Resepi Jajan Sedap & Rangup Berasaskan Makaroni, Guna Satu Bahan Boleh Jadi 5 Perisa!

Resepi kudapan atau snek sihat boleh dibuat di rumah sahaja. Memandangkan sekarang tempoh PKP, apa kata ibu semak idea snek berasaskan makaroni ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mana-mana kedai runcit atau pasaraya pastinya menjual pelbagai jenis jajan dengan variasi warna dan perisa. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan ibu ayah risau akan kandungan bahan yang digunakan tidak baik untuk perkembangan si manja. Justeru apa kata anda cuba beberapa resepi kudapan ringan yang mudah dan sedap ini!

Apabila bercakap mengenai bab pemakanan anak-anak, sudah tentu anda berusaha memberikan yang terbaik buat mereka, termasuklah menyediakan sendiri makanan dari rumah. Walau bagaimanapun, ia memerlukan daya kreativiti ibu-ibu dalam memikat selera anak 

Baca juga: Resepi Minuman Probiotik Ala Vitagen Guna 2 Bahan Jer, Sedap & Sesuai Untuk Anak Kecil!

Resepi kudapan ringan yang mudah dan sedap untuk anak-anak

Memandangkan kerajaan telah mengisytiharkan penutupan sekolah di negeri-negeri di bawah senarai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah.

Sudah tentu mereka cenderung untuk masuk ke dapur atau buka dan tutup peti kerana mulut ingin sentiasa mengunyah. Daripada ibu memberikan jajan yang dibeli dari kedai, apa kata anda buat sendiri bersama anak-anak di rumah.

Menurut perkongsian oleh seorang ibu, Sweets Niesah dia mengolah resepi kudapan menggunakan bahan asas makaroni dengan pilihan perisa yang menarik dan menjimatkan wang.

Saya kongsi resepi cara buat jajan musim cuti PKP 2.0, satu bahan jadi lima perasa iaitu makaroni cheese, makaroni snow nestum, makaroni batang buruk, makaroni celup coklat nestum dan makaroni sirai cabai.

Bolehlah menikmatinya sambil menonton televisyen dengan anak-anak di rumah.

Bahan utama: makaroni 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Rendam terlebih dahulu makaroni selama 45 minit menggunakan air paip, jangan kurang dari tempoh ini, nanti ia keras
  • Toskan dan gaul dengan sedikit garam
  • Kemudian goreng. Pastikan minyak banyak semasa menggoreng, api jangan terlalu kuat nanti masak secara mengejut. Guna api perlahan sahaja

#1. Makaroni dengan perisa keju

  • 4 sudu besar serbuk keju (boleh beli di kedai bakeri)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar serbuk cili

#2. Makaroni celup coklat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 100g coklat masakan (saya guna jenama Beryl’s dark compound yang coin)
  • Cairkan coklat menggunakan kaedah double boil
  • Untuk salutan, guna nestum original

Apabila sudah siap celup dan freezekan sekejap dalam masa 3 minit untuk bagi cepat keras coklat tu, susun dalam pinggan dahulu sebelum masukkannya ke dalam balang.

#3. Makaroni batang buruk

  • 6 sudu besar serbuk kacang hijau
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar susu tepung (saya guna susu anak)

Caranya adalah dengan kisarkan kesemua bahan dan salutkan dengan sekata ke atas makaroni. Anda boleh gandakan sukatan ini jika buat dalam kuantiti yang banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Makaroni snow nestum

  • 4 sudu besar nestum original
  •  2 sudu besar susu tepung 
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula

Caranya adalah dengan kisar semua bahan ini dan masukkan ke dalam makaroni yang telah ditoskan tadi. Gandakan sukatan jika anda buat banyak.

#5. Makaroni sira cabai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bawang putih 2 ulas
  • Bawang merah 2 ulas
  • 4 senduk kecil cili kisar dicampur dengan air asam jawa masa blend
  • 2 sudu besar gula, garam, serbuk cukup rasa
  • 2 gelas air
  • Daun kari
  • Bijan putih

Caranya adalah dengan tumis dahulu bawang dengan daun kari sehingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan cili kisar, air, garam, gula dan serbuk perasa.

Tumis kesemua bahan ini sehingga ia kering dan pekat. Kemudian, barulah anda masukkan makaroni dan bijan putih. Kacau sehingga sekata dan sedia untuk dihidang!

Kesimpulannya, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Apabila ada waktu terluang, bolehlah ibu mencuba resepi ini kerana ia amat mudah dan bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak.

Bila lagi ingin mengeratkan hubungan dengan anak-anak di rumah? Waktu inilah yang paling sesuai. Air tangan ibu tidak dapat menandingi mana-mana masakan tersedap di dunia ini.

Sumber: Viral Muafakat Johor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Kerap Lapar Sepanjang PKP? Ibu Jom Cuba Resepi Sihat Crispy Chicken Finger

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan