X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Bubur Asyura Yang Unik & Sedap Mengikut Negeri, Anak Kecil Pun Boleh Makan!

6 min bacaan
Resepi Bubur Asyura Yang Unik & Sedap Mengikut Negeri, Anak Kecil Pun Boleh Makan!

Resepi bubur asyura adalah berbeza mengikut negeri kerana bahan-bahan yang digunakan dan cara memasak juga berlainan

Bubur asyura sangat sinonim dengan bulan Muharram. Kebanyakan masyarakat Melayu menyambut bulan ini dengan mengadakan gotong-royong untuk jamuan bubur asyura. Justeru adalah penting untuk anda mengetahui resepi bubur asyura jika ingin buat sendiri di rumah.

Bubur asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ia juga dikenali sebagai sugha.

Variasi resepi bubur asyura mengikut negeri

Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.

#1. Resepi bubur asyura Utara

asyura utara

Resipi bubur asyura utara dikatakan lebih ringkas dan mudah. Ia merupakan bubur yang dihasilkan daripada campuran beras, pelbagai jenis kacang, daging dan sebagainya.

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung berus
  • 2 cawan kacang kuda
  • 2 cawan kacang hijau
  • 2 cawan kacang tanah
  • 1 tin jagung
  • 1 biji ubi keledek
  • 1/2 cawan air halia dan lengkuas yang dikisar (tapis)
  • 10 cawan santan
  • 3/4 cawan gula putih
  • 6 keping gula melaka
  • 1 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

  1. Rendam semua jenis kekacang semalaman bagi membolehkan ia cepat empuk
  2. Rebus semua jenis kacang sampai empuk. Potong dadu ibu keledek, rebus sampai empuk
  3. Bancuh tepung dengan air sampai cair. Panaskan kuali, masukkan santan, tepung yang dibancuh tadi. Kemudian masukkan gula putih dan gula melaka
  4. Masukkan semua kacang dan jagung. Kacau dan masukkan keledek. Perasakan dengan garam
  5. Kacau hingga bubur asyura nampak berkilat dan tuang ke dalam bekas. Potong bila dah sejuk

#2. Bubur asyura Johor

Gaya memasak bubur asyura di negeri Pahang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor adalah sama seperti bubur lambuk. Di dalamnya ada campuran daging, bijirin, lobak merah dan jagung.

asyura johor

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras
  • Setengah kilo sayuran campur (mixed vegetables)
  • Setengah kilo daging 
  • Air rebusan daging
  • 4 sekawan
  • 2 sup bunjut
  • 3 senduk kecil penuh rempah sup atau kurma atau beriani
  • Kacang kuda atau jenis kacang yang lain
  • Ubi kentang (jika suka)
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Setengah kotak santan

Bahan kisar:

  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang kecil
  • 1 inci halia

Cara memasak:

  1. Rebus daging hingga empuk, hiris kecil-kecil dan airnya jangan dibuang
  2. Tumis bahan kisar bersama 4 sekawan dan rempah hingga naik bau
  3. Tuang beras ke dalam bahan tumisan, masukkan sup bunjut. Kemudian tambahkan air rebusan daging, masak hingga mendidih dan pekat. Sentiasa kacau-kacau.
  4. Masukkan sayur campur dan hirisan daging. Kacau hingga nasi bertukar jadi bubur, letakkan kiub ayam, daging dan garam secukup rasa. Sedia dihidang dengan telur, daun sup, bawang goreng serta kacang tanah

#3. Bubur asyura Kelantan

asyura kelantan

Bubur asyura kelantan memerlukan masa yang begitu lama untuk masak. Sebab itulah di kampung-kampung, mereka akan sepakat buat gotong-royong. Biasanya jika bermula jam 8 pagi, lebih kurang jam 6.30 petang barulah siap.

Bahan-bahan:

Bahan A:
  • 1 kg beras
  • 1/2 kg kacang hijau
  • 4 biji telur - opsyenal
  • Air secukupnya - termasuk air rebusan daging
Bahan B:
  • 150 gram kacang merah - boleh tambah
  • 6 tongkol jagung - saya guna 3
  • 2 biji ubi keledek - potong dadu
Bahan C:
  • 1 1/2 biji kelapa - 1500 ml santan
  • 200 gram rempah asyura
Bahan D:
  • 1 kg daging - kalau 1 1/2 kg lagi sedap
  • 1 1/2 - 2 sudu besar garam kasar
  • 6 cawan gula - ikut suka manis
  • 1 sudu besar gula apong - opsyenal
  • 2 keping gula melaka 
Bahan goreng & kisar:
  • 14 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 batang serai
  • 1 inci halia
  • 4 hiris lengkuas

