X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu, Kalau Demam Lepas Beranak, Terus Jumpa Doktor! Ada Risiko Rahim Bengkak

4 min bacaan
Ibu, Kalau Demam Lepas Beranak, Terus Jumpa Doktor! Ada Risiko Rahim Bengkak

Rahim bengkak selepas bersalin adalah salah satu kesan dari jangkitan postpartum. Ketahui simptom-simptomnya dalam artikel ini.

Kehamilan dan proses bersalin merupakan pengalaman yang penuh dengan dugaan dan pelbagai perubahan berlaku pada tubuh wanita. Tetapi hakikatnya, ada sesetengah wanita yang mengalami jangkitan atau pospartum infection seperti demam, discaj berbau atau rahim bengkak selepas bersalin!

Rahim Bengkak Selepas Bersalin

Buat pengetahuan anda, jangkitan bakteria boleh berlaku sebaik sahaja ibu bersalin. Rahim boleh mengalami jangkitan jika kantung amniotik mengalami keadaan yang digelar chorioamnionitis.

Walau bagaimanapun, sebarang perubahan akan menjalani proses diagnosis oleh doktor berdasarkan gejala dan hasil pemeriksaan fizikal. Antara jenis jangkitan yang mungkin dikenalpasti termasuklah:

endometritis

  • Jangkitan lapisan rahim (endometritis)
  • Jangkitan otot rahim (myometritis)
  • Jangkitan kawasan sekitar rahim (parametritis)

Apa Yang Menyebabkan Keadaan Ini Berlaku?

Bakteria yang biasanya hidup dalam vagina yang sihat boleh menyebabkan jangkitan selepas bersalin. Beberapa keadaan ini membuat wanita lebih cenderung untuk mendapat jangkitan:

  1. Anemia
  2. Bakteria vaginosis
  3. Pemeriksaan vagina berulang semasa proses bersalin
  4. Pemantauan dalaman janin (yang memerlukan pecah membran yang mengandungi janin)
  5. Penangguhan yang terlalu lama (selalunya lebih daripada 18 jam) antara pembengkakan membran dan bersalin
  6. Proses bersalin yang berpanjangan
  7. Bersalin secara pembedahan @ czer
  8. Serpihan plasenta yang tinggal di rahim selepas bersalin
  9. Pendarahan selepas bersalin
  10. Usia muda
  11. Kumpulan sosioekonomi yang rendah

Kemungkinan jangkitan pada rahim juga boleh terjadi bergantung kepada kaedah melahirkan anak:

jangkitan selepas bersalin

Bersalin normal: 1 hingga 3%
Kelahiran Caesarean yang telah dijadualkan dan dilakukan sebelum proses bersalin bermula: 5 hingga 15%
Kelahiran Caesarean yang tidak dijadualkan dan dilakukan selepas proses bersalin bermula: 15 hingga 20%

Simptom Jangkitan Pada Rahim Selepas Bersalin

Gejala jangkitan rahim biasanya termasuk rasa sakit di abdomen bawah atau pelvik, demam yang berlaku biasanya dalam masa 1 hingga 3 hari selepas bersalin, keletihan, menggigil, rasa sakit atau ketidakselesaan umum, dan sering sakit kepala serta hilang selera makan.

Jika anda peka, perhatikan sekiranya denyutan jantung lebih pantas dari biasa. Keadaan rahim pula akan bengkak dan lembut yang menyebabkan ketidakselesaan akibat tisu di sekitar rahim yang dijangkiti.

masalah selepas bersalin

Biasanya wanita akan mengalami sakit teruk dan demam yang tinggi namun ada juga yang mengalami demam suhu yang rendah. Selain itu, tanda lain adalah keluarnya discaj yang berbau busuk dari faraj yang bukannya darah nifas.

Jangkitan pada rahim boeh menyebabkan beberapa komplikasi teruk walaupun ia tidak selalunya terjadi, antaranya:

  • Keradangan membran pada perut (peritonitis)
  • Darah beku di urat pelvik (trombophlebitis panggul)
  • Darah beku yang bergerak ke paru-paru dan menghalang arteri (emboli paru-paru)
  • Darah toksin yang dihasilkan oleh bakteria terlalu tinggi yang mengakibatkan sepsis (jangkitan selesema) atau kejutan septik
  • Nanah (abses) di pelvik

Jika berlaku sepsis dan kejutan septik, tekanan darah akan turun secara dramatik dan kadar denyutan jantung sangat pesat. Ini boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang yang teruk dan juga kematian!

Komplikasi ini jarang berlaku terutamanya apabila demam selepas bersalin didiagnosis dan dirawat dengan segera.

Apa Yang Doktor Akan Lakukan Untuk Merawat Keadaan Ini?

rahim bengkakJangkitan pada rahim boleh didiagnosis berdasarkan terutamanya pada hasil pemeriksaan fizikal. Kadang-kadang jangkitan didiagnosis apabila wanita mengalami demam dan tiada sebab lain dikenalpasti, jadi ibu tolong jangan ambil ringan sebarang perubahan pada tubuh selepas bersalin ya.

Bagi melakukan ini, biasanya doktor mengambil sampel air kencing dan menghantarnya untuk dikaji terlebih dahulu sekiranya terdapat sebarang kehadiran bakteria.

Jika rahim dijangkiti, wanita biasanya diberikan antibiotik (biasanya clindamycin ditambah gentamicin) secara intravena sehingga mereka demam sembuh selama sekurang-kurangnya 48 jam.

Selepas itu, kebanyakan wanita tidak perlu mengambil antibiotik dengan oral lagi.

Bagi wanita yang menjalani kelahiran secara pembedahan pula, doktor boleh memberikan antibiotik kepada ibu sejurus sebelum pembedahan. Rawatan sebegini boleh membantu mencegah jangkitan rahim dan kawasan sekitarnya.

Pastikan ibu cepat bertindak sekiranya merasa demam atau mengalami simptom-simptom seperti di atas ya. Mencegah dengan pantas sebelum parah.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Ibu, Kalau Demam Lepas Beranak, Terus Jumpa Doktor! Ada Risiko Rahim Bengkak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: merckmanuals

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-rahim-jatuh

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Ibu, Kalau Demam Lepas Beranak, Terus Jumpa Doktor! Ada Risiko Rahim Bengkak
Kongsikan:
  • Seorang Ibu Terkejut Lepas 2 Tahun Bersalin, Parut Czer Bengkak & Berdarah Balik!

    Seorang Ibu Terkejut Lepas 2 Tahun Bersalin, Parut Czer Bengkak & Berdarah Balik!

  • Perkara Ibu-ibu Baru Perlu Pertimbangkan Sebelum Membeli Set Berpantang Selepas Bersalin - Wajib Baca Ya!

    Perkara Ibu-ibu Baru Perlu Pertimbangkan Sebelum Membeli Set Berpantang Selepas Bersalin - Wajib Baca Ya!

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Seorang Ibu Terkejut Lepas 2 Tahun Bersalin, Parut Czer Bengkak & Berdarah Balik!

    Seorang Ibu Terkejut Lepas 2 Tahun Bersalin, Parut Czer Bengkak & Berdarah Balik!

  • Perkara Ibu-ibu Baru Perlu Pertimbangkan Sebelum Membeli Set Berpantang Selepas Bersalin - Wajib Baca Ya!

    Perkara Ibu-ibu Baru Perlu Pertimbangkan Sebelum Membeli Set Berpantang Selepas Bersalin - Wajib Baca Ya!

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.