Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Cara hilangkan parut czer dikatakan lebih berkesan jika ibu mengambil langkah awal kerana keadaan kesan parut yang masih belum matang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersalin secara pembedahan Czer sering memberi gambaran yang menakutkan bagi kebanyakan ibu. Hal ini kerana luka bersalin perlu dijaga dengan baik dan memerlukan tempoh untuk pulih yang lebih lama. Namun jangan risau kerana terdapat produk hilangkan parut yang boleh membantu anda.

Tidak dinafikan kebanyakan wanita mengandung amat mengharapkan untuk bersalin secara normal. Ada beberapa sebab yang menghalang keinginan anda sehingga terpaksa melalui pembedahan ‘Caesarean Section’ (S-Section).

Antaranya ialah kedudukan uri yang berada di bawah, ibu mengalami tekanan darah tinggi tidak terkawal, degupan jantung bayi tidak normal atau pengalaman bersalin caesarean sebelum ini.

Setiap proses kelahiran secara pembedahan caesarean akan meninggalkan parut. Biasanya, ia memiliki 4 hingga 6 inci panjang, di mana pakar bedah membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) secara menegak atau melintang bagi memudahkan bayi dilahirkan.

Kredit: iStock

Kebanyakan hirisan pada kulit perut dijahit menggunakan benang yang larut. Tetapi ada beberapa kaedah lain doktor akan pilih. Antaranya:

  • Menggunakan stapler. Stapler digunakan bagi menutup kesan hirisan pembedahan. Ia sering menjadi pilihan doktor bedah kerana mudah dan cepat.
  • Menggunakan gam. Penggunaan gam dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan kurang risiko meninggalkan parut yang lebih tebal.
  • Menggunakan benang. Luka dijahit dengan benang yang senang larut, namun memerlukan masa lebih lama berbanding stapler. Walaupun begitu, jahitan benang dapat mengurangkan kesan jangkitan kuman serta komplikasi yang lain.

Beberapa bulan pertama selepas pembedahan, ibu akan mendapati bekas parut czer kelihatan merah atau merah jambu. Namun tidak perlu bimbang kerana ia bukanlah tanda keradangan atau sebagainya.

Ia merupakan proses penyembuhan yang normal. Lama-kelamaan kesan merah tersebut akan pudar dan kelihatan seperti garis rata yang nipis jika ibu disiplin dalam menjaga kesihatan sepanjang tempoh berpantang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah wanita bersalin secara pembedahan akan mendapati parut czer sembuh dengan baik. Namun ada juga kes ibu mengalami kesan parut yang agak ketara pada bahagian perut yang dibedah.

Biasanya ia terjadi kepada golongan ibu muda berusia 30 tahun ke bawah atau wanita dengan tona kulit lebih gelap. Antara jenis kesan parut C-Section yang mungkin anda alami ialah:

  • Parut menjadi keloid. Ia adalah benjolan seakan-akan isi lebih terbentuk di bahagian parut luka. Biasanya berwarna lebih gelap dari kulit asal dan berkilat. Keloid boleh menyebabkan rasa tidak selesa seperti gatal dan pedih apabila dipegang atau sewaktu badan berpeluh.
  • Parut hipertrofik. Parut jenis ini akan kelihatan lebih tebal dan kemerahan. Ia seakan-akan keloid, tetapi tidak terbentuk melebihi luka asal. Biasanya ia terjadi pada 41 peratus wanita selepas 12 minggu bersalin caesar.

Cara mengurangkan kesan parut C-Section selepas bersalin

Kredit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam merawat parut pembedahan C-section, ibu-ibu hendaklah mengikuti beberapa cara penjagaan diri dengan betul. Hal ini kerana pembedahan caesar merupakan pembedahan besar melibatkan tujuh lapisan perut dan tidak boleh dianggap ringan.