Cara penyediaan:

  1. Rebus daging hingga masak dan carikkan halus. Goreng bahan kisar dengan sedikit minyak. Kemudian kisar hingga hancur dan masukkan ke dalam kuali
  2. Masukkan santan dan rempah asyura bersama bahan kisar. Kacau hingga naik minyak muda. Tutup api dan ketepikan
  3. Masak beras dengan kacang hijau dengan air secukupnya sehingga beras menjadi bubur. Setelah nasi menjadi bubur, masukkan kacang merah dan kacang putih (jika guna), jagung dan ubi keledek
  4. Masukkan rempah yang dimasak di atas, gula, gula Melaka dan garam. Kacau rata. 
  5. Masukkan daging dan telur. Kacau rata sehingga pekat dan berat. Bila dah naik minyak dan warnanya berkilat, boleh tutup api dan tuang asyura ke dalam loyang yang dilapik daun pisang.

#4. Bubur asyura Terengganu

resepi bubur asyura terengganu

  • 1kg beras
  • 250g kacang hijau
  • 1/2kg ubi keledek
  •  1kg daging
  •  1 ekor ayam - dipotong kecil
  • 2kg santan
  • 250g kerisik
  • 6 sudu  rempah asyura
  • 1/2kg dijadikan bawang goreng
  • 1kg gula
  • Garam secukup rasa

Bahan dikisar:

  • 1/2kg bawang merah 
  • 5 batang serai
  • 5 cm halia
  • 5 ulas bawang putih

Bahan hiasan:

  • kelapa goreng
  • isi ikan  - hancurkan
  • telur dadar  - hiriskan

Cara penyediaan:

  1. Rebus beras, kacang, keledek,daging dan ayam dalam periuk sehingga lembut dan hancur.
  2. Masukkan bahan dikisar ke dalam rebusan beras dan daging tadi.
  3. Masukkan rempah, kerisik, bawang goreng dan santan.
  4. Masukkan gula dan garam. Kacau sehingga rata dan pekat. Biasanya dalam 3jam.
  5. Apabila siap, tuang di dalam bekas dan tabur bahan hiasan di atas bubur asyura.
  6. Biarkan sejuk seketika sebelum dihidang supaya mudah dipotong.
  7. Kalau nak sedap lagi simpan dalam peti ais dahulu. Selamat mencuba!

#5. Bubur asyura Perak

bubur asyura perak

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung beras
  • 1kg gula pasir
  • ½kg gula merah (masak dan ditapis)
  • ½kg kacang kuda (direbus)
  • 1kg kacang hijau (direbus)
  • ½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
  • 2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
  • 2kg pisang
  • 3 tongkol jagung segar
  • 1kg pati santan
  • Garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan

Cara penyediaan:

  1. Bancuh tepung beras bersama 7 liter mair,kacau di atas api.
    Masukkan pati santan dan daun pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
  2. Masukkan gula pasir,gula merah dan garam.
  3. Masukkan kacang hijau,kacang kuda, jagung dan keledek.
  4. Masukkan kesemua bahan yang lain dan kacau sehingga masak.
  5. Bila sudah masak tuang ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Nota: boleh dimasukan isi durian, rasanya lagi bertambah sedap. Selamat mencuba!

Rohani Ahmad, Makan Sedap Johor, Azie Kitchen, Cara Resepi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Kek Batik Yang Mudah & Sedap, Menu Kudapan Petang Favourite Anak-Anak Di Rumah

Baca juga: Resepi Donut Susu Homemade Yang Gebu Ikut Cara Azlina Ina, Jadi Kesukaan Anak-Anak

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Bayi Juga Perlukan Snek! Ini Antara Yang Ibu Ayah Boleh Cuba, Jangan Risau Ia Dijamin HALAL & Cukup Lazat!
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Tips untuk Ibu Sibuk: 5 Cara Mudah untuk Sediakan Sarapan Berkhasiat
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Baca juga:  Step By Step Resepi Durian Crepe Gemuk & Berkrim, Makan Sejuk-Sejuk Memang Sedap!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Hidangan
  • /
  • Resepi Bubur Asyura Yang Unik & Sedap Mengikut Negeri, Anak Kecil Pun Boleh Makan!
Kongsikan:
  • Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

    Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

  • Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

    Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

  • Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

    Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

  • Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

    Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat- Sesuai Dinikmati Dengan Nasi Atau Roti

  • Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

    Resepi Ayam Masak Merah Yang Sedap & Berkilat, Menu Kesukaan Anak-Anak Di Rumah

  • Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

    Resepi Makanan Bayi 11 Bulan Yang Lazat & Menarik, Anak Yang Susah Makan Mesti Suka!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.