Pakar Laktasi Kongsi Tips Puasa Penuh Ibu Menyusu Badan, Tidak Perlu Qada Tahun Depan!

Puasa ibu menyusu memberikan banyak halangan seperti keletihan, kurang zat dan nutrisi. Beberapa tips ini boleh membantu anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak lama lagi bulan Ramadhan bakal tiba. Puasa ibu menyusu kadang kala terganggu disebabkan oleh rasa penat, teramat dahaga dan badan mula tidak bermaya untuk menunggu sehingga waktu berbuka.

Masalah ini adalah biasa dialami oleh kebanyakan ibu. Walau bagaimanapun ada juga ibu menyusu dapat berpuasa penuh 30 hari ketika bulan Ramadhan.

Tips puasa ibu menyusu, pakar laktasi kongsikan pengalamannya

Kaunselor laktasi, Syafawati Noorhafizah telah berkongsikan beberapa tips puasa ibu menyusu yang boleh anda lakukan sebagai langkah persediaan melalui bulan Ramadhan nanti.

Alhamdulillah Rejab menjengah kembali. Ini juga menandakan kurang dari 60 hari kita akan mula berpuasa. Malahan, kebanyakan dari kita juga sudah mula berpuasa sunat dan juga qada puasa.

Dengan izin Allah, alhamdulillah dari 2015 sehingga 2021, saya diberi kekuatan dan semangat berpuasa penuh 30 hari di bulan Ramadan dalam keadaan yang berbeza

2015 – sarat hamil Syafina 32 minggu

2016 – awal kehamilan Rikza

2017 – menyusu Rikza 4 bulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2018 – menyusu Rikza 1 tahun

2019 – menyusu Rikza 2 tahun

2020 – menyusu Syaathira 1 bulan

2021 – menyusu Syaathira 1 tahun

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap fasa ada cabarannya yang tersendiri tambahan saya juga seorang ibu yang berkerjaya.

TIPS #1 NIAT

Niat berpuasa atas melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Bukan kerana hendak turunkan berat, tujuan hendak cantik melaram di hari raya dan sebagainya. Perbetulkan semula niat ibu, jika terlintas seperti yang dinyatakan.

TIPS #2 MINDSET

Pastikan mindset ibu supaya sentiasa positif. Dalam menjayakan penyusuan susu ibu, mindset ibu adalah yang utama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika mahu hasil yang positif, ibu perlu sentiasa kekal positif dan sebaliknya. Tanamkan di minda ibu bahawa walaupun ibu berpuasa tetapi insyaAllah mampu untuk terus menyusukan bayi seperti biasa.

Jangan sesekali fikirkan apabila berpuasa, susu ibu akan berkurang dan tidak cukup pada anak.

TIPS #3 DOA

Berdoalah pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan kita semua. Juga doakan supaya ibu diberi kesihatan yang baik dan mampu untuk melaksanakan ibadah puasa. Sesungguhnya doa itu senjata kita sebagai seorang Muslim.

TIPS #4 SAHUR

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk ibu yang menyusukan anak, jangan sesekali tinggalkan atau terlepas sahur. Manfaatkan sunnah supaya melambat-lambatkan waktu sahur.

TIPS #5 BERBUKA

Begitu juga untuk berbuka puasa, manfaatkan sunnah supaya berbuka di awal waktu di kala azan dilaungkan.

TIP #6 MAKANAN BERKHASIAT

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dari segi pemakanan pula, semestinya pemakanan sihat dan berkhasiat sangat penting untuk membantu ibu menyusu berpuasa.

Guna pakai konsep suku suku separuh di mana adanya karbohidrat, protein, sayur-sayuran serta buah-buahan.

Untuk karbohidrat, boleh amalkan makanan Glisemic Index (GI) rendah kerana makanan ini akan melepaskan tenaga secara perlahan-lahan. Contohnya pasta, bijirin, roti wholemeal, yogurt rendah lemak, beras perang, oat dan gandum.

Pastikan juga, ibu mengambil protein yang secukupnya seperti daging, telur, kekacang, tempe. Selain dari itu, untuk pengambilan snek yang sihat, ibu menyusu boleh cuba untuk makan kurma, kismis, badam serta buah-buahan segar atau dalam bentuk kering.

Gandakan jumlah pengambilan kurma. Jika sebelum ini, ibu biasa makan 1 biji kurma tingkatkan kepada 3 biji kurma. InsyaAllah sangat membantu.

Antara menu kegemaran pada waktu sahur adalah susu kurma oat yang dikisar sendiri setiap malam sebelum tidur dan disimpan di dalam peti sejuk. Pada yang belum cuba, bolehlah cuba. Menu yang sangat ringkas dan mengenyangkan.

TIPS #7 AIR SECUKUPNYA

Untuk ibu menyusu, wajib pastikan pengambilan air secukupnya dari tempoh berbuka puasa sehingga waktu sahur. Masalah kebanyakan ibu menyusu adalah kerana dehidrasi. Puasa bukan punca utama seperti yang selalu diperkatakan.

Jadi, minumlah air secukupnya bukannya sebanyak-banyaknya pada satu-satu masa sahaja. Ada perbezaan maksud di situ.

Juga air yang dimaksudkan di sini adalah air kosong sebaik-baiknya air suam. Ibu juga boleh pelbagaikan kepada air jus buah tetapi pastikan tanpa gula.

Bagi memastikan ibu menyusu minum cukup 8 gelas sehari, susunkan jadual seperti berikut:

-1 gelas ketika bangun sahur

-1 gelas selepas sahur

-1 gelas semasa berbuka puasa

-1 gelas selepas makan

-1 gelas selepas solat maghrib

-1 gelas selepas solat isyak

-1 gelas selepas solat terawih

-1 gelas sebelum tidur

TIP #8 PANTANG

Pantang yang dimaksudkan di sini adalah segala jenis makanan yang tidak sihat seperti makanan segera (mi segera, K*C, M*D), makanan diproseskan (sosej, nugget, daging burger).

Selain itu, ibu menyusu juga perlu kawal pengambilan kafein bukan sahaja kopi, nescafe tetapi termasuklah coklat dan juga teh. Tidak kurang juga makanan dan minuman yang tinggi garam dan gula seperti air berkarbonat, air kotak, perasa dalam makanan termasuklah makanan yang berminyak.

Ini adalah kerana makanan-makanan jenis ini akan mempercepatkan proses kehilangan air dari dalam badan dan membuatkan ibu menyusu menjadi lebih cepat terdehidrasi. 

TIP #9 PENGHASILAN SUSU

Puasa juga bukan bermaksud ibu perlu mengubah rutin penyusuan pada anak. Pegang pada konsep DEMAND vs SUPPLY. More demand, more supply.

Kerapkan menyusu anak apabila anak berada di depan mata. Jika ibu bekerja, jagalah jadual perahan setiap 2 hingga 3 jam seperti biasa. Lebih banyak susu ibu dikeluarkan, lebih banyak susu ibu akan dihasilkan dan sebaliknya.

Ibu jangan terkejut jika hasil perahan akan meningkat lebih dari hari-hari biasa berkat rezeki ibu berpuasa.

TIP #10 NIKMATI PUASA

Ramadan hanya datang setahun sekali. Jadi, ambil peluang ini untuk sama-sama beribadah dan meningkatkan kualiti ibadah kita kepada Allah. Ibu menyusu digalakkan bersedekah dan amalkan zikir.

Usahalah untuk menggandakan ibadah sunat seperti solat tarawih tidak kira di masjid atau rumah, tidak kira secara berjemaah atau individu. Peluang ini kita tidak akan dapat di waktu lain dan juga tahun seterusnya juga belum tentu kita akan diberi kesempatan ini.

Diharapkan tips-tips ini dapat membantu ibu menyusu supaya bersedia untuk menjalani ibadah puasa. Ibu menyusu pun mampu berpuasa insyaAllah. Berkat ilmu, usaha dan juga dengan izin Allah.

Kredit foto: Ceritera Ibu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Menyusu Kena Selalu Happy & Positif, Ia Milk Booster SEBENAR & Terbukti Berkesan

Baca juga: Suka Tarik & Gigit, Ini 10 Karenah Comel Bayi Waktu Menyusu Yang Buat Ibu Rasa Geram 

Baca juga: Bukan Mudah Untuk Menyusu Badan, 7 Perkara Ini Sering Menjadi Cabaran Buat Para Ibu