Bagai Tidak Percaya, Wanita Tanpa Rahim Berjaya Hamil & Melahirkan Zuriat Kandungnya

Masalah rahim wanita ini adalah suatu keajaiban. Siapa sangka dia berjaya mengandung dan melahirkan seorang bayi ajaib secara kaedah caesarean.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada siapa yang ingin hidup penuh kekurangan sehingga kehilangan nikmat paling besar setelah bergelar seorang isteri. Bagi yang berdepan masalah rahim wanita, usahlah berduka kerana anda adalah insan teristimewa di dunia.

Kecanggihan teknologi dalam pelbagai bidang terutamanya perubatan yang dicapai pada hari ini telah begitu banyak membantu kebanyakan pasangan berkahwin memiliki cahaya mata.

Masalah rahim wanita, adakah mustahil untuk miliki anak?

Tular kisah mengenai seorang wanita tanpa rahim dari Amerika Syarikat mampu memiliki anak kandung.

Itulah keajaiban bagi Jennifer Gobrecht, yang berjaya memperoleh cahaya mata hasil pemindahan rahim sebelum dirinya disahkan hamil dan melahirkan bayi berkenaan pada Januari lalu.

Menurut Jennifer yang berusia 34 tahun dari Pennsylvania, dia tidak menyedari berlaku sebarang kelainan pada diri sendiri sehinggalah tidak datang bulan setelah usianya mencecah 17 tahun dan disahkan menghidap sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH).

Ia adalah masalah kongenital yang berlaku dalam setiap daripada 14,500 wanita.

”Segalanya bermula apabila saya terbaca pencarian calon penerima sukarela untuk membuat pemindahan rahim dalam projek penyelidikan Hospital of the University of Pennsylvania pada tahun 2017.”

”Saya tidak menyangka permohonan tersebut telah diterima selepas berjaya melepas kriteria iaitu calon mestilah berusia 21 hingga 40 tahun, memiliki buah pinggang normal, tidak mandul dan bukan perokok,” jelasnya.

Tambahnya lagi, ia bukanlah proses yang mudah bagi dirinya dan suami untuk memperoleh cahaya mata kerana pelbagai rintangan serta risiko perlu dihadapi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Pihak doktor turut mendedahkan beberapa risiko prosedur termasuklah pendarahan dan jangkitan. Namun, saya beranikan diri untuk mencuba dengan niat untuk membantu para wanita yang lain.”

Jennifer telah menjalani proses pemindahan rahim yang memakan tempoh sehingga 10 jam pada 1 Mei 2018. Ia memerlukan masa sehingga 6 bulan untuk sembuh sebelum embrio dimasukkan ke dalam rahim.

”Kami tidak mampu untuk menahan air mata dari jatuh saat disahkan hamil. Rasa seolah-olah tidak percaya sebelum melahirkan anak pada Januari yang lalu secara pembedahan,” katanya kepada pihak media tempatan.

Menurutnya lagi, dia mahu berkongsi kisah ini untuk membuktikan kepada wanita senasibnya bahawa masih ada lagi harapan dan sinar memiliki cahaya mata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Saya amat berterima kasih kepada penderma asing itu yang menjadikan impian saya dan suami bertukar kenyataan,” ujar Jennifer.

Difahamkan, dia adalah wanita ketiga di dunia yang mampu melahirkan anak selepas melalui prosedur pemindahan rahim berkenaan.

Memahami tentang sindrom MRKH atau masalah rahim wanita

MRKH ialah sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser yang terjadi pada sistem reproduksi seseorang wanita. Keadaan ini menyebabkan bahagian vagina, leher rahim (serviks) dan rahim tidak berkembang seperti normal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, wanita mengalami masalah ini biasanya tidak akan mengalami menstruasi kerana tidak memiliki rahim. Hanya 1 daripada 5 000 wanita sahaja mengalami MRKH ini dan ia sangat jarang sekali ditemui.

Ada dua jenis sindrom MRKH iaitu:

  • Hanya organ reproduksi dipengaruhi oleh sindrom ini
  • Wanita memiliki kelainan pada bahagian anggota tubuh lain. Contohnya bentuk ginjal tidak normal atau salah satunya lagi tidak berkembang normal. Bukan itu sahaja, anda mungkin mengalami gangguan pendengaran, kecacatan organ jantung dan kelainan pada tulang belakang.

Penyebab wanita dilahirkan tanpa rahim

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya penyebab sindrom ini masih belum dikenal pasti. Perubahan gen tertentu ketika bayi masih dalam kandungan mungkin menjadi titik terjadinya sindrom ini.

Kelainan reproduksi sindrom MRKH ini terjadi kerana sejak dalam kehamilan awal, saluran Mullerianus yang harusnya terbentuk tidak terjadi secara normal. Padahal saluran ini adalah penting untuk rahim, saluran tiub fallopian dan bahagian atas vagina.

Tidak terbentuknya saluran Mullerianus tersebut masih dalam tahap penelitian. Pada ketika ini, para pengkaji hanya menduga ada kombinasi antara faktor genetik dan lingkungan masalah MRKH.

Biasanya sindrom ini semakin jelas kelihatan apabila seseorang memasuki usia 15 hingga 16 tahun. Setiap anak perempuan pastinya tertanya-tanya kenapa belum datang bulan pada kali pertamanya. 

Justeru, keadaan sindrom MRKH disahkan oleh doktor adalah ketika usia remaja 16 hingga 18 tahun. Dari keadaan fizikal lain seperti payudara dan bulu kemaluan, ia tetap tumbuh seperti remaja lain.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Wanita Tanpa Rahim Adalah Insan Istimewa, Mampukah Mereka Bahagia Seperti Orang Lain?

Baca juga: 13 Tanda Awal Kanser Rahim Yang Berbahaya & Ramai Wanita Terlepas Pandang 

Baca juga: 1 Dalam 50 Juta, Wanita Dengan Dua Rahim Berjaya Hamil Kembar Dalam Rahim Berbeza

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan