TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kejam! Sorok Mayat Bayi 2 Tahun Dalam Tong Ikan, Tapi Hanya Dipenjara 8 Tahun

6 Oct, 2021
Kejam! Sorok Mayat Bayi 2 Tahun Dalam Tong Ikan, Tapi Hanya Dipenjara 8 Tahun

Tidak diketahui apa punca penderaan kanak-kanak ini hingga meninggal dunia, walau bagaimanapun hukumannya hanya 8 tahun penjara, wajarkah?

Mendengar pelbagai berita mengenai penderaan bayi saja boleh buat darah menyirap apatah lagi, ada yang sanggup membunuh. Dan tanpa rasa bersalah menyorok mayat mangsa supaya tidak diketahui, lagilah mengundang rasa marah dan selayaknya pelaku itu dihukum gantung saja. Apa yang menjadi punca penderaan kanak-kanak? 

Apatah lagi perbuatan itu bukannya kemalangan, dengan sengaja dibuat. Apa yang lebih menyedihkan sebaik kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa disumbatnya mulut budak itu dengan gunting supaya tidak tertutup dan sudahnya disorok ke dalam tong ikan yang berisi ais. 

Tak tahu punca penderaan kanak-kanak, hukuman penjara 8 tahun

punca penderaan kanak-kanak

Gambar hiasan

Menurut laporan Harian Metro, penganggur berusia 39 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun atas perbuatan kejamnya itu. Sebelum menyorok mayat kanak-kanak itu, dia dipercayai telah menumbuk, memijak badan dan kepala. 

Lelaki kejam yang bernama Mohd Affandi Fauzi Ramlee itu turut memasukkan gunting ke dalam mulut kanak-kanak yang sudah tidak bernyawa,

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Affandi selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Pernah bebas tuduhan membunuh

punca penderaan kanak-kanak

Sebelum ini lelaki itu pernah didakwa atas pertuduhan membunuh kanak-kanak lelaki itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah telah membebaskannya dari tuduhan itu. 

Namun hari ini ekoran daripada rayuan terhadap keputusan itu bagaimanapun mengemukakan pertuduhan pilihan iaitu menganiayai kanak-kanak berkenaan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 31 (5) (b) akta sama, mengenakan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum selama 10 tahun.

Hakim Kamaludin berkata, walaupun tertuduh sudah mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan itu, tetapi mahkamah perlu mengambil kira faktor kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman.

“Berdasarkan fakta kes, perbuatan tertuduh ke atas mangsa adalah terlalu kejam. Kita tidak dapat membayangkan seksa dan penderitaan yang dialami kanak-kanak itu,” katanya yang bersidang bersama Hakim Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Hashim Hamzah.

Muhammad Affandi melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah pada jam 2 pagi antara 24 Oktober 2016 dan 24 November tahun sama.

Asalnya menumpang di rumah si pembunuh

punca penderaan kanak-kanak

Berdasarkan fail kes tersebut, kanak-kanak itu bersama ibu dan kakaknya menumpang di rumah Muhammad Affandi, kemudian lelaki kema itu mula mendera mangsa dengan menumbuk, mencubit, menjentik dan memijak badan dan kepala mangsa beberapa kali, sehingga tulang rusuknya patah.

Pada tarikh 27 Oktober 2016, tanpa mengetahui apa punca penderaan kanak-kanak, lelaki itu menolak kanak-kanak itu sehingga jatuh terduduk dan tersembam. Kanak-kanak itu kemudian bangun dan berjalan dua tiga langkah dan terus tersembam atas lantai dan langsung tidak sedarkan diri.

Lelaki kejam itu menarik kanak-kanak itu dan memasukkan gunting ke dalam mulut untuk menghalang mulutnya dari tertutup, namun kanak-kanak itu dikatakan tidak lagi bergerak selepas itu dan ibunya mendapati anaknya sudah keras, sejuk dan sudah meninggal dunia.

Menurut ibu kanak-kanak malang itu, Muhammad Affandi melarangnya membawa anaknya ke hospital kerana mahu mengelak daripada siasatan polis dan dia juga sempat mengetuk kepala wanita itu dengan parang.

Keesokannya, ibu kanak-kanak itu memberitahu Muhammad Affandi bahawa ada lendir keluar daripada hidung anaknya itu dan berbau, lalu lelaki itu menutup mayat dengan menggunakan selimut dan menyorok mayat itu di dalam sebuah tong ikan yang dipenuhi ais.

Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar selepas ibu mangsa meminta pertolongan jiran sebelum memaklumkan kepada polis.

Dimanakah silapnya, tiada siapa yang berani menghakimi. Kita juga tak tahu apa yang menjadi punca penderaan kanak-kanak ini dan apa yang membelenggu si ibu sehingga terpaksa membiarkan kejadian ini berlarutan. 

Tiada siapa yang berhak menzalami anak-anak kita, kita sebagai ibu kandung juga tiada hak untuk mendera anak-anak sendiri inikan pula perbuatan kejam sebegini yang berlaku di depan mata. 

Moga kita sekeluarga sentiasa dilindungi. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Kesan Penderaan Kanak-Kanak Boleh Bawa Maut, Ibu Bapa Kena Peka

Stories Rakan Kongsi
5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
Tips for a Healthy Pregnancy
Tips for a Healthy Pregnancy
How Environment Influences Child Personality
How Environment Influences Child Personality
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kejam! Sorok Mayat Bayi 2 Tahun Dalam Tong Ikan, Tapi Hanya Dipenjara 8 Tahun
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham