Variasi Resepi Sambal Ayam Penyet Homemade Sedap & Tahan Lama

Hidangan yang berasal dari Indonesia ini terkenal di Malaysia, ini resepi sambal ayam penyet yang mudah untuk anda cuba di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Resepi sambal ayam penyet ini khas untuk semua penggemar nasi ayam penyet. Kalau makan di kedai belum tentu puas hati. Buat sendiri di rumah kan lebih bagus, dijamin jimat dan sedap!

Walaupun namanya sambal ayam penyet tak semestinya kena makan dengan menu penyet sahaja. Keunikan rasa yang masam, pedas dan manis membuatkan sambal penyet sentiasa dijadikan pilihan sebagai pelengkap rasa. Kalau makan dengan apa-apa hidangan atau nasi putih pun dah cukup ‘perfect’

Asal Usul Ayam Penyet

Kebanyakan sudah tahu bahawa hidangan ini berasal dari daerah Jawa Timur, Indonesia. Namun, tahukah anda apa itu penyet?

Ia bukanlah bermaksud penyek, sebaliknya dalam istilah bahasa Indonesia bermaksud lumat. Ini kerana kesemua bahan yang digunakan akan di tumbuk lumat sebelum di masak atau dihidang. 

Pada asalnya makanan ini hanya dimakan dengan tempe goreng yang telah disalut dengan garam dan ketumbar dan disajikan dengan sambal.

Tetapi, kini resepinya telah diolah dengan di tambah dengan ayam dan ulam-ulaman yang lain sserta nasi menjadikan ia menjadi salah satu hidangan lengkap ‘favourite’ rakyat Malaysia. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk itu, kami kongsikan variasi resepi sambal ayam penyet yang lengkap dan paling mudah disediakan.

Sebelum membuat sambal, berikut merupakan tips untuk mendapatkan hasil rasa sambal ayam penyet yang sempurna. 

Tips Buat Sambal Penyet Sedap:

  • Jangan goreng tomato dengan bahan lain sebab bila tomato banyak dia akan berair.
  • Lebih sedap bahan ditumbuk berbanding dikisar kerana menghasilkan tesktur sambal yang berlainan.
  • Kisar halus atau kasar ikut citarasa, tapi jangan terlalu halus nanti tak cantik bila kita masak sambal.
  • Pastikan masak sambal dengan minyak yang banyak sebab minyak akan bantu sambal tahan lama.
  • Untuk disimpan sebagai stok, petua untuk matikan kuman, selepas masukkan sambal ke dalam balang tutup balang tapi jangan ketatkan lagi, biar wap naik baru ditutup rapat.

Variasi Resepi Sambal Ayam Penyet

Resepi Sambal Ayam Penyet Berapi Ala Che Nom

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 25-30 biji / 500g cili merah besar
  • 60 biji / 300g cili padi merah
  • 4-5 biji bawang merah
  • 4 biji tomato
  • 1 labu / 12 ulas bawang putih
  • 3 inci belacan
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar serbuk seasoning

Cara Penyediaan:

  1. Cili merah dan cili padi, basuh bersih dan tos kering kemudian buang tangkai dan potong kasar supaya cili tak meletup bila digoreng.
  2. Potong kasar bawang merah dan tomato untuk pekatkan sambal dan kurangkan kepedasan sambal.
  3. Cincang kasar bawang putih.
  4. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih. Goreng sampai bawang lembut. Kemudian angkat dan toskan minyak.
  5. Goreng pulak cili merah dan cili padi. Goreng sampai cili lembut dan layu. Angkat dan toskan. Boleh goreng cili sekali dengan bawang tapi diseebabkan terlampau banyak jadi Che Nom goreng asing nak bagi cepat masak.
  6. Goreng tomato. Jangan goreng tomato dengan bahan lain sebab bila tomato banyak dia akan berair. Bila tomato lembut, angkat dan toskan.
  7. Kisar kesemua bahan dalam chopper. Kalau nak guna blender tambah sikit minyak sebelum kisar. Boleh jugak tumbuk sampai lumat.
  8. Kisar halus atau kasar ikut citarasa, tapi jangan terlalu halus nanti tak cantik bila kita masak sambal.
  9. Panaskan minyak dan goreng belacan sampai garing . Boleh ganti dengan kiub ikan bilis atau ikan bilis goreng.
  10. Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sampai pecah minyak.
  11. Tambah gula, garam dan serbuk seasoning. Kacau sebati.
  12. Tutup api dan masukkan ke dalam balang kaca.
  13. Tutup balang kaca tapi jangan ketatkan lagi, biar sambal sejuk dulu baru tutup rapat (biar wap naik dan kena penutup).

Resepi Sambal Ayam Penyet Sheila Rusly

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-Bahan Untuk Ayam Penyet:

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
  • ½ sudu besar Jintan Manis – sangai
  • ½ sudu besar Jintan Putih – sangai
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – sangai
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Cara Penyediaan:

  1.  Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
  3. Simpan lebihan bahan kisar untuk goreng tempe dan tauhu.
  4. Setelah perap semalaman, golekkan ayam pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Bahan-Bahan Untuk Sambal:

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili.
  4. Setelah layu, masukkan tomato.
  5. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  6. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  7. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
  8. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  9. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  10. Masukkan garam dan gula merah (mengikut citarasa). Gaul rata.
  11. Siap. 

 Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Bahan-Bahan Untuk Nasi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

  1. Cairkan butter ke dalam kuali. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

  2. Masukkan beras yg dah ditoskan.

  3. Kacau lebih kurang 3-5 minit.

  4. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging.

    Loading...
    You got lucky! We have no ad to show to you!
    Iklan
  5. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.

  6. Pindah ke periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.

Bahan-Bahan Untuk Sup:

  • Air rebusan ayam
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Ketumbar
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
  2. Tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar.
  3. Atau boleh gantikan dengan sup bunjut jika ada.
  4. Panaskan sebelum dihidangkan.
  5. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang sebagai hiasan.

Resepi Sambal Ayam Penyet Ala Wong Solo

Bahan-Bahan:

  • 10 ketul ayam bahagian paha
  • Kunyit hidup
  • Lengkuas
  • Serai
  • Daun bay
  • 3 labu bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • Lada hidup
  • Cabai melaka merah
  • Cabai melaka hijau
  • Belacan
  • 2 biji tomato
  • Asam jawa
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Tepung ubi
  • 1 biji telur
  • 2 kiub ayam
  • Kicap ABC
  • Gula putih
  • Gula melaka
  • Garam
  • Minyak masak
  • Tempe
  • Tauhu
  • Salad
  • Timun
Untuk air rebusan:
  1. Rebus ayam, kisar kunyit bersama bawang putih.
  2. Masukkan sekali serai, lengkuas, daun bay, kiub ayam dan garam.
  3. Rebus sehingga ayam masak.
  4. Ambil dalam 1/2 jug air rebusan ayam.
  5. Sejukkan.

Untuk sambal:

  1. Goreng dulu tomato, bawang-bawang, belacan dan semua jenis cili.
  2. Goreng sehingga layu kemudian kisar.
  3. Masak semula dan masukkan gula, garam dan asam jawa.
  4. Masak sehingga bertukar warna gelap.

Untuk lada kicap:

  1. Ambil setengah labu bawang putih, tumbuk segenggam lada melaka dan masukkan kicap ABC.

Untuk bahan kremes:

  1. Satukan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras, telur dan air rebusan ayam tadi yang sudah sejuk.
  2. Kemudian goreng.

Untuk ayam penyet:

  1. Celup bahagian ayam tadi ke dalam adunan krem dan goreng sehingga masak.
  2. Goreng juga tauhu dan tempe.

Untuk nasi pula, boleh masak seperti biasa. Kalau pakai beras wangi lagi sedap. 

  1.  

Resepi Che Nom , Resepi Sheila Rusly, Facebok MAHN Maya Miera

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Sambal Belacan Ikan Bilis Menu Untuk Berbuka Nanti Simple & Sedap! Kecur Air Liur Bila Teringat

Baca juga: 8 Resepi Sambal Yang Mudah & Cukup Menyelerakan, Belum Cuba Lagi Dah Kecur Air Liur!

Baca juga: Variasi Resepi Sambal Belacan Yang Boleh Anda Cuba, Yang Pasti Kick Dan Mudah Dibuat!

Penulis

Noorhidayah