X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Susun Atur Koleksi Kasut Lebih Baik Dengan Adanya Rak Kasut, Ini 8 Rak Kasut Terbaik Jenis Moden Boleh Dipertimbangkan

Terdapat banyak idea pemilihan rak kasut dan pilihan storan untuk memastikan kasut dalam keadaan tersusun dan mudah dicari.

Rak kasut amat penting bagi mengelakkan kasut yang dimiliki tidak bersepah-sepah dan menjadikan ruang rumah kelihatan lebih kemas dan tersusun.

Anda boleh menghabiskan waktu yang lama mencari kasut yang tidak disusun namun jika ada rak, lebih menjimatkan masa anda malah kehadiran perabot jenis ini dapat memberi nilai dekorasi pada ruang rumah anda.

Terdapat banyak idea organisasi kasut dan pilihan storan yang memastikan kasut diperkemas dan mudah dicari. Daripada laci, ke rak terbina dalam, atau ke rak plastik berlabel, di sini anda akan temui himpunan idea penyimpanan kasut yang lebih baik.

Sama ada anda menggunakan kit atau sistem almari, memilih almari tersuai atau mencipta idea almari DIY, penyimpanan kasut ini akan membantu apabila anda mencari kasut serta menjimatkan ruang.

Tips Pemilihan Rak Kasut

1. Pemilihan saiz rak kasut

Pilih saiz rak mengikut bilangan kasut. Jika anda yang mempunyai banyak kasut tetapi mempunyai ruang yang kecil boleh memilih rak jenis menegak ke atas namun jika mempunyai ruang yang besar anda boleh memilih yang jenis lebar. 

2. Pemilihan material

Rak untuk sepatu mempunyai pelbagai pilihan material seperti jenis kayu, rak jenis logam, dan rak jenis plastik.

3. Tempat letak rak kasut

Oleh kerana rak jenis plastik dan rak kayu tidak boleh diletakkan di bawah sinaran matahari langsung, ia mudah reput dan retak. Oleh itu, jika rak ini diletakkan di kawasan luar seperti balkoni, disyorkan untuk memilih rak jenis logam, yang mempunyai hayat perkhidmatan yang lebih lama.

Jika diletakkan di dalam rumah, anda boleh memilih rak jenis plastik atau rak jenis kayu.

4. Dekorasi ruang rumah

Rak yang dikhaskan sepenuhnya untuk kasut adalah cara terbaik untuk memaksimumkan ruang dan menjadikan kasut anda sebahagian daripada hiasan.

Rak dengan sisi terbuka dapat menyenangkan  anda melihat kasut anda dari mana-mana sudut. Anda boleh menggunakan sebarang helah lain dalam senarai ini juga, seperti pembahagi atau tindanan menegak untuk mencipta lebih banyak ruang.

Terdapat banyak gaya popular di pasaran sekarang seperti gaya moden, gaya pastoral, gaya pastoral Korea, dan lain-lain. Gaya memilih rak kasut harus konsisten dengan gaya keseluruhan rumah.

8 Rak Kasut Terbaik Moden

Ada pelbagai pilihan reka bentuk dan saiz rak moden yang boleh dipilih. Kami senarai pendekkan 8 rak kasut yang berbaloi untuk dimiliki, harga berpatutan dengan rekaan yang menarik.

[product-comparison-table title="Rak Kasut Terbaik Moden"]

Doorway Wooden Shoes Cabinet

Rak Kasut Terbaik 3 Dalam 1

Rak ni dapat berfungsi 3 dalam 1 kerana boleh dijadikan tempat simpanan kasut, barang dan tempat duduk.

Lebih memudahkan bila ada bangku duduk sekali, ketika hendak menyarung kasut, anda boleh duduk pada bahagian kusyen yang lembut di atasnya.

Rak ini diperbuat daripada bahan tahan lasak dengan struktur plat tebal, kukuh dan tahan lama malah boleh menampung berat beban sehingga 150kg.