Antara tips dalam memulihkan kesan pembedahan yang boleh anda ikuti ialah:

#1. Menjaga tabiat pemakanan

Pemakanan yang bagus dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan selepas ibu bersalin caesarean. Antara yang disarankan ialah pengambilan produk tenusu rendah lemak bagi membekalkan sumber kalsium yang diperlukan oleh tubuh setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, buah-buahan yang kaya dengan antioksidan dan vitamin C seperti oren, beri biru dapat membantu proses pemulihan selepas bersalin caesar. Ibu juga disaran untuk mengambil sayuran hijau (brokoli, sawi atau bayam) dalam menu harian.

Elakkan makanan berlemak dan bergoreng kerana ia boleh melambatkan proses pemulihan luka dalaman selepas melahirkan anak. Makanan pedas pula boleh menyebabkan masalah gastrik dan memberi kesan buruk kepada bayi yang menyusu badan.

#2. Tidak melakukan senaman yang berat

Selepas bersalin, ibu mungkin risau akan perubahan bentuk badan terutamanya bahagian perut yang mungkin kelihatan menggeleber. 

Harus diingatkan bahawa meskipun kesan jahitan pada perut sudah kelihatan pulih, namun luka dalaman memerlukan masa lebih lama. Ibu hendaklah mengelakkan diri dari melakukan aktiviti seperti mengangkat berat, kerap turun naik tangga atau terlalu lasak.

Selain itu, tangguhkan terlebih dahulu senaman yang melibatkan bahagian abdomen sehingga 4 hingga 6 minggu selepas melahirkan anak. Pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang aktiviti senaman di rumah atau mengamalkan diet yang khusus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Elakkan hubungan kelamin

Tidak semua ibu baru dapat menahan godaan untuk berpantang sehingga 100 hari. Ada yang hanya berpantang 30 hari sahaja dan ada bertahan selama 60 hari.

Ia bergantung kepada setiap individu dan tradisi yang diamalkan. Bagi ibu bersalin secara caesar, doktor pakar akan menasihatkan anda untuk tunggu sehingga 4 hingga 6 minggu selepas pembedahan sebelum boleh melakukan hubungan seks semula.

Namun jangan terlalu gelojoh. Pastikan pendarahan selepas bersalin (nifas) anda telah berhenti dan badan kembali pulih sepenuhnya bagi mengelakkan berlakunya masalah lain yang tidak diingini.

#4. Penggunaan formula parut yang berkesan 

Ramai ibu mengakui berasa nyeri dan gatal-gatal pada parut caesar meskipun sudah beberapa bulan melahirkan anak. Bukan itu sahaja, ada juga kes ibu yang bersalin hampir setahun dan hampir setiap hari merasai gatal-gatal dan rasa seperti dihiris-hiris dengan pisau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, komplikasi fizikal yang berpunca akibat timbulnya parut bersalin ini turut memberikan kesan emosi. Ia berupaya menghilangkan keyakinan ibu-ibu, gangguan aktiviti harian dan cenderung untuk berasa gelisah atau murung.

Dengan kemajuan dalam bidang perubatan pada hari ini, ada beberapa formulasi parut  yang boleh mengurangkan masalah anda. Penggunaan produk hilangkan parut atau gel silikon bermula seawal 10 hingga 14 hari selepas pembedahan C-section dapat membantu melembut dan meratakan parut.

Terutamanya jika ibu mempunyai kecenderungan untuk membentuk parut keloid atau hypertrophic.

Cara memilih produk hilangkan parut yang terbaik di pasaran

Kredit: iStock

Sebelum anda membeli produk parut yang ada dijual dalam pasaran, adalah lebih baik teliti beberapa perkara ini terlebih dahulu agar tidak tersalah pilih. 

#1. Periksa kandungan yang digunakan

Kandungan yang berkualiti dalam sesuatu produk dapat meningkatkan keberkesanan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna. Dalam hal ini, ibu disarankan memilih produk parut berasaskan gel silikon kerana ia membantu memudar, melembut dan meratakan parut pembedahan.

Bukan itu sahaja, gel silikon menjadi pilihan pertama yang disarankan oleh kebanyakan doktor untuk rawatan parut.

#2. Lulus ujian dermatologi

Sebelum memilih sebarang jenis produk, anda hendaklah memastikan ia mendapat kelulusan daripada pakar dermatologi. Hal ini adalah untuk mengelakkan berlakunya alahan atau kesan sampingan selepas menggunakannya.

Ada sesetengah produk yang memiliki bahan terlarang boleh memberi kesan seperti kegatalan, merah dan bengkak pada kulit.

#3. Membaca review daripada pengguna lain

Review dan maklum balas daripada pengguna-pengguna sebelum ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat. 

Walau bagaimanapun, ibu perlu ingat bahawa setiap orang mungkin mengalami kesan yang berbeza. Ada yang berpuas hati kerana produk parut menunjukkan perubahan dengan cepat dan ada juga kurang berpuas hati kerana tidak berkesan kepada mereka. Apapun perlulah try and error ya ibu!

Antara produk atau gel yang kami syorkan untuk ibu guna bagi memulihkan masalah parut ialah Dermatix Ultra. Bukan sekadar produk parut biasa, tetapi ia adalah produk yang terbukti berkesan secara klinikal. 

Selain berusaha kembalikan bentuk badan asal, parut Czer juga salah satu masalah yang perlu dirawat. Hal ini kerana pengurusan parut bersalin dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan meredakan rasa sakit atau gatal selepas melahirkan bayi.

Para ibu disarankan untuk mula menggunakan Dermatix Ultra dengan lebih awal iaitu 10 hingga 14 hari atau sebaik sahaja luka pembedahan caesar kering dan tertutup. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan rasa gatal dan ketidakselesaan yang disebabkan oleh masalah parut.

Antara sebab anda perlu memilih produk hilangkan parut Dermatix Ultra ialah:

  • Rawatan parut berasaskan gel silikon
  • Bagi parut yang serius atau pembedahan, ibu dinasihatkan untuk menggunakan gel ini selama 6 bulan atau lebih secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang memuaskan
  • Sesuai untuk kegunaan harian
  • Mengandungi Ester Vitamin C yang berkesan untuk mencerahkan kawasan jahitan bersalin caesar
  • Dermatix Ultra memiliki kadar kejayaan sebanyak 85 peratus dalam melembutkan dan memudarkan parut yang timbul
  • Diuji secara klinikal
  • Mudah untuk digunakan, tidak berminyak, cepat menyerap dan tidak berbau

Cara penggunaan produk hilangkan parut Dermatix Ultra

Gel Dermatix Ultra hanya boleh digunakan pada kawasan kulit yang kering dan utuh. Justeru, ibu hendaklah memastikan bahawa luka anda telah sembuh. Penggunaannya adalah seperti berikut:

  1. Bersihkan kawasan kulit menggunakan sabun lembut atau air
  2. Keringkan ia menggunakan tuala bersih
  3. Sapukan amaun sebesar kacang pis di hujung parut dan ratakan menjadi lapisan nipis ke seluruh kawasan kulit. Ia sudah memadai untuk menutup parut bersaiz 6 inci. Amaun gel yang banyak tidak akan meningkatkan keberkesanannya
  4. Biarkan ia kering dan meresap ke dalam kulit selama 1 hingga 2 minit

Saiz Dermatix Ultra ialah 15g dan 30g. Saiz 15g boleh bertahan sehingga 2 bulan dengan penggunaan dua kali sehari. Kini anda boleh dapatkannya di cawangan farmasi berhampiran atau boleh terus melayari web rasmi Dermatix.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu, Ini Cara Mandi Selepas Bersalin Czer Bagi Mengelakkan Komplikasi. No 7 Paling Penting!

Baca juga: Waspada Bila Bergerak, Ini Cara Bangun Dari Katil Tidur Selepas Bersalin Secara Pembedahan

Baca juga: Berapa jarak kehamilan yang selamat selepas czer? Apa jadi kalau jarak terlalu dekat?