X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Buat Nasi Impit Guna Cara Lama, Tak Keras, Tak Lembik & Tahan Lebih Lama

4 min bacaan
Cara Buat Nasi Impit Guna Cara Lama, Tak Keras, Tak Lembik & Tahan Lebih Lama

Nasi impit bukan hanya boleh makan masa raya saja, macam-macam variasi resepi lain yang boleh buat dengan nasi impit. Ini cara buatnya.

Nasi impit atau nasi kapit merupakan nasi yang ditekan atau dilenyek menjadi bentuk ketulan bes sebelum dipotong kepada bentuk segi empat.

Selalunya menjelang musim perayaan, kebanyakan orang mencari-cari nasi impit segera. Mudah sangat, tinggal basuh dan rebus sahaja. Tetapi, ada masanya bila dah terlebih rajin, sebenarnya lagi seronok rasanya kalau buat sendiri nasi impit  di rumah. Lebih-lebih lagi bahannya cukup mudah untuk disediakan.

Walau bagaimanapun, kalau ia dibiarkan di luar mesti sekejap je dah basi, berair dan terasa lain. Kenapa agaknya ya?

Kali ini kami kongsikan beberapa tips supaya nasi impit yang dimasak kekal sedap dan tahan lebih lama berserta resepi ringkas menggunakan dua kaedah dengan cara lama dan menggunakan periuk tekanan tinggi.

Isi Kandungan

  • Tips supaya nasi impit tahan lebih lama 
  • Cara membuat nasi impit tak keras dan tak lembik

Tips supaya nasi impit tahan lebih lama 

1. Basuh beras sehingga bersih

Beras perlu dibasuh banyak kali sehingga betul-betul bersih supaya nasi tidak mudah basi. Jika anda menggunakan nasi impit instant, basuh beras 4-5 kali sehingga air basuhan kelihatan jernih. 

2. Tambah garam semasa merebus

Cara ini paling mudah untuk mengelakkan nasi jadi cepat basi. Tambahkan sedikit sahaja garam ke dalam air rebusan. 

3. Letakkan asam gelugur atau limau kasturi 

Anda boleh tambahkan 2-3 keping asam gelugur atau asam keping semasa merebus. Atau, gantikan dengan hirisan limau kasturi.

4. Rebus dalam tempoh yang lama

Cara Buat Nasi Impit Guna Cara Lama, Tak Keras, Tak Lembik & Tahan Lebih Lama

Sama seperti memasak rendang, pastikan anda merebus nasi kapit dalam tempoh yang lama supaya ia dimasak elok dan tidak keras.

5. Toskan hingga kering

Setelah siap dimasak, angkat dan toskan sehingga air betul-betul kering. Lebihan air akan membuatkan nasi impit berair dan mudah rosak. Jadi, pastikan anda biarkan sehingga sejuk atau pada suhu bilik sebelum memotongnya.

6. Potong bila perlu

Kalau nak makan baru potong. Elakkan memotong terlalu banyak sehingga tidak termakan. Ia akan menyebabkan lebihan nasi dipotong mudah berair dan cepat basi. 

7. Simpan dalam sejuk beku

Untuk memastikan nasi kapit kekal lama dan tahan berhari-hari, simpan dalam bekas kedap udara sebelum diletakkan dalam ruangan sejuk beku. Senang, kan?

Cara membuat nasi impit tak keras dan tak lembik

Cara Buat Nasi Impit Guna Cara Lama, Tak Keras, Tak Lembik & Tahan Lebih Lama

Berikut merupakan cara-cara membuat nasi impit menggunakan cara lama.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras biasa
  • 10 cawan air
  • 2 sudu teh garam
  • Daun pandan

Cara penyediaan: 

  1. Basuh beras dan masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam periuk untuk dimasak.
  2. Setelah nasi mula kering, kacau sentiasa sambil dilenyek supaya nasi hancur.
  3. Guna api perlahan dan bila nasi kelihatan hampir kering, terus kacau lagi.
  4. Kacau nasi setiap 10 minit sehinggalah nasi betul-betul kering. Masak nasi impit cara ni kena dikacau banyak kali supaya nasi impit yang terhasil akan menjadi cantik dan lembut.
  5. Setelah siap, padamkan api.
  6. Teruskan melenyek nasi menggunakan sudip atau belakang botol yang bersih sehingga nasi betul-betul hancur dan lembut. Lakukan berkali-kali.
  7. Masukkan nasi ke dalam bekas atau loyang dan ratakan. Ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
  8. Tekan-tekan nasi supaya mampat dengan menggunakan plastik yang disapu minyak tadi.
  9. Biarkan nasi impit betul-betul sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong. Lebih bagus jika dibiarkan semalaman.

Kalau nak nasi impit betul-betul mampat, tindihkan nasi impit dengan benda berat seperti lesung batu.

Untuk lebih mudah, gunakan periuk tekanan tinggi untuk menjimatkan masa memasak dalam masa yang sama boleh mendapatkan hasil yang sama seperti cara di atas.

Cara Buat Nasi Impit Guna Cara Lama, Tak Keras, Tak Lembik & Tahan Lebih Lama

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras siam
  • 9 cawan air
  • 2 sudu minyak masak
  • Daun pandan 
  • Sedikit garam 

Jika menggunakan beras tempatan. Nisbahnya adalah 1:3 daripada sukatan asal

Cara penyediaan: 

  1. Basuh beras dan masukkan air, minyak masak, garam dan daun pandan ke dalam periuk Noxxa.
  2. Tekan mod HP dan pilih tetapan masa selama 30 minit.
  3. Apabila siap dimasak, masukkan ke dalam bekas kedap udara.
  4. Tekan-tekan nasi sehingga menjadi mampat elok. 

Selamat mencuba!

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

 

Faridah Deris , Hasrul Hassan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Nasi Beriani Mamak Mudah & Sedap, Menggunakan Sedikit Bahan Sahaja!

Baca juga: Tak Perlu Tunggu Kenduri Nak Makan Nasi Minyak, Cuba Resepi Nasi Minyak Yang Mudah Ini!

Baca juga: Resepi Nasi Lemak Yang Lengkap Dengan Sambal & Ikan Bilis Rangup, Sedap Macam Beli

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Cara Buat Nasi Impit Guna Cara Lama, Tak Keras, Tak Lembik & Tahan Lebih Lama
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham