Resepi Air Tembikai Laici Yang Mudah Dan Menyegarkan, Minuman Kegemaran Seisi Keluarga

lead image

Resepi air tembikai laici amat mudah 1) Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas 2) Tambah air laici tin dan letak ais

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang tak suka air tembikai, kan? Tambah pula bila digabungkan dengan laici, memang kombinasi yang sangat padu! Air tembikai laici ni bukan sahaja sedap, tapi juga sangat menyegarkan, terutama kalau diminum waktu cuaca panas terik.

Resepi Air Tembikai Laici

Bahan-Bahan Tembikai Laici

  • 1.0 kg tembikai ( ditimbang termasuk kulit )
  • 1 tin laici
  • 1 botol air lemon houseboom
  • Tak gunakan gula sebab dah cukup dah manis dari air-air ni semua.

Cara Buat Air Tembikai Laici

  1. Masuk tembikai dalam pengisar, letak air lemon, kisar dan tapis untuk buang sedikit hampas/buih.
  2. Lebih kurang 1/3 hampas untuk elak dari jus pekat bersalut. Tambah air laici tin dan boleh letak ais. Siap!

Tips Buat Air Tembikai Laici

  1. Pilih tembikai yang masak untuk mendapatkan rasa lebih manis dan menyegarkan

  2. Penambahan gula adalah pilihan sekiranya buah tembikai sudah cukup manis

  3. Bagi menambah variasi rasa, perah sedikit jus limau nipis untuk memberikan rasa masam manis yang menyegarkan

  4. Tambah biji selasih untuk meningkatkan tekstur dan rasa

Keistimewaan Air Tembikai Laici

  1. Mudah disediakan: Penyediaannya hanya mengambil masa kurang daripada 10 minit.

  2. Bahan-bahan mudah didapati: Tembikai dan laici boleh dibeli di pasar raya atau kedai berdekatan.

  3. Sesuai untuk pelbagai acara: Sama ada untuk majlis rasmi, rumah terbuka atau hidangan harian di rumah.

  4. Minuman yang sihat dan menyegarkan: Tembikai kaya dengan kandungan air dan vitamin manakala laici memberikan rasa manis semula jadi.

Cara Memilih Tembikai Yang Manis

Untuk memilih buah tembikai yang manis, berikut beberapa tips yang boleh membantu:

1. Cari Bahagian Kuning (Field Spot)

Pilih tembikai yang mempunyai bahagian bawah berwarna kuning pekat (bukan putih). Bahagian ini menunjukkan tempat buah tersebut berehat di tanah semasa masak. Semakin kuning, semakin lama ia matang dan biasanya lebih manis.

2. Ketuk Buah (Test Bunyi)

Ketuk tembikai dengan jari atau tangan. Jika bunyinya nyaring dan bergema, ia biasanya menunjukkan kandungan air yang tinggi dan buah lebih matang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Berat

Pilih tembikai yang terasa berat untuk saiznya. Ini bermakna ia mempunyai kandungan air yang banyak dan segar.

4. Tangkai

Lihat tangkai pada tembikai. Jika tangkainya kering dan kehitaman, ia menunjukkan buah tersebut sudah matang. Jika tangkai masih hijau, ia mungkin belum cukup masak.

5. Kulit

Pilih kulit tembikai yang licin, tiada retak, dan mempunyai corak jalur yang jelas. Kulit yang kusam (tidak berkilat) menandakan buah sudah matang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Bentuk

Tembikai yang berbentuk bulat biasanya lebih manis, manakala yang berbentuk lonjong cenderung lebih berair.

7. Elak Buah dengan Lubang atau Kerosakan

Lubang atau kerosakan pada buah mungkin menunjukkan masalah semasa pertumbuhan atau serangan serangga.

Kesimpulannya, air tembikai laici bukan sahaja mudah disediakan malah menawarkan rasa yang menyegarkan dan menyihatkan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ben Safwan

Baca juga: 15 Khasiat Tembikai Untuk Ibu Mengandung, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak!

Baca juga:  10 Cara Pilih Tembikai Manis & Juicy: Rahsianya Kena Tengok Jalur & Tangkai!

Baca juga: Buah Tembikai Sebagai Simbol Solidariti Palestin

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan