Ayam masak kicap antara menu makanan paling mudah untuk disediakan. Tapi untuk anak-anak mestilah ibu mencari resepi ayam masak kicap yang tak pedas kan?
Kali ini kami kongsikan resepi ayam masak kicap untuk ibu-ibu cuba di rumah. Mesti anak-anak suka kerana rasanya yang tidak pedas dan mesra kanak-kanak.
Bahan yang digunakan juga simple dan mudah didapati di maman-mana. Resepi yang ringkas ini mudah saja disediakan malah mengandungi protein yang cukup untuk tumbesaran anak-anak.
Isi Kandungan
Resepi ayam masak kicap tak pedas
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- Minyak(untuk goreng dan tumis kuah)
- Kunyit(untuk gaul ayam)
- Garam(untuk gaul ayam)
- Kicap lemak manis/manis
- Kicap pekat
- 3-4 sudu besar sos tiram
- 2-3 biji bawang besar
- 5-6 ulas bawang putih
- 2 1/2 inci halia
Hiasan:
- Bawang besar
- Daun Sup(jika ada)
Bahan kisar:
- Kisar hingga halus (bawang besar, bawang putih, halia)
Cara penyediaan:
- Gaul ayam dengan kunyit dan garam,kemudian goreng jangan terlalu garing nanti keras. Kemudian ketepikan
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga naik wangi masak hingga pecah minyak dengan api yang perlahan.
- Masukkan ayam digoreng tadi, sos tiram, kicap lemak manis.
- Gaul sekata, kemudian hiris bawang dan taburkan di atas ayam.
Ayam masak kicap manis
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 6 biji ubi kentang
- sos tiram secukupnya
- kicap manis kipas udang secukupnya
- 1 biji bawang besar
- garam
- kunyit serbuk
Bahan-bahan ditumbuk lumat:
- 4 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
Cara penyediaan:
- Potong ayam menjadi 12 bahagian dan lumur ayan dengan garam dan kunyit
- Goreng ayam hingga masak dan ketepikan
- Kupas ubi kentang dan goreng hingga masak. Ketepikan.
- Tumis bahan yang ditumbuk, apabila sudah naik minyak masukkan kicap dan ayam.
Masak kicap cara orang lama
Bahan-bahan:
- 5-6 ketul ayam segar
- 3 ulas bawang merah dan putih (ditumbuk halus)
- 1 inci halia (separuh tumbuk, separuh hiris)
- kicap lemak manis
- 1-2 sudu besar sos tiram
- bawang besar (dipotong labu)
- lada besar (dihiris)
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk iaitu bawang dan halia
- Gaul rata hingga naik bau dan sedikit garing
- Masukkan kicap lemak manis dan sos tiram. Sukatan kicapnya ikut kuah banyak mana
- Setelah mendidih, masukkan ayam segar dan biarkan hingga masak
- Garam secukup rasa
- Masukkan sekali bawang besar dan halia yang dihiris. Tak perlu hingga layu. Gaulkan rata dan hidang.
Selamat mencuba!
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 3 Resepi Ayam Goreng Berempah Tak Pedas, Anak-Anak Mesti Suka
Baca juga: Ayam Goreng Kunyit Kegemaran Ramai, Ini 5 Resepi Paling Mudah Dan Sedap Macam Makan Di Kedai
Baca juga: Variasi Resepi Sambal Ayam Penyet Homemade Sedap & Tahan Lama