Rekaan rak ini juga mempunyai fungsi loker storan dalaman untuk meletak stokin, dompet, kunci, buku dan lain-lain.

Apa yang kami suka :

  • Fungsi 3 dalam 1 bukan sekadar rak kasut.
  • Rekaan yang minimalis sesuai diletakkan di ruang yang kecil.
  • Mudah dibersihkan, material tahan panas.

Doorway Wooden Shoes Cabinet

dari DoDo

5/5
product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Loft Living ENYA 4 Door wooden shoe cabinet

Rak Kasut Terbaik Jenis Bertutup

Jika anda mempunyai jumlah kasut yang banyak, anda perlu memilik rak kasut seperti ini! Ada banyak ruang simpanan kasut disediakan namun rekaannya dapat menjimatkan ruang.

Rak jenis kayu ini bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi mampu memberi nilai dekorasi dalam hiasan di sesetengah ruangan.

Bahagian atas boleh dijadikan tempat untuk anda meletak barang perhiasan seperti pasu bunga dan dekorasi-dekorasi lain untuk menaikkan seri ruang. 

Apa yang kami suka :

  • Rak yang sesuai untuk ahli keluarga yang ramai.
  • Rak tertutup dapat melindungi kasut daripada habuk.
  • Pelbagai pilihan warna klasik mengikut perabot rumah.

Loft Living ENYA 4 Door wooden shoe cabinet

dari LOFTLIVING

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

OneStopShop Shoe Cabinet Multi-layer Shoes Rack

Rak Kasut Terbaik Jimat Ruang

Ruang dalam rumah dah terlalu terhad tetapi masih berkeinginan untuk membeli rak kasut. Jangan risau kerana ada rekaan rak kasut jenis jimat ruang seperti ini.

Nampak seperti besar namun jangan bimbang, tidak memakan ruang yang banyak, cukup untuk diletakkan di bahagian pintu masuk utama.

Kerana fungsinya yang praktikal, anda juga boleh menyimpan satu laci untuk meletakkan barangan lain.

Apa yang kami suka :

  • Ruangan kasut yang banyak
  • Fungsi pelbagai guna
  • Mudah dipasang
  • Nampak kemas
  • Kayu kukuh

OneStopShop Shoe Cabinet Multi-layer Shoes Rack

dari One Stop Shop

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Stainless Steel Shoes Rack

Rak Kasut Terbaik Jenis Besi

Dah tak cukup ruang nak letak rak sepatu dalam ruang, tidak mengapa kerana anda boleh letak di luar rumah juga namun pastikan beli rak kasut material stainless steel macam ni.

Tahan panas, tahan karat, dan takkan reput walaupun berada di luar rumah malah rekaan rak kasut yang ringkas, praktikal dan mempunyai ruangan yang banyak sememangnya menjadi pilihan ramai.

Apa yang kami suka :

  • Sesuai untuk orang bujang kerana rekaan yang ringkas.
  • Mudah untuk mengambil kasut kerana tidak mempunyai pintu.
  • Tahan lama dan tahan lasak.
  • Harganya lebih murah.

Stainless Steel Shoes Rack

dari HomeTime

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Bamboo Multi-Layer Shoe Cabinet

Rak Kasut Terbaik Untuk Dekorasi

Perabot yang bertemakan rekaan buluh semakin mendapat perhatian pengguna malah rekaan rak sepatu juga tidak terkecuali. 

Diperbuat daripada bahan buluh terpilih, buluh yang digunakan mempunyai jangka hayat lebih lima tahun di mana tempoh ini sudah cukup baik dengan harga yang ditawarkan.

Nampak seperti sukar untuk dipasang tetapi jangan risau mudah sahaja memasangnya kerana manual tersedia daripada pihak pengilang.

Apa yang kami suka :

  • Rekaan menarik untuk idea dekorasi.
  • Mampu memuatkan jumlah kasut yang banyak.
  • Jenis tertutup, kasut terlindung daripada habuk dan pencemaran.
  • Material tahan lama dan kukuh.

