Nak Puasa Ketika Hamil Trimester Kedua? Ini Tips & Panduan Penting Buat Para Ibu!

Puasa ketika hamil trimester kedua adakah selamat? Ibu mengandung sebenarnya tidak digalakkan memaksa diri untuk berpuasa tetapi ia dibolehkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mesti ramai bakal ibu-ibu tertanya-tanya boleh ke tidak puasa ketika hamil trimester kedua. Lagi-lagi jika ini merupakan kehamilan pertama anda. Jawapannya, mestilah boleh! Sememangnya, puasa di saat waktu kehamilan adalah dibolehkan dan ianya juga merupakan satu pilihan buat para ibu.

Malah, tiada risiko signifikan berdasarkan kajian sekiranya ibu mengandung yang berpuasa berdepan dengan masalah seperti kelahiran pramatang, keguguran atau tumbesaran bayi dalam kandungan terjejas. 

Usia kandungan yang selamat untuk berpuasa

Dari segi hukum syarak, wanita yang berpuasa ketika hamil diharuskan berbuka apabila berpuasa boleh membahayakan kesihatan diri atau bimbang kesihatan bayi dalam kandungan terjejas. 

Dari segi kesihatan pula, Pakar dan Pensyarah Perubatan Obstetrik dan Ginekologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Nurul Iftida Basri  menegaskan ibu dengan penyakit kronik perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa.

Antara masalah kesihatan yang perlu mendapatkan pemantauan doktor terlebih dahulu ialah:

Dalam pada yang sama, usia kandungan juga sangat penting dalam menjalankan ibadah ini. Puasa ketika hamil trimester kedua dan ketiga adalah jangka masa kandungan yang dikira selamat untuk berpuasa. Berbanding trimester pertama iaitu pada usia tiga bulan pertama kandungan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana, ketika timester pertama, ibu mengandung cenderung untuk mengalami alahan seperti muntah, pening, dan kurang selera makan.

Ia boleh mengakibatkan dehidrasi dan lebih teruk jika mengalami darah beku di paru-paru atau ulser perut jika terus berpuasa dalam keadaan kesihatan yang kurang sihat.

Namun begitu, ibu boleh berpuasa pada trimester pertama jika berada dalam keadaan fizikal yang baik. Pengambilan sid folik perlu diteruskan bagi mengurangkan risiko masalah saraf pada bayi.

Timbul persoalan lain, adakah muntah membatalkan puasa? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Pejabat Mufti, hukum muntah ketika puasa dengan tidak sengaja tidak membatalkan puasa. Begitu juga loya atau perasaan hampir muntah tidaklah sampai membatalkan puasa melainkan loya tersebut disengajakan sehingga termuntah maka batal puasanya atas ikhtiar dan usahanya sendiri.

Dalam keadaan yang lain, jika berasa loya lalu terkeluar sesuatu dari rongga dalam atau perutnya sehingga sampai ke dalam mulut kemudian sisa tersebut ditelan semula dengan sengaja maka terbatal puasanya.

Puasa ketika hamil trimester kedua, ini tips dan panduan penting buat para ibu

Mengikut mazhab Syafie, sekiranya ia boleh memudaratkan ibu dan kandungannya, anda tidak digalakkan berpuasa. Jadi ibu boleh berbuka dan wajib ganti puasa tau! 

Kajian perubatan mendapati hampir 70% ibu memilih untuk berpuasa. Menarik, bukan? Jadi bagi ibu-ibu yang nak berpuasa, ini 5 tips terbaik yang anda boleh ikuti sepanjang bulan Ramadan. Jom kita baca!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Rujuk doktor terlebih dahulu

Setiap manusia mempunyai keupayaan fizikal yang berbeza. Ini bergantung kepada ketahanan ibu untuk berpuasa dengan merujuk juga kepada keadaan cuaca, waktu berpuasa dan juga tempoh kehamilan dan trimester ibu-ibu. 

Jika ibu-ibu ingin berpuasa adalah lebih jika ibu rujuk dan berjumpa doktor terlebih dahulu untuk memastikan bahawa kesihatan anda dan bayi anda berada dalam keadaan sihat dan optimum untuk berpuasa.

2. Lewatkan bersahur

Ini salah satu tips paling penting untuk ibu-ibu hamil kerana ia membantu keadaan ibu di siang hari. Jangan lupa bersahur dan cuba lewatkan sahur sampailah dekat-dekat waktu imsak. Ini kerana kalau anda lewatkan sahur sedikit barulah anda tidak berasa terlalu lapar pada waktu siangnya.

3. Jaga dan kawal pemakanan

Memang seronok bila makan waktu berbuka puasa tetapi ibu-ibu kena beringat ya apabila makan. Jangan ambil makanan yang mempunyai kadar gula yang tinggi kerana ia akan membuatkan kadar gula ibu juga meningkat dengan drastik. Ambil makanan secara ala kadar sahaja dan pastikan makanan anda mempunyai khasiat yang seimbang.

4. Minum air banyak dan secukupnya

Bulan puasa ini memang menguji tahap dahaga seseorang. Tapi ini bukanlah sebab untuk ibu-ibu terus minum air manis dan sejuk sewaktu berbuka ya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan ibu-ibu minum air secukupnya sewaktu waktu sahur dan berbuka. Pengambilan air dapat membantu keadaan ibu daripada terhidrasi di siang hari atau pun terlampau dahaga. Ingat ibu-ibu. Air masak tau bukan air manis.

5. Lebihkan makanan mengandungi serat dan protein

Salah satu tips yang baik untuk ibu-ibu amalkan adalah ibu-ibu boleh mengambil makanan tinggi serat dan juga protein. Ini bagi memastikan ibu-ibu sentiasa kekal ceria, aktif dan bertenaga sepanjang hari. Lebihkan sayur dan buah kerana makanan ini mengandungi nutrisi yang baik untuk ibu. Dan ibu-ibu juga boleh menikmati makanan yang lazat sewaktu berbuka menerusi sumber protein yang baik untuk ibu. Antaranya adalah ikan, ayam, telur dan sebagainya.

6. Kekal aktif 

Ketika berpuasa, ada baiknya jika ibu mengandung kekal aktif dengan melakukan senaman ringan dan banyakkan bergerak. Terlebih tidur atau kurang bergerak akan menyebabkan badan terasa lesu dan mengurangkan risiko sakit belakang, sembelit dan masalah lain.

Namun awas, jangan terlampau beri penekanan terhadap senaman menyeluruh yang membuatkan anda hilang lebih banyak tenaga. Jadi, sesuaikan senaman mengikut usia kandungan anda seperti berjalan, berenang atau lakukan yoga supaya memudahkan proses bersalin kelak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berhenti bersenam sekiranya terdapat tanda-tanda seperti sakit betis, sakit kepala, terasa sakit pada rahim dan sesak nafas sebelum meneruskan senaman lain. 

Walau bagaimanapun, wanita hamil yang berpuasa dinasihatkan supaya peka terhadap pergerakan bayi dalam kandungan terutama apabila memasuki usia 28 minggu ke atas.

Kurang pergerakan bayi adalah salah satu sebab untuk ibu berbuka puasa dengan segera. Ia bagi memastikan ibu dan bayi mendapat bekalan tenaga dan air yang cukup sepanjang hari. 

Sekiranya ibu-ibu tidak larat dan tidak tahan berpuasa, tolong jangan paksa diri ya ibu-ibu! Dan tolong hindari daripada membuat kerja yang berat.

Sesungguhnya ibadah puasa adalah satu ibadah yang dapat menyucikan diri kita. Semoga dipermudahkan segala urusan ibu semua dan pastikan kesihatan anda di tahap terbaik. Jaga diri ibu-ibu semua!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: 7 Resepi Minuman Berbuka Puasa Yang Sihat & Menyegarkan, #4 Paling Ramai Suka!

Baca Juga: Jenis Karenah Ibu Ketika Bulan Puasa, Paling Lucu No.3! Boleh Tersuap Makanan Anak

Baca Juga: 7 Makanan Sahur Kenyang Lama & Berkhasiat, Bantu Elak Rasa Letih Ketika Berpuasa

Penulis

Nina Osman