Walaupun Dalam Pantang, Isteri Fizo Omar Sempat Kongsikan Cara Buat Lactation Cookies Tanpa Oven

Resepi lactation cookies atau biskut laktasi mampu menggalakkan penghasilan susu ibu secara semulajadi. Bahan yang digunakan pun amat mudah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi lactation cookies ini dikatakan dapat membantu meningkatkan pengasilan susu badan secara semulajadi. Memandangkan kini isteri Fizo Omar, Fazeera sedang berpantang, dia sempat berkongsi resepi lactation cookies untuk para pengikutnya di Instagram. 

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Isteri Fizo Omar kongsi resepi lactation cookies ketika dalam pantang
  • Fazeera tidak mengamalkan diet Intermittent Fasting, makan dengan kerap lima kali sehari
  • Pengalaman bersalin sehingga 10 jam, Fizo Omar setia menemani di sisi

Tidak memerlukan oven dan hanya menggunakan beberapa bahan mudah sahaja, biskut laktasi ini mampu menjadi snek atau kudapan terbaik untuk para ibu berpantang.

Isteri Fizo Omar kongsi resepi lactation cookies ketika dalam pantang

Selamat melahirkan bayi pada 25 Jun yang lalu, isteri Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai kini sedang menjalani tempoh berpantang.

Apa yang menarik, dia dan Fizo Omar sempat berkongsi rutin berpantang di salah sebuah pusat berpantang.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan (120g) rolled oats
  • 1/4 cawan (30g) biji Chia
  • 1/2 cawan (70g) mentega kacang
  • 1/4 cawan (32g) madu
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1/4 (32g) cip coklat hitam

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Masukkan rolled oats dan biji Chia ke dalam bekas.

#2. Kemudian masukkan pula mentega kacang, madu, cip coklat hitam dan juga satu sudu teh esen vanila.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Gaul sebati semua bahan. Sedia untuk dinikmati.

Fazeera tidak mengamalkan diet Intermittent Fasting, makan dengan kerap lima kali sehari

Selain mengamalkan biskut laktasi ini, Fazeera turut berkongsi menu berpantangnya yang lain di laman instagram miliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Hi! Bagi mereka yang bertanya sama ada saya mengamalkan puasa berkala atau tidak selepas bersalin. Buat masa ini saya tidak mengamalkan Intermittent Fasting kerana saya sedang menyusukan bayi jadi perlukan lebih banyak nutrisi untuk diambil.”

“Sebaliknya, saya makan dengan kerap iaitu 5 kali sehari tetapi dalam jumlah yang sedikit. 3 kali sebagai hidangan utama dan dua kali snek (buah-buahan atau pencuci mulut yang ringan).”

“@paramountpostpartum menyajikan pelan diet yang ideal dan boleh diikuti oleh semua orang walaupun dalam perancangan makanan harian anda. Ianya sihat, lazat tanpa MSG dan minimum makanan diproses.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun melalui perkongsian Fazeera itu, ianya telah pun mendapat kritikan ramai orang. Antaranya kritikan yang diterimanya adalah,

“Nama je berpantang tapi tak macam berpantang. Makan entah apa-apa. Pantang ikut orang dulu-dulu amalkan sampai sekarang mana budaya melayu semua nak ikut barat je lagi senang tak payah pantang la macam tu. Nama je melayu.”

“Ni bukan berpantang, ni pantang nampak dalam makanan ada telur ada butter, cookies, kek jenis sejuk-sejuk semua tibai.”

Menjawab kritikan pedas dari orang ramai, isteri Fizo Omar ini dilihat tenang menjawabnya,

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Dan jika ada yang risau jika saya mengamalkan ‘pantang makan’ semasa bersalin, saya sedia maklum bahawa ia adalah makanan tertentu yang dilarang semasa bersalin.

Alhamdulillah saya rasa bertenaga dan baik dengan diri saya yang dapat menyusukan bayi dengan sempurna. Bacaan jaundisnya pula sangat menakjubkan iaitu 3.7 dan risiko jaundis boleh diminimumkan apabila kita mengambil makanan yang sihat untuk membekalkan nutrisi melalui penyusuan.

Apabila anda makan makanan yang baik, anda akan berasa baik tentang diri anda. Keyakinan bermula dari minda, kerana saya benar-benar sedar bahawa perjalanan selepas bersalin bukanlah mudah dan mungkin sedikit memberi tekanan kepada seorang ibu.

Saya doakan semoga Allah permudahkan perjalanan kita. Dan kepada semua ibu di luar sana, kita bersama-sama melaluinya.” Terangnya terperinci.

Walau apa pun pilihan cara berpantang sama ada secara moden atau cara lama pastikan ibu sentiasa mengambil makanan yang penuh dengan khasiat dan bernutrisi tinggi serta rehat dengan secukupnya.

Pengalaman bersalin sehingga 10 jam, Fizo Omar setia menemani di sisi

Berkongsi rasa teruja menimang cahaya mata pertama bersama isteri baharunya itu, Fizo mengatakan pengalaman itu tidak akan dapat dilupakan sepanjang hidupnya.

“Gugur air mata jantan. Gangster macam mana pun si suami dan ayah. Isteri saya dimasukkan ke wad bersalin pada jam 3 petang pada 24 Jun lalu dan hampir 10 jam bersedia untuk melahirkan. Kami memilih untuk bersalin secara normal.”

”Nasib baik buat keputusan yang tepat untuk mengambil bius epidural. Kalau tak, saya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan contraction sebelum nak bersalin. Sepuluh jam, bukan sekejap dan hampir 3 jam meneran sampailah bayi keluar.”

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Apa resipi sup tambah susu badan yang terbukti berkesan dan anda patut cuba ini?

Baca juga: Milk Booster Terbaik & Semula Jadi, 7 Jenis Sayuran Ini BERKESAN Banyakkan Susu Badan!

Baca juga: Ibu Nak Tambah Susu Badan? Jom Cuba 5 Milk Booster yang Terbaik Di Malaysia Ini!

Penulis

Nur Syazwani