70+ Rahsia Tahi Lalat Berkaitan Personaliti Seseorang, Jika Terlalu Banyak Bahaya Ke?

70+ Rahsia Tahi Lalat Berkaitan Personaliti Seseorang, Jika Terlalu Banyak Bahaya Ke?

Setiap kejadian pasti ada sebabnya yang tersendiri. Namun tahukah bahawa rahsia tahi lalat dan makna disebaliknya mempunyai kaitan dengan personaliti?

Tahi lalat merupakan bintik kecil berwarna coklat atau hitam yang hadir di permukaan kulit. Ia terjadi disebabkan oleh sel penghasil zat warna atau pigmen kulit (melanosit) yang berkelompok. Namun apakah rahsia tahi lalat di bahagian tubuh tertentu?

Ada pelbagai bentuk tahi lalat iaitu bulat, menonjol, mendatar atau oval. Teksturnya juga ada yang halus, kasar dan bahkan siap ‘pakej’ dengan tumbuh bulu.

Baca juga: Rahsia Zodiak Menandakan Isteri Si Queen Control, Adakah Anda Salah Satu Daripadanya?

Rahsia tahi lalat dan kaitannya dengan personaliti seseorang

makna tahi lalat

credit to sources

Sebahagian besar tahi lalat sememangnya sudah ada sejak lahir atau baru tumbuh dalam usia 0 hingga 25 tahun. Rata-ratanya setiap manusia akan ditumbuhi tahi lalat yang normal sebanyak 10 hingga 40 biji.

Tidak kiralah di bahagian tubuh yang terbuka ataupun sulit, kemunculan biji hitam ini mungkin membuatkan anda tertanya-tanya apakah rahsia di sebaliknya.

Walau bagaimanapun, tidak semua maksud yang diberikan adalah tepat. Ini hanyalah sebagai perkongsian sahaja.

#1. Bahagian muka

  • Bibir atas kanan: Banyak rezeki, pandai
  • Bibir atas kiri: Ramai kawan, baik hati
  • Bibir bawah kanan: Disegani orang, ramai yang suka
  • Bibir bawah kiri: Pandai bicara, tidak mudah kalah
  • Hujung mata kiri: Baik budi, murah rezeki
  • Hujung mata kanan: Baik hati, cerdas dan sopan-santun
  • Biji mata kiri: Pembohong, tetapi baik hati
  • Biji mata kanan: Cerdas, sopan santun dan baik hati
  • Kening belah kiri: Sopan dan cerdas
  • Kening kanan: Bijak dan cekap
  • Tengah kening: Keras hati dan berani dalam segala hal
  • Dagu bawah kiri: Bijaksana, berbudi luhur
  • Dagu bawah kanan: Jujur dan baik hati
  • Hidung: Banyak rezeki
  • Batang hidung: Disayangi oleh ramai orang dan dapat menjadi kaya
  • Alis kiri: Ramai yang suka
maksud tahi lalat

credit to sources

  • Alis kanan: Suka menolong dan baik hati
  • Pipi kanan: Ramai kawan
  • Sudut mata kiri dalam: Tidak mudah dilupakan pasangan
  • Sudut mata kanan dalam: Disayangi oleh pasangan
  • Kelopak mata kanan atas: Ramah, berjaya, baik hati
  • Kelopak mata kiri atas: Ramai yang suka, baik budi
  • Kelopak mata kiri bawah: Kurang bijak
  • Kelopak mata kanan atas: Agak malas
  • Hujung mulut kiti: Suka berfoya-foya
  • Hujung mulut kanan: Kecil rezeki, tidak mudah kalah

#2. Rahsia tahi lalat pada bahagian tubuh 

  • Leher tengah: Tercapai hasrat dan cita-cita
  • Leher kiri: Bijak dalam segala hal dan berilmu pengetahuan
  • Leher kanan: Cerdas, berani dan jujur
  • Punggung kanan: Mudah mengalami kesulitan
  • Punggung kiri: Suka duduk dan malas
  • Betis kiri: Rajin bekerja, tidak suka menganggur
  • Betis kanan: Boros, suka berhibur
  • Lutut kiri: Kurang berusaha
  • Lutut kanan: Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
  • Bahagian belakang kepala: Sabar, tekun dan jujur
  • Kepala sebelah kanan: Terkabul hajat 
  • Kepala sebelah kiri: Kerap berdepan kesusahan
tahi lalat dan personaliti

credit to sources

  • Ketiak kiri: Bercakap jujur, ramai yang sayang
  • Ketiak kanan: Pandai menyimpan rahsia
  • Pergelangan kaki kiri: Kehendak yang kuat
  • Pergelangan kaki kanan: Suka berjalan, keluar rumah
  • Kemaluan kiri atau kanan: Suka senggama
  • Di kepala kemaluan (lelaki): Bakal beristeri dua
  • Tumit kiri: Baik budi
  • Tumit kanan: Jujur dan banyak kawan
  • Pangkal paha kiri: Suka bekerja
  • Pangkal paha kanan: Kemahuan yang kuat
  • Telapak kaki kanan: Tidak mudah mengeluh
  • Jari kaki kiri: Berbudi, suka berbuat baik
  • Jari kaki kanan: Suka menolong
  • Bahu kiri: Bekerja keras, banyak tanggungjawab
  • Bahu kanan: Cermat dalam membuat sebarang keputusan
  • Lengan kiri: Menepati janji dan rajin
  • Lengan kanan: Setia dan taat pada atasan
  • Buah dada kiri: Ramai kawan, setia terhadap pasangan
  • Buah dada kanan: Pendiam, simpan rahsia, baik hati
  • Ubun-ubun: Kurang jujur
  • Bahagian pusat: Tekun dan cerdas
  • Pusat bahagian kiri: Memperoleh kemuliaan
  • Pusat bahagian kanan: Sejahtera dalam hidup
  • Pinggang kiri dan kanan: Disayangi oleh pasangan hidup
  • Dada kiri: Berani, jujur dan sabar
  • Dada kanan: Berupaya mengatasi masalah
  • Telapak kaki kiri: Baik budi pekerti
  • Telapak kaki kanan: Tidak mudah mengeluh
  • Siku tangan kiri: Baik hati, suka membantu
  • Siku tangan kanan: Kuat berusaha memiliki kejayaan
  • Jari tangan kiri: Serba boleh dalam membuat kerja
  • Jari tangan kanan: Mampu mencipta keuntungan
  • Pergelangan tangan kanan: Boros dan suka bersuka ria
  • Pergelangan tangan kiri: Dapat pangkat
  • Perut bawah kanan: Banyak rezeki, suka memberi maaf
  • Perut bawah kiri: Baik hati, tenang hidupnya 

Sekiranya ia terlalu banyak dan menunjukkan perubahan luar biasa, seperti membesar sehingga melebihi 5 milimeter, warna bertukar, tidak sekata serta mengeluarkan darah, pakar sarankan untuk anda buang tahi lalat ini.

”Kebanyakan kes tahi lalat tidak normal sering dikaitkan dengan penyakit kanser. Anda perlu sentiasa peka dengan peruabahan terhadap tanda pada tubuh kerana ia berpotensi menjadi kanser kulit,” jelas pakar perunding kulit PPUM, Dr. Tan Leng Leng.

Sumber: Explorasa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner