Anak dijangkiti HFMD dari taman permainan dalam mall! Kurangkan risiko dengan tips ini

lead image

Peningkatan penyakit HFMD di Malaysia semakin membimbangkan. Ibu bapa perlu tahu punca HFMD untuk kurangkan risiko anak dijangkiti HFMD.

Penyakit HFMD makin meningkat di Malaysia, khususnya di Pulau Pinang.

Seorang ibu dari Filipina ingin memberi kesedaran pada ibu tentang punca HFMD dan betapa mudah untuk anak dijangkiti penyakit tangan, kuku dan mulut ini dari taman permainan (dalam bangunan lebih-lebih lagi; selepas perkara ini terjadi pada anaknya).

Ibu cerita punca HFMD menjangkiti anaknya

Dalam pos-nya di Facebook, Madelyn Bercasio Gurango menulis yang dia baru saja pulang dari klinik selepas membuat pemeriksaan rutin bulanan anaknya.

Tapi, sebelum pulang ke rumah, Madelyn berhasrat untuk membawa anaknya ke pusat membeli belah bagi meluangkan masa bersama anaknya.

Apabila tiba, dia membawa anaknya terus ke tempat bermain kanak-kanak supaya anaknya boleh bermain dengan kanak-kanak lain. Mereka tak pergi ke mana-mana selepas itu dan terus pulang ke rumah.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/07/hfmd from playgrounds 1.jpg Anak dijangkiti HFMD dari taman permainan dalam mall! Kurangkan risiko dengan tips ini

Keesokan harinya, ketika Madelyn di tempat kerja, dia mendapat panggilan dari ibunya yang menjaga anaknya.

Ibu Madelyn mengatakan yang anaknya, Clark mengalami demam panas, jadi Madelyn mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dan memeriksa keadaan anaknya.

Ternyata ibunya betul, suhu badan anaknya mencecah 39°C. Madelyn ingat anaknya hanya demam biasa, jadi dia tak bawa anaknya ke doktor tapi tetap mengawasi anaknya.

Pada pagi esoknya, demam Clark telah pulih dan Madelyn ingin kembali bekerja. Tapi, tiba-tiba dia perasan yang anaknya mendapat ruam seperti demam campak pada kakinya juga di tangan dan mulutnya.

Madelyn yang bimbang terus membawa anaknya berjumpa doktor.

Punca HFMD anak dari tamai permainan

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/07/hfmd from playgrounds 2.jpg Anak dijangkiti HFMD dari taman permainan dalam mall! Kurangkan risiko dengan tips ini

Doktor mengesahkan yang Clark telah dijangkiti HFMD yang biasanya disebabkan oleh virus coxsakie.

Ia juga akan merebak dengan mudah melalui sentuhan dengan hingus, air liur, najis atau dari ruam. Jangka masa sebelum tanda penyakit ini kelihatan adalah 3-6 hari.

Biasanya ia bermula dengan demam, sakit tekak dan kadang-kadang hilang selera makan.

Ia diikuti dengan binti-bintik berwarna merah pada lidah, gusi, dan dalam pipi. Beberapa kanak-kanak juga mendapat ruam merah yang tak gatal pada tapak tangan, tapak kaki dan kadang-kandang punggung.

Bintik-bintik pada anaknya sangat mentah dan Clark hanya beransur pulih selepas seminggu makan ubat dan sapu ubat. Madelyn merasakan yang anaknya mendapat HFMD dari taman permainan tempoh hari.

Doktor memberitahu Madelyn untuk mengelak virus ini, hindarkan diri dari pergi ke tempat awam kerana HFMD sangat mudah untuk dijangkiti dan kanak-kanak boleh dijangkiti dari taman permainan dan tempat yang ramai orang.

Punca HFMD: Tip untuk cegah dari dijangkiti

Ibu, ayah, anda boleh memainkan peranan ini untuk kurangkan risiko anak dijangkiti HFMD dengan tip mudah ini:

  • Jangan memegang mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tak dibasuh.
  • Jangan sentuh (cium, peluk, kongsi cawan dan makanan) dengan orang yang dijangkiti
  • Jaga kebersihan dengan membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun.
  • Ibu bapa pastikan tangan bersih sebelum menyediakan makanan anak, menukar lampin anak dsb
  • Pastikan barang mainan anak bersih dan dibasuh

Perkara penting ibu bapa perlu tahu

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/07/hfmd from playgrounds 3.jpg Anak dijangkiti HFMD dari taman permainan dalam mall! Kurangkan risiko dengan tips iniJika anak anda dijangkiti HFMD, biar anak duduk di rumah. Jangan hantar anak ke sekolah, taska atau tempat yang ramai orang.

Kuarantin anak anda di rumah sekurang-kurangnya satu minggu ke 10 hari selepas jangkitan bermula.

Kami berharap ibu bapa semua akan sedar tentang bagaimana mudah bagi anak-anak untuk dijangkiti HFMD dari taman permainan dan tempat awam.

Kes HFMD di Malaysia semakin hari semakin meningkat, anda digalakkan untuk melakukan aktiviti bersama anak di rumah dari membawa mereka untuk keluar bermain.

Sentiasa pastikan tangan anak bersih kerana langkah mudah seperti ini dapat mengelakkan dari jangkitan ini merebak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Rosanna Chio; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) makin meningkat, ini 3 langkah ibu ayah perlu buat