Resepi Karipap Pusing Rangup & Rapuh, Hanya Guna 3 Bahan Yang Mudah! Nak Terus Goreng Boleh, Nak Frozen Pun Boleh

Selalu sangat buat karipap biasa, kan. Kali ini apa kata tukar selera dengan resepi karipap pusing untuk anda cuba di rumah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang tidak suka karipap, pasti ramai yang sudah mencuba resepi karipap berkali-kali. Kalau dapat buat karipap pusing lagi sedap kerana rasa kulitnya lebih rangup dan sedap dari karipap biasa.

Ada orang ingat renyah nak membuatnya,  padahal tidaklah sesusah mana. Rupanya ada cara yang mudah untuk menghasilkan kulit karipap pusing ini menggunakan bahan yang ringkas. Tak perlu cairkan marjerin atau panaskan minyak tetapi hasil kelimnya masih kemas dan cantik. 

Ikut sahaja satu persatu langkah membuat karipap pusing yang dikongsikan oleh Kencana Melor menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), yang menjadikan resepi karipap ini sebagai rujukan untuk jualan sampingan. 

Resepi karipap pusing yang mudah tapi sedap

Resepi karipap pusing yang mudah tapi sedap! Bahan-bahan pun sangat ringkas. Tak perlu carikan majerin atau panaskan minyak
 
Cara-caranya ada dibawah bawah. Lain orang lain caranya, macam saya dah bermacam resepi yang cuba dan buat tetapi tak menjadi. Akhirnya, saya buat sendiri. 
 
Alhamdulillah, dah menjadi kerja sampingan saya seorang suri rumah. Sekarang saya kongsikan untuk sahabat sekalian, lebih kurang minta dihalalkan.
 
Apa yang baik itu dari Alllah SWT dan yang kurang itu dari saya. Ilmu dan seni masakan itu luas. Semoga bermanfaat. 

Bahan-bahan untuk doh marjerin:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 sudu besar marjerin

Bahan-bahan untuk doh gandum: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 3 cawan tepung gandum
  • Air secukupnya

Cara penyediaan doh karipap pusing:

  1. Sebatikan bahan untuk membuat doh marjerin hingga menjadi doh yang tak lembik dan tak keras. Sedang-sedang sahaja. Ketepikan.
  2. Sebatikan pula bahan untuk doh gandum dan uli menjadi doh.Ketepikan.
  3. Bahagikan kedua-dua doh kepada dua bahagian. 
  4. Kemudian, doh gandum dileperkan dan letak doh majerin atas doh gandum. Balutkan. 
  5. Gelekkan dengan pencanai hingga menjadi satu kepingan leper. Gulungkan dan potong kepada dua bahagian.
  6. Ambil bahagian doh yang dipotong tadi, kemudian gelek atau canaikan sehingga menjadi lebih leper.
  7. Gulungkan doh sekali lagi dan potong doh tersebut jangan terlalu tebal atau jangan nipis. Agak sedang sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara penyediaan membentuk karipap pusing:

  1. Ambil satu potongan doh yang telah dipotong nipis tadi. Nampak tak yang terjurai dari gulungan. Bahagian itu sebagai lapik bahagian bawah supaya inti tak keluar.
  2. Kemaskan sebelum digelekkan. 
  3. Pusing belakang ke depan dan letakkan inti kesukaan.
  4. Kelim dengan kemas sehingga nampak pusar yang cantik.
  5. Siap untuk digoreng. Lebihan boleh dibuat frozen dengan cara goreng separa masak sebelum disimpan dalam peti sejuk beku. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Minum Petang Dengan Kuih Pasti Nikmat! Boleh Cuba Resepi Donut Gebu Mudah Guna Cawan Sahaja Ini Di Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Resepi Kuih Tepung Pelita Sedap Sukatan Cawan, Penuh Rasa Berlemak & Harum Pandan

Baca juga: Paling Nikmat Apabila Dapat Menjamah Kuih Talam Ketika Minum Petang. Ini Resepi Paling Mudah Dan Sedap Boleh Cuba Di Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah