Waspada Jika Terlebih Protein Dalam Air Kencing Ketika Hamil, Ia Bawa Petanda Buruk!

Apakah punca dan cara atasi lebihan protein dalam air kencing ketika mengandung? Persoalan tersebut terjawab dalam artikel ini.

Apabila anda disahkan hamil, doktor akan melakukan ujian air kencing bagi mengesan protein dalam urine ibu hamil. Ini untuk melihat sama ada buah pinggang anda berfungsi dengan baik atau tidak. 

Apabila didapati terdapatnya lebihan protein dalam urine ibu hamil, kemungkinan buah pinggang anda terpaksa bekerja lebih keras berbanding sebelum mengandung. 

Dalam analisis itu juga, doktor akan melihat jika terdapatnya jangkitan pundi kencing. Jika ibu mengalami situasi ini, doktor akan memberi antibotik untuk menghilangkan jangkitan tersebut. 

Ketika temujanji yang seterusnya, doktor akan periksa kembali kehadiran protein dalam urine ibu hamil, sama ada jumlah berkurang atau kian meningkat. 

Hal ini kerana, kehadiran protein dalam urine ibu hamil yang berlebihan boleh menyebabkan praeklampsia iaitu komplikasi kehamilan yang boleh jejaskan bayi dan ibu hamil. 

Punca lebihan protein dalam urine ibu hamil 

Kredit: Hello Sehat

Sebelum didiagnosis dengan keadaan ini, doktor akan meneliti punca-puncanya terlebih dahulu. Antara faktor-faktor kenapa ada lebihan protein dalam urine ibu hamil adalah kerana:

  • Praeklampsia 
  • Jangkitan buah pinggang
  • Dehidrasi
  • Demam dan selsema 
  • Tangan, kaki dan muka mula membengkak 
  • Peningkatan tekanan darah 

Pesakit juga boleh mengalami simptom seperti ini:

  • Sakit kepala
  • Masalah penglihatan kabur atau adanya kilauan cahaya di depan mata
  • Muntah
  • Sakit teruk di bawah rusuk 

Tips atasi masalah lebihan protein dalam urine ibu hamil 

  1. Amalkan makanan sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran 
  2. Makan banyak ikan dalam diet setiap hari
  3. Memilih makanan protein tanpa lemak dan hindari pengambilan daging merah yang boleh menyebabkan protein berlebihan lalu sukar dihadam. 
  4. Kurangkan garam dalam masakan.
  5. Banyak minum air kosong
  6. Lakukan senaman ringan
  7. Kawal berat badan supaya elak dari terkena diabetis dan tekanan darah tinggi.
  8. Amalkan bawang putih dalam masakan yang merupakan antibiotik semula jadi. 
Walau bagaimanapun, jangan malu atau ragu-ragu untuk berjumpa doktor jika anda alami simptom yang disebutkan di atas tadi. Ini supaya bayi dan anda tetap sihat sepanjang kehamilan sehingga melahirkan. 
 
Untuk dapatkan info lain berkaitan kehamilan, boleh follow Facebook theAsianparent Malaysia. Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Kredit gambar: Imad Analis Blog
 
Baca juga: