Resipi Penyaram Sangat Sedap & Berlemak Guna Sukatan Cawan Tanpa Peram, Tetap Bersarang Elok Rangup Di Tepi

Resepi penyaram ini ternyata tetap menghasilkan kuih yang lembut di dalam dan rangup di luar, walaupun tanpa perlu diperap semalaman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuih penyaram atau cucur jawa adalah sejenis kuih tradisional yang popular di kalangan masyarakat Melayu, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Bezanya, cucur jawa menggunakan gula melaka manakala resepi penyaram pula menggunakan gula apong sebagai bahan utama.

Resepi ini dikongsikan oleh pengguna Facebook, Jamayah Yahod yang telah menggunakan cara ini berkali-kali tanpa gagal.

Resepi Penyaram Yang Sedap Tanpa Peram

Kalau dah cuba perap semalaman tak menjadi, apa kata kali ini cuba resepi penyaram tanpa peram pula.

InsyaAllah, hasilnya akan menjadi. Saya sendiri sudah mencuba resipi ini beberapa kali, dan Alhamdulillah, semuanya berjaya.

Terima kasih kepada tuan punya resipi, sis Arina Alin Ina.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula apong (gula nipah)
  • 1 cawan tepung beras (apa-apa jenis)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (jenama apa pun boleh)
  • 1 1/2 cawan air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan Adunan Kuih Penyaram:

  1. Di dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum dan tepung beras. Gaul rata.
  2. Kemudian, masukkan air ke dalam campuran tepung. Uli hingga sebati.
  3. Masukkan gula apong. Adunan harus kelihatan sedikit pekat tetapi masih cair.
  4. Kacau hingga sebati dan tapiskan adunan untuk memastikan tiada ketulan tepung.
  5. Goreng dengan minyak yang sedikit dengan api yang perlahan. Tidak perlu rehatkan adunan.

Cara Goreng Kuih Penyaram:

1. Panaskan Minyak

Panaskan minyak dalam kuali yang tebal dengan api sederhana. Pastikan minyak tidak terlalu panas kerana ini akan menyebabkan kuih cepat hangus di luar tetapi tidak masak di dalam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Tuang Adunan

Apabila minyak sudah panas, gunakan senduk kecil untuk mencurahkan adunan ke dalam minyak panas. Tuang adunan ke satu titik di tengah kuali dan biarkan ia mengembang sendiri.

3. Goreng Dengan Api Perlahan

Goreng kuih dengan api kecil hingga sederhana. Kuih akan mula mengembang dan membentuk tepi yang berlekuk secara semula jadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarkan kuih masak perlahan-lahan sehingga bahagian tepi kelihatan garing dan bahagian tengahnya kembung.

4. Balikkan Kuih

Apabila bahagian tepi kuih sudah mengeras dan bahagian tengahnya sedikit kembung, balikkan kuih perlahan-lahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Goreng lagi hingga kedua-dua bahagian berwarna coklat keemasan.

5. Toskan Minyak

Angkat kuih dan letakkan di atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuih penyaram sedia untuk dihidangkan.

Pastikan kuih sejuk seketika sebelum dihidangkan kerana ia akan menjadi lebih rangup di bahagian tepi.

Tips Tambahan Resepi Kuih Penyaram:

  • Bagi yang tidak dapat mencari gula apong atau nipah, anda boleh gantikan dengan gula merah atau gula melaka. Hanya perlu masak gula tersebut dengan 1 1/2 cawan air hingga larut. Tambah 1/2 cawan gula pasir kerana gula merah kurang manis berbanding gula apong. Biarkan sejuk sebelum dicampur dengan tepung.
  • Gunakan api kecil dan jangan terlalu banyak minyak.
  • Jangan tuang adunan terlalu banyak sekaligus supaya kuih tidak melekat antara satu sama lain.
  • Minyak tidak perlu terlalu banyak, cukup sekadar menutupi separuh daripada ketebalan kuih.
  • Sebaiknya, gunakan kuali tebal seperti yang saya gunakan (rujuk video) untuk memastikan kuih masak dengan sekata.
  •  

Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Cempedak Goreng/ Cucur Cempedak Rangup, Kriuk Kriuk Dan Tidak Makan Minyak

Baca juga: Resepi Pisang Goreng Rangup Tahan Lama, Guna 3 Jenis Pisang Yang Sedap Dibuat Goreng

Baca juga: Resepi Roti Bakar Meleleh, Confirm Anak Makan Tak Cukup Satu! Ibu Boleh Cuba, Senang Je!

Penulis

Noorhidayah