Ibu Menyusu Berpuasa Yang Rasa Terlalu Letih Boleh Berbuka, Jangan Sampai Paksa Diri

undefined

Berpuasa bagi ibu menyusukan bayi boleh menjadi cabaran bagi sesetengah wanita hingga boleh membuatkan anda rasa lemah dan terlalu penat

Mungkin ramai ibu yang menyusukan bayi berhasrat untuk menjalani ibadah berpuasa seperti ibu-ibu lain. Mana tidaknya, bulan penuh rahmat ini hanya datang sekali setahun sahaja.

Menyusukan anak dan dalam masa yang sama berpuasa sepanjang hari boleh menimbulkan banyak persoalan serta kebimbangan dalam kalangan ibu baharu. Justeru ada beberapa panduan bagi membantu anda melalui sebulan Ramadhan ini dengan lancar.

Ibu berpuasa jangan sampai paksa diri

ibu menyusu bayi berpuasa

Menguruskan anak dan dalam masa yang sama bekerja bukanlah sesuatu perkara mudah. Hal ini kerana ia memerlukan tenaga mencukupi bagi melakukannya.

Bagi ibu menyusu berpuasa, masalah yang kerap berlaku adalah anda cenderung rasa haus, lapar dan juga cepat letih. Jika anda rasa tidak berdaya, pertimbangkan untuk buka puasa dengan segera.

Menurut Pensyarah Kanan Akademi Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Zilal Saari berkata, para wanita seharusnya mengambil tahu tentang rukhsah puasa ibu menyusu (keringanan) yang diberikan oleh Islam.

“Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri sebelum ini sudah menjelaskan bahawa, perempuan hamil dan menyusukan dibolehkan berbuka puasa dalam dua keadaan saja iaitu; (1) bimbang diri sendiri, bolehlah dia berbuka dan qada sahaja atau (2) kasihankan janin dan juga anak yang disusukan, maka bolehlah dia berbuka.

“Rukhsah puasa ibu menyusu ini menunjukkan Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada umatnya. Ia tidak memberatkan umatnya di luar kemampuan.

Dalam kehidupan wanita, kita sedia maklum bahawa ibu yang melalui fasa hamil, pasti akan melalui fasa menyusu pada tahun berikutnya.

Jadi bolehlah anda mengambil rukhsah puasa ibu menyusu dengan panduan yang ditetapkan oleh Islam. Pahala seorang wanita yang hamil dan menyusukan bayi tetap tercatat sebagai amal soleh,” katanya.

Hukum ibu menyusukan anak buka puasa

Pada dasarnya, hukum ibu menyusu buka puasa adalah dibolehkan sekiranya mereka merisaukan kesihatan bayi yang menyusu.

Misalnya jika ibu menyusu berpuasa dan risau si kecil tidak dapat susu yang secukupnya, maka anda dibenarkan untuk buka puasa.

والحامل والمرضع: إن خافتا على أنفسهما أفطرتا وعليهما القضاء وإن خافتا على أولادهما أفطرتا وعليهما القضاء والكفارة، عن كل يوم مد

Maksudnya: Wanita yang hamil dan menyusukan anak; sekiranya mereka bimbangkan dirinya lalu dia berbuka puasa dan wajib bagi dirinya menggantikan puasa. Namun jika bimbangkan (keselamatan) anaknya lalu dia berbuka dan wajib baginya menggantikan puasa dan kaffarah (bayar fidyah) sebanyak satu cupak untuk satu hari. (Rujuk: Matan al-Ghayah wa al-Taqrib, 19)

Tanda bahaya bagi ibu menyusu berpuasa dan perlu segera berbuka

ibu menyusukan bayi puasa ramadhan

Sesetengah ibu menyusu berpuasa cenderung untuk menahan rasa lapar atau penat kerana memikirkan sudah separuh hari anda menjalani ibadah berkenaan.

Kesannya dalam tidak sedar ia boleh memaksa diri dan membahayakan kesihatan. Kami kongsikan beberapa tanda bahaya yang memerlukan anda untuk segera buka puasa.

1. Pening, pengsan, lemah atau letih. Cuba berehat selama setengah jam dan jika tiada perubahan segera hubungi doktor.

2. Loya atau muntah.

3. Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap, berbau kuat dan kuantitinya sedikit. Ini tanda dehidrasi.

4. Berat badan tidak bertambah atau berkurangan.

5. Rasa sakit dalam perut seperti gastrik

6. Sakit kepala atau demam

7. Berpeluh dan badan menggeletar kerana ia petanda tubuh ibu menyusu puasa mengalami kekurangan gula dalam badan

Bilakah ibu menyusukan anak perlu ganti puasa dan bayar fidyah?

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan.

Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadhan.

Wajib ke atas wanita yang tidak berpuasa kerana mengandung atau menyusukan anak untuk menggantikan puasa selepas berlalunya Ramadan.

Jika ibu menyusu bayi atau hamil tidak sempat menggantikannya sehingga masuknya bulan Ramadhan seterusnya, maka mereka dianggap berdosa dan diwajibkan untuk membayar fidyah sebanyak satu cupak makanan ruji tempatan, seberat 600 gram. 

Namun menurut Mufti Wilayah Persekutuan, ibu-ibu yang melewatkan ganti puasa kerana uzur syarie seperti sentiasa sakit, menyusukan anak dan mengandung adalah tidak wajib dikenakan fidyah, jika mereka sempat menggantikan puasa sebelum tiba Ramadhan seterusnya.

Puasa tidak menjejaskan susu badan

ibu menyusu berpuasa ramadhan

Perlu diketahui pengeluaran susu ibu tetap akan berlaku semasa ibu berpuasa, malah kualitinya tetap sama.

Tubuh kita dapat menyesuaikan cara mengubah kalori untuk penghasilan susu badan, inilah yang membuat kualiti dan kuantiti susu ibu akan tetap terjaga walau kita dalam keadaan lapar sekalipun.

Sekiranya anda berpuasa, ia juga tidak akan mengganggu kesihatan bayi yang disusu. Ini kerana bayi tetap memperoleh semua khasiat yang diperlukan untuk tumbesarannya.

Semakin kerap bayi menyusu, susu ibu akan tetap ada dan secara langsung dapat memenuhi permintaan si manja. 

Tips ibu menyusu bayi menjalani puasa Ramadan

1. Banyakkan minum air pada waktu tidak berpuasa

Berbanding rasa lapar, anda mungkin akan berasa sangat dahaga sepanjang berpuasa. Justeru pastikan tubuh mendapat air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi iaitu dengan:

  • Minum 2-3 cawan air pada waktu sahur dan berbuka puasa.
  • Selepas berbuka puasa, minum sebotol air bersama anda dan cuba dapatkan sekurang-kurangnya 1 botol air lagi.
  • Jika anda terbangun pada pertengahan malam kerana dikejutkan oleh bayi, letakkan botol air di sisi katil dan beberapa teguk.

Elakkan semua minuman manis supaya anda boleh memberi tumpuan kepada minum air kosong yang mencukupi.

2. Makan smoothie ketika sahur sebagai tambahan kepada hidangan biasa anda

Sukar untuk mendapatkan kalori yang cukup ketika bangun sahur. Itulah sebabnya kami mengesyorkan MENAMBAHKAN smoothie ke dalam hidangan anda.

Betul, makan DAN minum smoothie. Mungkin sukar untuk minum segelas penuh, jadi cuba masukkan sekurang-kurangnya setengah cawan. Contoh sahur mungkin kelihatan seperti:

2 telur dadar dengan bayam + 2 keping roti bijirin penuh + 1 cawan smoothie

3. Berbuka puasa secara sihat tanpa makan berlebihan

Walaupun penting untuk makan kalori yang mencukupi sebagai ibu yang menyusukan bayi, makan berlebihan makanan goreng tidak akan memberi nutrisi yang anda dan bayi anda perlukan.

Pemakanan ibu menyusu bayi ketika berbuka puasa adalah kunci untuk rasa lebih bertenaga sepanjang bulan Ramadan. Justeru pastikan menu anda mengandungi protein, banyak sayur-sayuran, dan karbohidrat bijirin penuh.

Contoh iftar ialah:

Lemon Dill Salmon + Kembang kobis panggang dan terung + Keledek bawang putih panggang

4. Sediakan snek selepas berbuka puasa

Beberapa jam selepas berbuka puasa sebelum waktu tidur adalah satu lagi peluang untuk mendapatkan beberapa nutrisi dan kalori tambahan.

Biasanya dalam masyarakat Melayu dipanggil sebagai moreh. Ia sering menjadi ‘jamuan’ selepas selesai solat tarawih.

Snek selepas berbuka yang sihat adalah potongan buah-buahan segar, kekacang dan juga kuih muih yang kurang manis.

5. Ambil suplemen pranatal setiap hari

Kami mengesyorkan semua wanita untuk mengambil suplemen pranatal setiap hari tetapi ia amat penting untuk ibu menyusu semasa Ramadan.

Suplemen pranatal akan membantu menyediakan sebarang nutrien yang terlepas daripada makanan dan snek terhad anda semasa berpuasa.

Adalah sangat penting untuk mengekalkan jadual penyusuan biasa anda untuk mengelakkan sebarang kekurangan penghasilan susu badan. Jika terpaksa berjauhan dengan bayi, cuba mengepam dengan kerap.

Namun ibu harus memastikan supaya makan makanan yang cukup dan berkhasiat semasa waktu sahur dan buka puasa, agar cukup nutrisi bukan sahaja untuk bayi, malah kepada si ibu juga.

Pastikan pengambilan nutrien semasa berpuasa terdiri daripada makanan dan minuman berlemak, seperti susu atau produk tenusu sebanyak 20%, protein sebanyak 30%, dan 50% karbohidrat.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Overnight Oat Untuk Menu Sahur Ibu Mengandung & Menyusu, Bantu Kenyang Lebih Lama!

Baca juga: Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

Baca juga: Sengaja Buka Puasa Dahulu Untuk Berjimak Ketika Ramadhan, Ini Hukumnya Dalam Islam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!