Resepi Lempeng Kelapa Paling Simple & Lembut, Sesuai Untuk Sarapan Atau High Tea

Resepi lempeng kelapa atau peknga yang ringkas boleh dicuba di rumah untuk seisi keluarga kerana rasanya sedap dan unik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lempeng kelapa yang juga dikenali sebagai peknga di negeri Utara, merupakan sejenis makanan ringan yang popular di kalangan orang Melayu. Resepi lempeng kelapa yang mudah menjadi makanan ringan kesukaan seisi keluarga.

Ia diperbuat daripada tepung yang dicampur dengan kelapa parut, memberikan rasa yang istimewa dan tersendiri. Orang Melayu Pantai Timur khususnya di Terengganu dan Kelantan sering menjadikan lempeng kelapa sebagai hidangan sarapan pagi yang lazat.

Selain itu, lempeng kelapa menjadi pilihan yang sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang, sedap apabila dihidangkan bersama segelas kopi panas.

Resepi Lempeng Kelapa Atau Peknga

Perkongsian Misza Manap di kumpulan Facebook telah meraih hampir 4 ribu perkongsian. Rata-rata ahli kumpulan berkenaan memuji ‘kecantikan’ lempeng kelapa yang dibuatnya. 

Malah, ramai yang meminta resepi lempeng kelapa dan tips bagi mendapatkan hasil yang sama. Berikut cara membuat lempeng kelapa paling mudah dan lembut:

Bahan lempeng kelapa:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur gred B
  • 1 senduk kelapa parut
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu marjerin 
  • Air (tekstur adunan cair seperti nak buat kuih ketayap)

Nota: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kalau dah letak marjerin dalam adunan lempeng kelapa atau peknga, anda tidak perlu sapu minyak pada kuali sebab ia memang tidak melekat.
  2. Ramai yang minta tips resepi lempeng kelapa lembut dan cantik, saya boleh katakan tiada rahsia lain. Hanya guna kuali kecil dan masak menggunakan api paling perlahan.

Biasanya lempeng kelapa dihidangkan dengan sambal tumis atau kari kering. Namun begitu, lempeng ini juga boleh dimakan begitu sahaja tanpa ada cicahan apa-apa.

Resepi Sambal Bilis

  • 6sb bawang kisar
  • 8sb cili kisar
  • 4sb gula
  • 1-2sb garam
  • 2sb gula melaka (Manisan ni bergantung pada tahap kepedasan cili dan selera anda. Ada orang suka sambal manis2)
  • 1 asam keping saiz sederhana
  • Ikan bilis segenggam (rendam dan bilas dahulu)
  • 6-8 biji bawang siam
  • 1 ketul kecil belacan ( besar kuku ibu jari atau jari tengah, optional)
  • 2 helai daun pandan

Cara memasak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Panaskan mintak, kena ingat minyak kena banyak tau untuk menumis ni. Jangan risau minyak terlebih takkan kacau rasa sambal ni. Lepas masak nanti boleh buang minyak yang terlebih tu.
  2. Bila minyak panas, masukkan bawang kisar dan cili kisar. Masa ni pastikan lebihan minyak dalam 2inci dari keliling bahan tumis. Itu tandanya minyak cukup, kalau tak cukup boleh tambah.
  3. Kemudian masukkan terus bawang siam yang telah dihiris. Kita masukkan awal sebab nak bagi dia betul-betul layu/lembik. Bawang banyak ni sedap tau. Bawang siam ni dia lebih sedap dari bawang rose dan sedikit mahal. Tumis sampai garing.
  4. Kemudian, masukkan gula, garam dan belacan. Tak perlu bakar pun tak apa belacan tersebut. Pastikan bahan tumis tu tak hangit, masak je guna api kecil.
  5. Bila dah betul-betul garing, masukkan air sedikit anggaran dalam 1/2 – 1 cawan. Dan masukkan asam keping.
  6. Tumis lagi sehingga dia betul2 pekat, kemudian masukkan daun pandan. Last sekali masukkan ikan bilis yang telah dikopek dan dibasuh. Bila dah masukkan ikan bilis ni, tumis lagi dalam 10minit macam tu. Andaikata terlebih air, mintak bantuan buah keras ya.
  7. Sambil-sambil tu rasalah cukup atau tidak manis atau masinnya. Dah siap. Anggaran dalam 45minit je untuk masak sambal ni.

Tips sambal bilis sedap dan menjadi:

  • Kisar bawang dan cili, jangan isi air banyak-banyak untuk elakkan dari sambal meletup waktu tengah menumis.

Resepi Sardin

Bahan-bahan sambal sardin:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 tin besar sardin
  • 2 pcs asam keping
  • 4 biji ubi kentang potong
  • Bawang besar hiris bulat
  • Sedikit halia untuk menumis
  • Setengah tin air ( guna tin sardin yg tu juga ye )
  • Garam dan sedikit perasaan
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar

  • 15 tangkai cili kering
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
    ( kisar semua bahan ni )

Cara masak ikan sardin:

  • Panaskan minyak dlm kuali
  • Masukkan halia tumis bahan kisar, masukkan garam, asam keping, perasa dan kentang
  • Guna api sederhana, kacau hingga bahan tumis naik minyak..masukkan sardin air Hingga mendidih. Kentang dah lembut masukkan bawang yang dipotong bulat tadi
  • Kacau sekejap, boleh masukkan cili api jika suka. Tutup api dan siap!

Resepi Kari Ayam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan kari ayam:

  • Ayam ( seekor potong sedang )
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4-5 biji cili api merah( ikut kepedasan sendiri)*
  • 3 biji cili besar*
  • Seinci Halia*
  • 1 sudu kecik Jintan putih*
    ( Bahan² bertanda * di tumbuk @ blend kasar )
  • Sebatang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 sudu besar rempah kari daging/ayam
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 2 biji bawang besar hiris kasar²
  • 1 senduk kecil minyak masak
  • 1 cawan air ( ikut kuantiti kuah yg kita nak )
  • Garam
  • Gula
  • 1 kiub ayam
  • 5 biji kentang di potong besar²
  • Tomato
  • Santan ( optional)

Cara memasak kari ayam: 

  1. Sediakan bekas yang besar, kemudian masukkan ke semua bahan termasuk ayam dan kentang di dalam bekas tersebut. Gunakan tangan, gaul semua bahan sehingga mesra dan sebati
  2. Kemudian masukkan bahan yang digaul ke dalam periuk/ kuali, buka api kemudian masak sehingga pecah minyak. Seeloknya tutup periuk/ kuali tersebut.
  3. Bila nampak dah pecah minyak, boleh masukkan air dan semua bahan perasa. Boleh juga masukkan santan.
  4. Masukkan tomato, renehkan sekejap dan siap untuk dihidang.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Masak Apa Hari Ini (MAHN)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Variasi Resepi Roti Jala Yang Lembut Sedap Cicah Dengan Kuah , Sekali Makan Pasti Nak Lagi!

Baca juga:  Resepi Daging Dendeng Yang Paling Mudah, Makan Dengan Nasi Panas Memang Sedap!

Baca juga:  Resepi Jelly Ball Viral Yang Mudah, Boleh Buat Sendiri Anak-Anak Pasti Suka!