Resepi Steamboat Ala Johnny Yang Meriah & Sedap, Buat Sendiri Boleh Makan Sampai Puas!
Resepi steamboat homemade ala Johnny ini sesuai dinikmati dengan seisi keluarga dengan pelbagai pilihan isi dan sos pedas-pedas manis
Musim cuti sekolah ini anak-anak pastinya banyak menghabiskan masa di rumah. Sekali sekala tidak salah hidangkan mereka dengan makanan yang istimewa persis restoran terkenal. Apa kata anda cuba resepi steamboat ala-ala Johnny yang mudah dan gerenti sedap.
Hidangan ini sesuai dinikmati untuk seisi keluarga. Jika anda makan di restoran, ia memerlukan kos agak tinggi, lebih-lebih lagi jika memiliki anak yang ramai. Baik buat sendiri di rumah kerana boleh makan sampai puas.
Resepi steamboat homemade yang sedap dan mudah
Seorang ibu, Aisyah Humaira telah berkongsikan menu yang disediakan buat keluarganya sempena cuti sekolah ini.
Zie cuba buat resepi steamboat ala Johnny di rumah. Alhamdulillah, anak-anak dan suami semua cakap sedap! 98 peratus hampir sama dan puas makan. Sup panas, pelbagai isi steamboat dan sos ala Johnny pedas-pedas manis. Boleh makan sampai puas.
Resepi sos steamboat
Bahan kisar:
- 10 biji lada merah besar dibuang biji
- 10 biji cili padi merah jika tak suka pedas boleh kurangkan
- 4 ulas bawang putih
- 1 genggam batang ketumbar bersama akarnya
## Kisar semua bahan ini hingga lumat bersama sedikit air
Bahan untuk sos:
- setengah botol sos cili
- 2 sudu besar minyak bijan
- 5 sudu besar sos ikan
- 5 sudu besar cuka
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sunquick
- 2 kiub pati ayam knorr
- 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan setengah gelas air
- 2 gelas air
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu besar bijan putih
- 1 mangkuk kecil daun ketumbar dihiris halus
- 6 biji bawang putih dicincang halus
Cara penyediaan:
- Masukkan Semua bahan kisar dan bahan sos dalam periuk kecuali AIR TEPUNG JAGUNG dan DAUN KETUMBAR.
- Kacau rata dan masak hingga mendidih, kemudian masukkan air tepung jagung dan kacau sebati.
- Perlahankan api dan biarkan sos mereneh 20 minit atau hingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa masam, pedas, manisnya jika ada yang terkurang tambah garam, gula atau apa-apa yang perlu tabur hirisan daun ketumbar. Banyak lagi sedap.
p/s: jika sos steamboat cair, tambah air bancuhan tepung jagung. Jika terlalu pekat tambah sedikit air. Siap sos kuah steamboat.
Resepi sup steamboat
Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang putih ditumbuk
- 2 biji bawang merah kecil ditumbuk
- Sedikit minyak untuk menumis
- 3 ketul kiub pati ayam
- 1 sudu besar serbuk lada putih
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- Garam, gula secukup rasa
- 1 batang kecil lobak putih dihiris bulat
- 1jug air atau mengikut banyak kuah yg diingini
Cara penyediaan:
- Panaskan sedikit minyak.
- Tumiskan bawang putih dan serbuk lada hitam hingga naik bau, kemudian masukkan air.
- Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan semua bahan berbaki satu persatu
- Bila sup dah masak boleh la masukkan bahan-bahan steamboat.
Cara menikmati hidangan steamboat bersama keluarga
Ada beberapa cara untuk menikmati hidangan steamboat agar lebih sedap dan puas. Berikut tips yang mungkin berguna buat anda:
- Masa mestilah sesuai ialah pada waktu cuaca sejuk, musim hujan atau waktu malam. Lebih sedap menikmati steamboat ini untuk memanaskan badan
- Pemilihan bahan-bahan steamboat yang segar dan pelbagai. Jika ia bahan sejuk beku, kami menyarankan untuk memilih jenama premium bagi mendapatkan rasa lebih sedap dan berkualiti. Untuk makanan laut, pilih yang segar bagi menjadikan hidangan anda sempurna
- Sediakan bersama sayur-sayuran, mee ataupun megi.
- Untuk kuah steamboat, lebih baik sediakan dua versi iaitu sesuai untuk dewasa dan satu lagi sesuai untuk kanak-kanak
- Hidangan sampingan yang lain seperti nasi goreng atau buah-buahan menjadi padanan hebat apabila menikmati steamboat
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Crab Rangoon Yang Rangup & Sedap, Kudapan Viral TikTok Kesukaan Anak-Anak!
Baca juga: Resepi Air Yogurt Homemade Yang Mudah & Sedap, Guna 4 Bahan Sahaja, Anak Mesti Suka!
Baca juga: Resepi Donut Susu Homemade Yang Gebu Ikut Cara Azlina Ina, Jadi Kesukaan Anak-Anak