Puasa hari putih adalah puasa sunat selama tiga hari di setiap pertengahan bulan Islam (Hijriah), iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 hari bulan. Ia dinamakan hari putih kerana bulan purnama bersinar terang pada malam-malam tersebut.
Isi Kandungan
Apa Itu Puasa Hari Putih?
Menurut Ustazah Asma’ Harun, puasa hari putih atau puasa “Ayyaamul Bidh” adalah puasa sunat selama tiga hari di setiap pertengahan bulan Islam (Hijriah), iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 hari bulan (Kecuali pada 13 Dzulhijjah [Hari Tasyrik]).
Dinamakan hari putih kerana bulan purnama bersinar terang pada malam-malam tersebut.
Niat Puasa Hari Putih
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”
Tarikh Puasa Hari Putih 2024 (1446 Hijri)
Berikut tarikh puasa hari putih 2024 untuk panduan anda:
- Khamis: 13 Rejab, 25 Januari 2024
- Jumaat: 14 Rejab, 26 Januari 2024
- Sabtu: 15 Rejab, 27 Januari 2024
- Jumaat: 13 Syaaban, 23 Februari 2024
- Sabtu: 14 Syaaban, 24 Februari 2024
- Ahad: 15 Syaaban, 25 Februari 2024
- Isnin, 13 Syawal, 22 April 2024
- Selasa, 14 Syawal, 23 April 2024
- Rabu, 15 Syawal, 24 April 2024
- Rabu, 13 Zulkaedah, 22 Mei 2024
- Khamis, 14 Zulkaedah, 23 Mei 2024
- Jumaat, 15 Zulkaedah, 24 Mei 2024
- Jumaat, 13 Muharram, 19 Julai 2024
- Sabtu, 14 Muharram, 20 Julai 2024
- Ahad, 15 Muharram, 21 Julai 2024
- Ahad, 13 Safar, 18 Ogos 2024
- Isnin, 14 Safar, 19 Ogos 2024
- Selasa, 15 Safar, 20 Ogos 2024
- Selasa, 13 Rabi’ulawal, 17 September 2024
- Rabu, 14 Rabi’ulawal, 18 September 2024
- Khamis, 15 Rabi’ulawal, 19 September 2024
- Rabu, 13 Rabi’ulakhir, 16 Oktober 2024
- Khamis, 14 Rabi’ulakhir, 17 Oktober 2024
- Jumaat, 15 Rabi’ulakhir, 18 Oktober 2024
- Jumaat, 13 Jamadilawwal, 15 November 2024
- Sabtu, 14 Jamadilawwal, 16 November 2024
- Ahad, 15 Jamadilawwal, 17 November 2024
- Ahad, 13 Jamadilakhir, 15 Disember 2024
- Isnin, 14 Jamadilakhir, 16 Disember 2024
- Selasa, 15 Jamadilakhir, 17 Disember 2024
Hukum Puasa Hari Putih
Disunatkan berpuasa pada hari putih berdasarkan hadith Nabi SAW:
Daripada Qatadah bin Milhan RA, katanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW menyuruh kami berpuasa pada hari-hari putih, iaitu 13, 14, dan 15 hari bulan. Baginda juga bersabda: Puasa tiga hari tersebut seolah-olah puasa sepanjang tahun.” – Riwayat Abu Daud (2449)
Puasa Hari Putih Tidak Cukup 3 Hari
Berdasarkan kenyataan di atas bahawa yang sunat berpuasa adalah selama 3 hari iaitu hari di mana bulan mengambang penuh, inilah yang dimaksudkan dengan hari putih.
Justeru, jika seseorang itu berpuasa kurang dari 3 hari, hukumnya adalah boleh kerana ia puasa sunat dan dia diberi pahala pada hari yang dia puasa.
Akan tetapi, sunnah yang diperintahkan dan dilakukan oleh Rasulullah SAW dengan berpuasa 3 hari. Inilah yang paling afdhalnya dan paling sempurna.
Fadhilat Puasa Ayyaamul Bidh
Berikut beberapa kelebihan dan fadhilat puasa Ayyamul Bidh:
1. Mendapat Pahala Seperti Puasa Setahun
Diriwayatkan bahawa puasa Ayyamul Bidh mempunyai kelebihan pahala yang sama seperti orang yang melakukan puasa sepanjang tahun.
”Puasa pada 3 hari tiap bulannya merupakan serupa puasa sepanjang tahun” – Hadis riwayat Bukhari :1979
Perkara ini juga disokong dengan riwayat lain:
”Berpuasa tiga hari setiap bulan sama dengan berpuasa sepanjang tahun dan hari-hari putih itu adalah tanggal 13, 14 dan 15.”– Hadis riwayat an-Nasai’e
2. Sunnah Yang Tidak Pernah Ditinggalkan Oleh Rasulullah
Dalam riwayat Abu Hurairah pula, disebutkan:
Kekasihku (Rasulullah) mewasiatkan padaku tiga nasihat yang aku tidak meninggalkannya hingga aku mati yakni berpuasa tiga hari setiap bulannya, mengerjakan solat dhuha, mengerjakan solat witir sebelum tidur.”– Hadis Riwayat Bukhari
3. Meningkatkan Ketahanan Badan Melawan Kanser
Satu kajian dilakukan oleh Profesor Valter Lango, Universiti Southern California. Hasil kajian yang dibentangkan berkaitan kelebihan puasa hari putih atau 3 hari berturut-turut dari sudut kesihatan.
Kajian dilakukan ke atas sekumpulan peserta yang telah diarahkan untuk berpuasa antara 2 hingga 4 hari dalam sebulan dan memakan tempoh selama 6 bulan secara berturut-turut mendapati bahawa sistem ketahanan badan mereka berada dalam keadaan bagus daripada sebelumnya.
Penurunan penghasilan hormon yang telah dikaitkan dengan peningkatan risiko barah dan pertumbuhan tumor dalam badan menjadi lebih baik. Hal ini bermaksud, risiko untuk mengalami penyakit berbahaya seperti kanser otak tipis.
Sistem badan kita juga dikatakan akan cuba menyimpan tenaga apabila berada dalam keadaan lapar. Keadaan ini akan menyebabkan sel-sel ketahanan badan akan dikitar semula terutamanya yang telah rosak dan tidak diperlukan lagi.
Hal ini bermaksud, puasa dengan diikuti makanan yang sihat mampu untuk memulihkan sistem ketahanan badan agar menjadi lebih kuat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.
4. Sebagai Alternatif Kepada Larangan Puasa Sepanjang Tahun (Puasa Dahr).
Waktu yang paling utama untuk melakukan puasa tiga hari adalah pada hari-hari bidh (putih/terang), laitu hari yang ke-13,14 dan 15 dalam setiap bulan hijriah.
Ini kerana Rasulullah ﷺ pernah memerintahkan perkara ini secara khusus dalam hadis yang sahih.
Rasulullah ﷺ melarang seseorang berpuasa pada setiap hari sepanjang tahun (Puasa Dahr). Kemudian Baginda ﷺ membimbing mereka kepada kebaikan dan keutamaan yang mereka mampu kerjakan secara rutin.
Hadis-hadis di atas menunjukkan tentang keutamaan melaksanakan amal ibadah secara berterusan. Rasulullah ﷺ bersabda,
Amalan (ibadah) yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berterusan, walaupun sedikit. ” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Mengandung Puasa, Jika Alami 7 Tanda Ini Doktor Minta Anda Segerakan Berbuka
Baca juga: Jangan Gopoh Ajar Anak Puasa, Ikuti 8 Tips Melatih Anak Berpuasa Dengan Rela Hati
Baca juga: Perut Ngilu, Janin Kurang Gerak, 2 Tanda Ibu Hamil Jangan Teruskan Usaha Puasa, Berbuka Segera!