TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Kuah Kacang Khairulaming Pekat, Beraroma Dan Sedap Untuk Sate, Ketupat Dan Nasi Impit!

2 min bacaan
Resepi Kuah Kacang Khairulaming Pekat, Beraroma Dan Sedap Untuk Sate, Ketupat Dan Nasi Impit!

Resepi kuah kacang khairulaming yang pekat, lemak berkrim dan penuh rasa! Mudah disediakan dengan bahan ringkas, jom cuba!

Kuah kacang merupakan hidangan tradisional yang sering menjadi pelengkap kepada juadah hari raya seperti satay, nasi impit dan lontong. Keenakan kuah kacang terletak pada keseimbangan rasa lemak, manis dan pedas yang memikat selera. Kami kongsikan resepi kuah kacang Khairulaming yang mudah dan lazat, sesuai untuk dicuba di rumah.

Resepi Kuah Kacang Khairulaming Sedap dan Pekat

Bahan-bahan:

  • 3 cawan serbuk kacang
  • 3 cawan santan pekat (atau 1 ½ kotak kecil, kira-kira 300g)
  • 2 biji bawang besar – dikisar
  • 6 ulas bawang merah – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 4 batang serai – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar
  • 1 inci lengkuas – dikisar
  • 1 senduk cili kering kisar (boleh tambah jika mahu lebih pedas)
  • 1 sudu pekat air asam jawa
  • 4 cawan air
  • 3 batang serai – dipotong dua dan diketuk
  • Secubit belacan atau 1 sudu makan udang kering – dikisar halus (jika suka, boleh masukkan semasa menumis)
  • Garam dan gula secukup rasa (untuk kuah kacang yang lebih gelap, boleh guna gula merah)

Untuk rasa lebih sedap, boleh masukkan seketul isi pokok cekur dan kisar bersama lengkuas.

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan biarkan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk kacang dan kacau rata. Kemudian, tuangkan air hingga menenggelamkan kacang (kira-kira ¾ periuk). Biarkan masak dengan api sederhana besar.
  4. Kacau sekali-sekala kerana proses memasak mengambil masa agak lama. Untuk rasa yang lebih sedap, biarkan kuah merenih lama sehingga bertukar warna menjadi merah tua, pekat, dan pecah minyak.
  5. Apabila kuah sudah agak pekat, masukkan air asam jawa, garam, gula, belacan, dan serai yang diketuk. Seterusnya, masukkan santan dan kecilkan api. Kacau perlahan hingga semua bahan sebati dan kuah menjadi lebih kental.
  6. Untuk rasa lebih istimewa, boleh tambah secubit serbuk ketumbar dan jintan manis sebelum mengangkat kuah.

Siap! Kuah kacang khairulaming yang pekat, beraroma dan sedap untuk dinikmati bersama sate, ketupat atau nasi impit.

Facebook Khairulaming

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Buat Nasi Impit Guna Cara Lama, Tak Keras, Tak Lembik & Tahan Lebih Lama

Baca juga: Ketupat Palas Lemak Yang Enak & Lembut Untuk Raya, Ini Cara Penyediannya (VIDEO)

Baca juga: Resepi Kuah Lodeh Yang Simple & Mudah, Sedap Dimakan Dengan Lontong Atau Nasi Impit

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Kuah Kacang Khairulaming Pekat, Beraroma Dan Sedap Untuk Sate, Ketupat Dan Nasi Impit!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham