Variasi Resepi Sotong Yang Sedap Dan Mudah Untuk Dimasak, Mesti Suami Dan Anak Suka!

Pelbagai resepi sotong menarik seperti sotong goreng, stim, bakar dan lain-lain yang boleh dicuba di rumah untuk hidangan seisi keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak tahu nak masak menu ringkas untuk masakan sotong yang sedap? Mudah sahaja, anda perlu guna bahan-bahan yang wajib ada di dapur sahaja untuk hasilkan resepi sotong yang enak.

Pelbagai resepi masakan sotong yang menarik seperti sotong goreng, stim, bakar dan lain-lain yang boleh dicuba di rumah untuk hidangan seisi keluarga.

Jangan terlupa, masak sotong sekejap sahaja ya kalau terlebih masak nanti sotong jadi liat pula. Tipsnya, kekalkan rasa berjus dan teksturnya yang lembut dengan memasukkan sotong kemudian dan dimasak sebentar sahaja dengan api yang kuat.

Variasi Resepi Sotong

Kami senaraikan beberapa resepi sotong yang mudah dan cepat disiapkan, jangan lupa praktikkan ya?

1. Sotong Phat Phet ala Thai

Bahan A (Kisar/blender kasar):

  • Cili api/cili merah ikut kepedasan sendiri
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Belacan
  • Lada hitam letak sedikit saja
    (Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong)

Bahan B:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sotong
  • Asam keping
  • 1 batang serai (titik)
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun limau purut

Bahan Sayur:

  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Bunga kobis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yang dititik sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air (jangan terlampau banyak).
  3. Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula.
  4. Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis. Kacau rata dan biarkan layu sedikit,
  5. Angkat, siap dan hidangkan dengan nasi panas.

2. Sambal sotong sumbat telur

Bahan utama:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sotong
  • Udang
  • Telur

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Bersihkan sotong.
  2. Masukkan dalam satu bekas telur, udang cincang, lada cincang, daun bawang cincang.
  3. Tambahkan sedikit garam. Gaul sebati.
  4. Goreng sekejap saja. Letak minyak sedikit sahaja.
  5. Sumbatkan telur yang dimasak sekejap tadi ke dalam sotong.
  6. Tumis cili kering dan bahan kisar.
  7. Masukkan sos tiram,sos cili dan sos tomato.
  8. Perasakan gula dan garam.
  9. Siap.

3. Resepi sotong bakar

Bahan Utama:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sotong 3 ekor

Bahan perap:

  • Serbuk kari 2 sudu besar
  • Serbuk kunyit 1 sudu
  • Sos tiram 3 sudu
  • Sos cili 3 sudu
  • Sos thai 2 sudu
  • Lada hitam 1/2 sudu kecik
  • Garam secukup rasa
    (Optional) letak daun kesum dengan daun limau purut bagi ada aroma wangi

Cara-cara:

  1. Bersihkan sotong.
  2. Perap paling lama sejam. Kalau tak sempat perap pun tak apa kita paham ramai yang tak ada masa perap lama. Sekarang semua mahu cepat. Asal gaul sebati sudah.
  3. Kemudian bakar dalam pan (kuali leper) sampai dia keluar berair (lembut) sudah siap. Api sederhana, tak kuat dan tak slow.
  4. Selepas hidang baru gunting-gunting bagi nampak isi dia itu.

4. Resepi sotong masak kerabu

Bahan-bahan:

  • Bawang putih,
  • Bawang merah,
  • Cili,
  • Sos tiram,
  • Tomato,
  • Kacang panjang,
  • Daun ketumbar,
  • Asam limau nipis,
  • Sotong@ kaki ayam,
  • Suhun (opsional),
  • Gula,
  • Garam.

Cara-cara:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Cincang bawang putih halus-halus 3-4 ulas, masukkan kedalam 3 sudu sos ikan.
  2. Masukkan cili.
  3. Kemudian perahkan asam limau, 2 sudu sos tiram, gula dan garam secukup rasa.
  4. Selepas itu, masukkan sotong yang telah direbus bersama suhun yang telah direbus.
  5. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran tomato, kacang panjang, daun ketumbar.
  7. Siap.

5. Sotong telur masin

Bahan-bahan:

  • 10 ekor sotong (potong nipis),
  • 5 sudu besar tepung jagung,
  • 3 sudu besar lada sulah,
  • 1 biji telur,
  • Sedikit garam.
    (gaul-gaul semua bahan dan goreng sotong selama 3 – 4 minit).
  • Beberapa helai daun kari,
  • 3 batang cili padi,
  • 3 sudu besar mentega (salted),
  • 1 sudu besar gula,
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam.

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega dan masukkan telur kuning. Masak sampai berbuih.
  2. Masukkan cili padi/daun kari/serbuk pati ayam, gaul rata semua.
  3. Masukkan sotong goreng tadi dan gaul sampai rata/kering, tutup api.
  4. Tabur gula dan gaul lagi dalam seminit biar gula sebati dan rata.
  5. Rebus telur masin 2 biji (ambil kuning sahaja dan hancurkan sedikit).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Senarai Resepi Daging Simple & Sedap Untuk Keluarga, Suami Dan Anak-Anak Mesti Suka!

Baca juga : 7 Resepi Berpantang, Suami Tak Pernah Masuk Dapur Pun Confirm Boleh Buat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : 7 Resepi Aiskrim Buah Homemade Yang Mudah & Sedap, Anak-Anak Pasti Sukakannya!

Penulis

Nursyamimi