Berbuka puasa bersama keluarga adalah momen yang sangat dirindui lebih-lebih lagi dulu ketika kita terpaksa “Stay At Home” atas alasan pandemik. Tahun ini ramai yang cuba “membalas dendam” semula untuk meraikan Ramadhan dengan sebaik mungkin bersama keluarga tersayang. Apa yang pasti, juadah dan minuman yang menyegarkan tidak akan lari dari meja makan setiap kali berbuka puasa contohnya seperti resepi cha bang ang ini.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Resepi cha bang ang viral yang mudah
Dengan konsep mudah, ringkas, dan lazat, minuman ini tentu sekali boleh membangkitkan selera dan melegakan dahaga setelah seharian berpuasa.
Resepi cha bang ang atau air aroikah yang viral dan mudah
Tidak perlu risau, semua bahan yang diperlukan amat mudah didapatkan di mana-mana pasar raya yang berdekatan. Dari segi kosnya juga sangat murah kerana hampir kesemua bahan-bahan ini ada di dapur anda.
Setiap orang pasti mampu untuk menyajikan minuman segar ini ketika berbuka puasa nanti. Hanya dengan mengikuti resepi cha bang aang yang telah dikongsikan oleh seorang blogger terkenal, Wani Sukarno.
Bahan-bahan
- 300 gram cincau manis (potong kiub kasar)
- 200 gram gula perang
- 250 gram air tapis (untuk dimasak dan dijadikan air gula perang)
- 10 gram @ 1 sudu biji selasih
- 250 gram air panas
- 400 ml susu segar full cream
- 400 ml @ 1 tin susu cair
- 5 sudu susu pekat manis
- Secubit garam halus
- 1 sudu teh esen vanilla
- 500 gram ais kiub (secukupnya)
Cara-cara penyediaan
- Pertamanya, bahan seperti gula perang, air, esen vanila haruslah disatukan terlebih dahulu ke dalam periuk. Kemudian, masak campuran kesemua bahan tadi dengan api sederhana hingga gula larut seluruhnya. Proses ini tidak mengambil masa yang lama, jadi pastikan anda selalu mengacaunya dengan senduk. Apabila anda lihat gula sudah larut, matikan api. Ketepikam lalu biarkan air gula sejuk.
- Dalam masa yang sama, biji selesih yang ingin anda gunakan itu perlu direndam di dalam air panas supaya ia kembang, tidak keras dan sedap apabila dimakan nanti.
- Seterusnya, siapkan satu bekas besar / jug lalu satukan semua bahan yang disediakan tadi seperti cincau manis, susu segar full cream, susu cair, secubit garam halus, dan biji selasih yang sudah kembang kecuali ais.
- Kacau sehingga rata dan ia sedia untuk dihidangkan.
- Tips untuk anda, ais lebih baik dimasukkan kedalam gelas berasingan daripada dicampur di dalam jug yang beiris air cha bang ang tadi. Ini untuk memastikan tekstur minuman tidak cair/tawar sebaliknya lazat, tulen, dan mengiurkan
- Tips untuk anda juga, sukatan 1 jug yang disarankan adalah bersamaan dengan 1 liter.
Bagaimana? Tidak susahkan untuk membuat minuman viral ini. Kalau dipasaran mungkin harganya RM 10 atau lebih bagi sebotol.
Tetapi dengan sedikit kerajinan dan resepi yang ringkas, kita boleh menghidangkannya dengan air tangan sendiri untuk keluarga tersayang ketika berbuka puasa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jom Cuba Resepi Air Mangga Ini, Bantu Mengekalkan Kesihatan Mata & Kulit Anak-Anak
Baca juga: 7 Resepi Minuman Berbuka Puasa Yang Sihat & Menyegarkan, #4 Paling Ramai Suka!