Bamboo Multi-Layer Shoe Cabinet

dari LuluMall

5/5
product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Shoe Rack Wooden Layered Partition

Rak Kasut Terbaik Saiz Besar

Rak sepatu ini boleh dikatakan sesuai untuk anda yang jenis inginkan perabot yang praktikal kerana rak jenis ini mampu memuatkan bilangan kasut yang banyak kerana rak sepatu ini berukuran 106 cm panjang dan lebar 70 cm yang mampu memuatkan sehingga 18 pasang kasut dewasa.

Jika anda merupakan pengumpul koleksi kasut berjenama rak ini boleh dijadikan tempat pameran kasut kerana pintunya yang telus dan nampak di bahagian dalam.

Apa yang kami suka :

  • Menggunakan material kayu buluh.
  • Tahan lama, tahan lasak.
  • Rekaan yang menarik sesuai untuk dekorasi pelbagai rumah.

Shoe Rack Wooden Layered Partition

dari Forest Home

5/5
product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

LULU 3/4/5/6 Tiers Wooden Shoe Rack Foldable

Rak Kasut Terbaik Boleh Lipat

Kalau anda jenis berpindah randah, kami cadangkan beli sahaja rak sepatu jenis lipat seperti ini. Saiznya pun tidak memakan ruang, mudah untuk diangkat sana sini, malah boleh letakkan kasut dalam jumlah yang banyak!

Rekaan seperti ini memang digemari orang bujang kerana minimalis. Harga pula tidak terlalu mahal cuma tak boleh letak di luar rumah kerana material kayu yang mudah reput kalau terkena cahaya matahari.

Apa yang kami suka :

  • Praktikal dengan fungsinya.
  • Mudah dipasang dan ditutup.
  • Muat untuk simpanan kasut yang banyak.

LULU 3/4/5/6 Tiers Wooden Shoe Rack Foldable

dari LuluMall

product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Stackable Shoe Box

Rak Kasut Terbaik Jenis Plastik

Rak plastik jenis ini menjadi pilihan untuk pengguna yang inginkan rak yag ringkas, mudah, jimat ruang serta berharga murah.

Setiap kali anda menambah koleksi kasut, anda boleh membeli rak tambahan kerana kotak kasut ini boleh dicantum antara satu sama lain untuk menjadi sebuah rak kasut yang besar.

Lagipun anda boleh lipat semula ketika melakukan pemindahan rumah, mudah sahaja untuk memasangnya.

Jangan risau, ruangan rak jenis plastik ini mampu menahan beban barang sehingga 10kg dan memuatkan sepasang kasut. Sangat sesuai bagi mereka yang sering mengumpul kasut untuk menyimpan kasut dalam kotak kasut ini. 

Apa yang kami suka :

  • Harganya yang murah
  • Boleh dibeli sedikit demi sedikit mengikut jumlah kasut yang dikumpul
  • Material ringan
  • Rekaan mudah alih

Stackable Shoe Box

dari SalvoMY

5/5
product imageBeli di Shopee
product imageBeli di Lazada

Perbandingan Harga Rak Kasut Terbaik

Jenama Harga
Doorway Wooden Shoes Cabinet RM48.00 - RM116.90
Loft Living ENYA 4 Door Wooden Shoe Cabinet RM149.00 - RM199.00
OneStopShop Shoe Cabinet Multi-layer Shoes Rack RM69.00 - RM79.00
Stainless Steel Shoes Rack RM19.99 - RM43.99
Bamboo Multi-Layer Shoe Cabinet RM78.00 - RM138.00
Shoe Rack Wooden Layered Partition RM69.00 - RM199.00
LULU 3/4/5/6 Tiers Wooden Shoe Rack Foldable RM17.90 - RM56.90
Stackable Shoe Box RM26.80 - RM94.80

Cara Penjagaan Kasut Yang Betul

Kasut diperbuat daripada material fabrik dan mudah rosak jika tidak dijaga dengan betul meskipun anda sudah meletakkan di dalam rak kasut. Berikut beberapa tip yang boleh diamalkan bagi mengelak kasut mudah rosak selain membantu penjagaan kesihatan kaki dengan kasut yang elok :

1. Jauhi tempat simpanan yang lembap dan mudah basah

Kasut yang terdedah dengan kelembapan tinggi dan tertutup mudah mengundang pembiakan kulat. Kulat membiak akan menyebabkan material seperti fabrik atau kulit mudah rosak.

Kaedah terbaik selain rak terletak di tempat yang memiliki pengudaraan baik dan sekali- sekala dijemur di tengah panas serta gunakan bahan yang dapat menyerap lembapan.

Antaranya adalah pek silika atau gel kasut. Jika tiada bahan penyerap udara lembap, gunakan surat khabar. Kaedahnya ialah sumbatkan kertas surat khabar dalam kasut. Tukar selang seminggu.

2.Kasut yang terkena kotoran dan air hujan dicuci atau dibilas

Ramai menyangkakan tidak mengapa jika kasut dipakai terkena air hujan. Sedangkan kandungan air hujan mengandungi kompoun asid yang boleh menjejaskan kualiti warna dan fabrik.

Kasut juga perlu dibilas dan dibasuh bagi memastikan keadaan dibasahi hujan tidak menjejaskannya.

Begitu juga ketika musim hujan dan terkena kotoran, biarpun kasut sudah kering keesokkan harinya namun masih perlu dicuci.

Lebih kerap terkena air hujan, rutin mencuci juga perlu kerap. Sebaiknya persiapkan dua pasang kasut bagi tujuan kerja atau rutin harian.

3.Hindari habuk

Kasut tersimpan lama tidak bermakna ia dalam keadaan baik setiap masa. Sebaiknya buka sekali-sekali atau dipakai untuk memastikan keadaan kasut dalam keadaan baik.

Kasut yang jarang dipakai juga lebih mudah rosak berbanding dengan kasut harian kerana tiada tekanan dikenakan pada tapak yang menjadi tempat kasut bercantum atau digam.

Keadaan lain bagi kasut yang simpan terlalu lama ialah dicemari habuk. Habuk boleh bertukar menjadi kotoran yang kental dan sukar dicuci menyebabkan tekstur serta material kasut juga terjejas.

Gunakan pengilat atau pencuci kasut bagi membersihkan kasut daripada kotoran habuk.

4.Gunakan pemegang kasut kasut

Bagi mengekalkan bentuk dan material, pemegang kasut khas boleh membantu. Jika di kedai terdapat alat pamer kasut khas bantu mengekalkan bentuk kasut supaya berterusan dalam keadaan baik.

Begitu juga di rumah, kasut untuk kekal dalam keadaan baik, perlu ada alat yang menyokong bentuknya.

5.Elak menyimpan dalam plastik

Kasut memerlukan pengudaraan yang baik. Meskipun pada awalnya bertujuan mengelakkan kasut kotor, tetapi dari sudut yang lain ia boleh menjejaskan kualiti kasut yang disimpan.

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga : Jangan Pilih Jenama Dan Reka Bentuk Semata-Mata, Ketahui Fungsi Kasut. Ini 8 Kasut Sukan Perempuan Terbaik Mengikut Keperluan Anda

Baca juga : Guna 2 Bahan Di Dapur Ini Untuk Mencuci, Kasut Putih Anda Kembali Seperti Baru!

Baca juga : Mencari Kasut Sekolah Baru Untuk Anak? Ini 5 Kasut Sekolah Hitam Dan Putih Terbaik Yang Selesa Dan Trendy!

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Nursyamimi

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 9 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • 8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

    8 Pencuci Wanita Terbaik Untuk Cegah Jangkitan Pada Miss V & Menjaga Kebersihan Diri

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham