Puting sakit semasa menyusu menjadi kerisauan yang sering dialami oleh kebanyakan ibu, khususnya di awal kelahiran.Walaupun ini merupakan situasi normal, namun keadaan ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak diatasi dengan segera.
Jika anda sedang mengalami puting sakit saat menyusui, anda tidak bersendirian ya ibu.
Hakikatnya, seramai 90% ibu baru akan mengalami puting luka atau melecet semasa menyusukan anak. Umumnya, ibu menyusu akan merasa sakit paling kemuncak pada hari ke-5 menyusu dan akan sembuh dengan sendirinya.
Baca juga: Hanya Yang Merasai Sahaja Tahu Sakitnya Bengkak Susu, Sebab Inilah Ibu Boleh Jadi Stres!
Puting sakit semasa menyusu badan: Apakah penyebabnya?
Sebenarnya, rasa perit hingga menimbulkan tidak selesa semasa menyusukan anak boleh berlaku kerana beberapa sebab, antaranya:
- Lekapan tidak betul mulut bayi ke puting payudara
- Tidak menggunakan pam payudara dengan betul.
- Jangkitan pada payudara.
- Terlepas puting semasa menyusu.
- Masalah tongue-tied pada bayi (frenulum terbatas atau pendek)
- Memiliki puting tenggelam atau mendatar
- Tempoh masa menyusui terlalu lama.
- Posisi badan ibu semasa menyusukan anak.
- Menghentikan penyusuan tanpa terlebih dahulu menghentikan hisapan anak.
- Mengenakan bra yang terlalu ketat.
Sekiranya ibu merasakan puting sakit saat menyusui lebih dari 7 hari, dan rasa ngilu tersebut kerap datang dan pergi, ditambah lagi dengan puting yang berdarah, segera berjumpa doktor atau pakar kesihtan untuk mendapatkan rawatan dengan cepat!
Tips mengatasi puting sakit ketika menyusu bayi
Puting sakit saat menyusui boleh menyebabkan puting luka dan berisiko menyebabkan berkurangnya bekalan susu, atau anda menghentikan penyusuan ibu lebih awal.
Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, berikut beberapa tips yang dapat mengurangkan gejala puting sakit saat menyusui anak.
#1. Cara semula jadi
Kajian menunjukkan suhu suam dan lembab dapat menyejukkan puting yang sakit dan dapat membantu kulit sembuh lebih cepat. Gunakan kain bersih, basahkan di bawah air suam, perah dan letakkan di kawasan puting.
Cara semulajadi lain untuk membantu mengurangi sakit dan proses penyembuhan luka pada puting adalah dengan menyapukan susu ibu pada area puting dan areola. Pakai semula baju dalam apabila susu yang disapu telah kering.
#2. Ubah posisi badan sewaktu menyusu
Salah satu sebab yang membuat rasa tidak sakit hingga menimbulkan rasa tidak selasa semasa menyusukan anak juga disebabkan posisi menyusu yang tidak betul.
Ibu boleh mencuba posisi lain semasa menyusu untuk mengurangkan risiko rasa sakit ketika menyusu.Rujuk gambarajah:
#3. Lekapan mulut bayi pada payudara
Hal lain yang wajib diperhatikan semasa menyusukan anak adalah lekapan yang betul pada payudara ibu. Ada beberapa perkara yang wajib diperhatikan semasa bayi melakukan penyusuan.
Dagu bayi seharusnya menyentuh payudara ibu, lekapan yang betul juga menyebabkan bubur bawah bayi terjuih keluar dan mulut bayi terbuka lebar.
Perhatikan juga aerola bahagian bawah lebih banyak yang masuk ke dalam mulut bayi dibanding areola bagian atas.
Apabila lekapan sudah baik, biasanya bayi akan menyusu dengan baik akan menghisap dengan perlahan, dan tidak tergesa-gesa, bahkan tidak terdengar bunyi berdecak.
Pipi bayi akan kelihatan mengembung seperti, dan pastinya ibu tidak akan berasa sakit dengan lekapan ini.
#4. Kekerapan menyusu 2-3 jam sekali
Satu perkara yang ibu perlu tahu adalah semakin kerap anak menyusu, semakin banyak susu ibu yang terhasil. Maka kekerapan penyusuan ibu haruslah mengikut jadual yang kerap!
Penyusuan susu ibu lebih kerap berbanding susu formula kerana susu ibu lebih mudah dicernakan. Malah, tempoh masa menyusu juga bergantung kepada keperluan bayi.
Apabila anda skip penyusuan, maka payudara anda tentunya akan membengkak. Ini bukan sahaja aka menyukarkan bayi untuk menyusu, malah puting juga akan sakit dan payudara berisiko untuk mengalami susu tersumbat.
#5. Menggunakan krim atau ubat
Walaupun kebanyakan krim dan ubat tidak membuatkan puting cepat sembuh, tapi dengan menggunakannya boleh menjadi pelindungan yang menyelesakan untuk puting anda. Tetapi pastikan pemilihan krim yang sesuai ya!
Elakkan krim yang mengandungi lanolin yang boleh mengakibatkan reaksi alergi, malah mengandungi bau yang kuat yang boleh menyebabkan bayi menolak untuk menyusu.
Adakah anda sedang mengalami puting sakit saat menyusui anak? Jom kongsi pengalaman dan cara merawat yang berkesan bagi anda!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifah dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.