Resepi Crab Rangoon Viral Yang 'Teramat Sedap' & Confirm Menjadi!

Resepi crab rangoon menjadi tular dalam TikTok wajib dicuba di rumah kerana bahan yang digunakan sangat mudah dan rasanya sedap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap hari kebanyakan ibu buntu memikirkan menu masakan untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anak di rumah. Untuk sedikit kelainan, apa kata anda cuba resepi crab rangoon ini. Ia merupakan menu kudapan yang begitu sedap dan menjadi viral di TikTok!

Kebiasaannya, crab rangoon boleh dijumpai apabila anda berkunjung ke restoran Cina. Istimewanya ia menggunakan isi ketam dan krim keju. Disebabkan oleh saiz yang kecil, seorang mesti akan makan lebih daripada satu.

Resepi Crab Rangoon Viral

Bagi anda yang baru pertama kali ingin cuba buat di rumah, kami kongsikan tiga pilihan resepi crab rangoon versi mudah dan sedap.

Crab Rangoon Menggunakan Kulit Wantan

Bahan-bahan:

  • Cream Cheese
  • Crabstick
  • Daun bawang
  • Bawang putih
  • Minyak bijan
  • Garam
  • Kulit wantan halal (boleh didapati di kedai atau pasaraya berdekatan)

Cara buat crab rangoon:

    1. Hiris secara halus bawang putih, daun bawang dan isi ketam
    2. Masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama cream cheese. Masukkan sedikit garam.
    3. Seterusnya, ambil kulit wantan. Kepalkan inti yang digaul tadi dan masukkan ke dalam kulit wantan. Bentukkan.
    4. Setelah minyak panas, goreng kulit wantan tadi sehingga warna keemasan
    5. Sedia untuk dimakan bersama sos cili.

@amirulzikryyyyy Sedap teruk ya crab rangoon ni #crabrangoon ♬ UP – INNA

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Crab Rangoon Menggunakan Kulit Popia

Bahan-bahan:

  • 1 paket jejari ketam (crab filament) – hiris
  • 400 gram cream cheese
  • Cili padi secukupnya – hiris/cincang halus
  • 1 pokok daun bawang- hiris

*Satukan semua bahan dan gaul rata

Bahan kulit:

  • Kulit popia secukupnya – potong 4 jika kulit saiz besar
  • 1 biji putih telur

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Ambil sekeping kulit popia. Letakkan sesudu kecil inti. Sapukan putih telur di sekeliling kulit popia.
  2. Bentukkannya dan pastikan kulit melekat elok agar intinya tidak terkeluar semasa menggoreng.
  3. Ulang proses sehingga inti habis dibalut dengan kulit popia.
  4. Panaskan minyak dan goreng crab rangoon hingga keperangan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos pilihan.

Resepi Rangoon Crab Tanpa Krim Keju

Jika anda atau anak-anak tidak sukakan rasa krim keju, boleh gantikannya dengan mayonis. Rasanya tetap sedap!

Bahan-bahan (Kulit):

  • 1 paket kulit wantan
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh bersama 2 sudu besar air dijadikan gam

Bahan-bahan (Inti):

  • 10 jejari ketam disiat-siatkan
  • 2 sudu besar mayonis
  • 2 tangkai daun bawang dihiris halus
  • lada sulah dan garam secukup rasa

Gaulkan semua bahan sehingga mesra dan ketepikan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara penyediaan:

  1. Masukkan inti ke dalam kulit wantan, sapukan bancuhan tepung jagung dan lipat tiga segi.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan, angkat dan tos minyak.
  3. Hidang bersama sos cili atau sos tomato.

Resepi Sos Crab Rangoon- Thai sweet sauce

Rasanya yang masam manis dan tidak terlalu pedas menjadikan sos cili pencicah thai kegemaran ramai termasuklah anak-anak.  

Sebagai pelengkap kepada menu kudapan ini, anda boleh buat sendiri sos crab rangoon yang begitu mudah hanya menggunakan beberapa bahan sahaja.

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan air
  • 1/4 cawan cuka
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
  2. Masak bahan yang dikisar tersebut dengan api yang sederhana.
  3. Apabila mula mendidih, tambah air tepung jagung dan kacau sehingga ia masak dan kelihatan likat.
  4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.

Asal Usul Makanan Crab Rangoon

Baru-baru ini resipi ketam rangoon menjadi popular dalam media sosial. Sekali pandang, bentuk crab rangoon mirip dengan dumpling (ladu) goreng.

Namun bezanya inti crab rangoon ini diperbuat daripada campuran crabstick dengan cream cheese yang dibalut dengan kulit ladu. Makanan ini dimasak dengan cara digoreng.

Bagi mengetahui asal usul makanan ini, ia diambil daripada nama ketam rangoon berasal dari salah satu wilayah di Myanmar iaitu Rangoon (Yangon).

Nama itu diambil kerana Myanmar mempunyai pengaruh gastronomi di China, dan kedua-dua negara juga berkongsi sempadan di tanah besar. Selain faktor geografi, nama “Rangoon” diambil kerana sebutan namanya dianggap mudah untuk penutur asli bahasa Inggeris untuk menyebutnya.

Crab rangoon ialah hidangan Cina-Amerika yang disajikan di restoran makanan Cina . Komponen yang digunakan untuk membuat hidangan ini telah dicipta di New York pada akhir abad ke-19.

Ia merupakan salah satu hidangan yang telah diubah suai oleh pengurus restoran makanan Cina di Amerika. Kewujudan crab rangoon recipe di Amerika ketika itu selari dengan populariti krim keju sebagai makanan ruji dalam masakan pada tahun 1940-an dan 1950-an.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketam rangoon di Amerika biasanya dihidangkan dengan tambahan keju krim sebagai inti.

Perbezaan Antara Rangoon Crab Myanmar Dan Amerika

Di Myanmar, tempat rangoon ketam Victor ditemui, menggunakan daging ketam sebenar. Selain itu, ia menggunakan tambahan keju krim, sos manis dan pedas dari England.

Sementara itu, rangoon ketam yang dihidangkan oleh restoran makanan Cina di Amerika menggunakan crabstick, sos ketam, dan keju krim.

Kosnya jauh lebih murah daripada isi ketam sebenar. Bukan itu sahaja, krim keju yang digunakan di Amerika rasanya lebih manis berbanding di Myanmar.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Versi Resepi Bubur Asyura Yang Unik & Sedap Mengikut Negeri, Anak Kecil Pun Boleh Makan!

Baca juga:  Resepi Pengat Durian Yang Sedap & Berlemak, Sesuai Jadikan Pencuci Mulut Ketika Raya

Baca juga: Resepi Donut Susu Homemade Yang Gebu Ikut Cara Azlina Ina, Jadi Kesukaan Anak-Anak