dapat mengelakkan ia diserap ke dalam aliran darah dalam jumlah yang ketara, dapat mengurangkan risiko terhadap janin.
- Dapatkan Nasihat Doktor: Ibu hamil dinasihatkan untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum mencuba produk penjagaan kulit baharu, termasuk yang mengandungi asid hyaluronik. Doktor boleh memberikan cadangan berdasarkan pertimbangan kesihatan individu dan potensi risiko.
- Keaslian Ramuan: Bakal ibu perlulah mengutamakan produk penjagaan kulit yang dirumus dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dan bebas bahan kimia berbahaya seperti paraben, phthalates dan pewangi tiruan.
- Ujian Tampalan (Patch Test): Sebelum menggunakan hyaluronic acid atau mana-mana produk penjagaan kulit ketika hamil, melakukan ujian tampalan adalah disyorkan. Ini melibatkan penggunaan sedikit produk pada kawasan kulit yang tersembunyi dan memantau sebarang tindak balas seperti kemerahan, gatal-gatal atau kerengsaan.
Ketika hamil, ramai ibu menjadi lebih berhati-hati dengan produk yang mereka gunakan, termasuk penjagaan kulit untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan bayi yang sedang berkembang.
Walau bagaimanapun, kehamilan tidak bermakna anda perlu mengorbankan penjagaan kulit. Sesetengah bahan penjagaan kulit selamat digunakan, malah boleh membantu memastikan kulit sentiasa sihat dan terawat.
Berikut adalah 7 bahan penjagaan kulit yang dianggap selamat untuk ibu hamil:
- Asid Hyaluronik: Asid hyaluronik adalah salah satu bahan utama dalam produk penjagaan kulit yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ia adalah molekul semulajadi yang mengikat air dengan berkesan ke dalam kulit, membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan. Produk penjagaan kulit yang mengandungi asid hyaluronik boleh membantu mengatasi kulit kering yang biasa berlaku semasa kehamilan.
- Glycolic Acid (Glycolic Acid): Asid Glycolic ialah sejenis alpha hydroxy acid (AHA) yang sering digunakan dalam produk pengelupasan atau produk pencerah kulit. Apabila digunakan dalam kepekatan rendah, seperti yang terdapat dalam produk penjagaan kulit, asid glikolik dianggap selamat untuk digunakan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat doktor atau pakar estetik sebelum menggunakan produk yang mengandungi asid glikolik semasa kehamilan.
- Vitamin C: Vitamin C ialah antioksidan yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas dan mencerahkan kulit. Produk penjagaan kulit yang mengandungi vitamin C sering digunakan untuk merawat hiperpigmentasi, seperti bintik hitam atau melasma yang mungkin muncul semasa kehamilan. Pastikan anda memilih produk dengan kepekatan sederhana dan dapatkan nasihat doktor anda jika perlu.
- Peptida: Peptida adalah rantai asid amino kecil yang berfungsi sebagai blok bangunan protein kulit. Ia membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan elastin, yang penting untuk memastikan kulit tegang dan anjal.
- Allantoin: Allantoin ialah bahan yang sering digunakan dalam produk penjagaan kulit untuk sifat menenangkan dan penyembuhannya. Produk penjagaan kulit yang mengandungi allantoin boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan kulit yang mungkin timbul semasa kehamilan, seperti gatal-gatal atau kerengsaan.
- Minyak Asli: Minyak asli seperti minyak jojoba, minyak badam, atau minyak argan, sering digunakan dalam produk penjagaan kulit untuk melembap dan menyihatkan kulit.
- Ekstrak Tumbuhan Semulajadi: Banyak produk penjagaan kulit mengandungi ekstrak tumbuhan semula jadi, seperti chamomile, teh hijau atau lidah buaya yang mempunyai sifat menenangkan dan anti-radang.
Tips Keselamatan Penjagaan Kulit Ketika Hamil
Berikut adalah beberapa tips keselamatan hyaluronic acid (HA) ketika hamil:
- Rujuk doktor: Pastikan anda merujuk doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan produk yang mengandungi hyaluronic acid semasa hamil.
- Baca Label Produk: Pastikan anda membaca label dengan teliti dan semak bahan-bahan yang terkandung dalam produk. Elakkan produk yang mengandungi bahan lain yang mungkin berisiko semasa kehamilan.
- Pertimbangkan Bahan Organik Atau Semula Jadi: Produk yang diperbuat daripada bahan organik dan semula jadi adalah lebih selamat daripada produk yang mengandungi bahan kimia yang keras. Walau bagaimanapun, anda masih perlu berunding dengan doktor.
- Guna Dengan Berhati-Hati: Jika anda memutuskan untuk menggunakan produk yang mengandungi asid hyaluronik, gunakannya dengan berhati-hati dan mengikut arahan ditetapkan.
- Hindari Produk Yang Tidak Disaran Doktor: Jika doktor mengesyorkan ibu mengelakkan produk tertentu yang mengandungi asid hyaluronik atau bahan lain semasa mengandung, ikuti nasihat mereka.
- Perhatikan Tindak Balas Kulit: Jika anda mengalami kerengsaan atau alahan kulit yang lain selepas menggunakan produk mengandungi asid hyaluronik, segera hentikan penggunaan.
Kesimpulannya, hyaluronic acid untuk ibu hamil memberikan banyak manfaat bagi anda yang ingin mendapatkan kulit yang sihat dan terhidrat semasa mengandung.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: Skincare Ibu Mengandung: Jenis Skincare Yang Selamat & Tidak Selamat Digunakan
Baca juga: Punca Bayi Sumbing Dalam Kandungan, Cara Mengesan Anak Sumbing & Rawatan Terbaik
Baca juga: Kenapa ‘Makan Untuk Dua Orang’ Tidak Bagus Semasa Mengandung
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!