Kuih Kasturi atau kuih kacang hijau adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di Malaysia. Rasa manis dari inti kacang hijau yang lembut digabungkan dengan kulit luar yang rangup membuatkan kuih ini digemari ramai.
Isi Kandungan
Resepi Kuih Kasturi Rangup & Tak Berminyak
Bahan Kuih Kasturi
- 200 gr kacang hijau
- 3/4 cawan gula pasir
- 1/2 cawan kelapa parut
- 1/2 sudu teh garam
- 1/4 cawan tepung gandum
- Basuh dan rendam kacang hijau semalaman. Toskan airnya dan bilas.
- Kemudian masukkan ke dalam periuk (seelokknya dalam periuk non-stick) dengan air secukupnya. Rebus hingga empuk, tambahkan sedikit lagi air dan terus merebus hingga kacang lembut.
- Bila air hampir kering, masukkan gula, kelapa parut, tepung gandum dan garam. Kacau sentiasa hingga sebati dan kering.
- Tutup api dapur dan biarkan suam. Ambil sedikit adunan bentukkan bulat dan leperkan.
Bahan Salut Kuih Kasturi
- 1 cawan tepung beras
- 1 biji telur
- 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu makan air kapur
- Garam
- Air sejuk secukupnya
Cara Buat Kuih Kasturi
-
- Campurkan kesemua bahan di atas kedalam mangkuk sambil tuangkan air sedikit demi sedikit.
- Jangan terlampau pekat, refer video.
- Panaskan minyak kedalam kuali.
- Celup kuih tadi ke dalam adunan dan goreng hingga garing.
- Kalau nak simpan dalam peti sejuk beku, goreng setengah masak/ sekejap je.Tak perlu sampai garing. Selamat mencuba!
Tips Kuih Kasturi Rangup & Tidak Berminyak
1. Pastikan Minyak Cukup Panas
Ini adalah kunci utama untuk mendapatkan kuih yang tidak menyerap minyak. Minyak yang terlalu sejuk akan menyebabkan kuih menjadi lembik dan berminyak. Uji minyak dengan menjatuhkan sedikit adunan tepung; jika ia berbuih dengan segera, minyak sudah cukup panas.
2. Jangan Goreng Terlalu Lama
Kuih Kasturi hanya perlu digoreng hingga keemasan. Goreng terlalu lama akan menyebabkan kuih menyerap minyak berlebihan. Angkat kuih sebaik sahaja ia bertukar warna keemasan untuk memastikan tekstur kekal rangup tanpa berminyak.
3. Campuran Tepung Yang Sesuai
Tepung beras dan tepung jagung membantu memberikan tekstur kulit luar yang lebih rangup berbanding hanya menggunakan tepung gandum. Serbuk penaik pula membantu menjadikan salutan kuih lebih ringan dan tidak terlalu tebal.
4. Pastikan Adunan Tepung Tidak Terlalu Cair
Adunan tepung yang terlalu cair akan menghasilkan salutan yang nipis dan kurang rangup. Pastikan adunan cukup pekat supaya kuih disalut dengan baik dan mendapat kulit yang tebal serta rangup.
5. Toskan Dengan Baik Selepas Menggoreng
Selepas menggoreng, letakkan kuih di atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak. Ini penting untuk memastikan kuih tidak terlalu berminyak apabila dihidangkan.
Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau yang rangup dan tidak berminyak memerlukan teknik yang betul dalam penyediaan dan penggorengan. Anda boleh hasilkan kuih yang rangup di luar, lembut di dalam, dan yang paling penting, tidak menyerap minyak.
Dengan mengikuti langkah-langkah dan tips yang telah dikongsikan, anda pasti boleh menyediakan Kuih Kasturi yang enak untuk dinikmati bersama keluarga. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Nasi Ayam Untuk Bayi 10 Bulan Ke Atas Yang Sedap & Mudah
Baca juga: Resepi Sotong Goreng Tepung/ Sotong Celup Tepung Rangup & Lembut
Baca juga: Resipi Ayam Percik Kelantan Yang Mudah & Sedap, Hidangan Istimewa Kesukaan Ramai