X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Demi Sesuap Nasi, Budak Darjah 6 Sanggup Jual Cendawan Tiram Dari Rumah Ke Rumah

23 Jun, 2022
Demi Sesuap Nasi, Budak Darjah 6 Sanggup Jual Cendawan Tiram Dari Rumah Ke RumahDemi Sesuap Nasi, Budak Darjah 6 Sanggup Jual Cendawan Tiram Dari Rumah Ke Rumah

Cendawan tiram yang dijual budak sekolah menjadi viral apabila dia dikatakan sanggup 'cuti' sekolah semata-mata ingin mendapatkan sesuap nasi

Kisah seorang kanak-kanak yang menjual cendawan tiram dari rumah ke rumah menjadi tular apabila ramai berasa kasihan dan ingin membantunya.

Kejadian ini dipercayai berlaku di Johor Bahru. Seorang wanita, Rosmaliana Roslan memuat naik perkongsian di Facebook bersama beberapa keping gambar yang tidak mempamerkan wajah sebenar kanak-kanak berkenaan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Wanita kongsi kisah sedih budak jual cendawan tiram.
  • Mengundang pelbagai persoalan dan juga persepsi.

Wanita kongsi kisah sedih budak jual cendawan tiram

budak jual cendawan

Hasil perkongsian oleh Puan Rosmaliana Roslan di laman Facebook miliknya telah mengundang perasaan sebak di hati semua netizen. Menurutnya, budak ini telah datang ke rumah untuk menjual cendawan tiram.

"Dia bagi salam depan rumah datang nak jual cendawan tiram. Saya dekat dalam pada mulanya tak nak beli. Tapi agak lama dia depan rumah sambil duduk dan bagi salam tak putus-putus.

Saya buka pagar dan tengok air muka, Ya Allah kesiannya. Tanya dah makan belum, katanya belum. Saya tanya nak makan tak? Dia kata nak. Saya pelawa masuk dan ajak makan kuey teow goreng (masak untuk sarapan pagi tadi). Alhamdulillah habis.

Saya sempat tanya dia masa makan. Tinggal mana? Ayah dan mak ada tak? Ayah kerja apa? Sekolah ke tak? Katanya tinggal kat Cahaya Baru. Ayah kerja Rela. Mak ada tapi kerja kat Pahang. Balik seminggu sekali.

Adik-adik pun ada lagi, sorang darjah 5 jual cendawan juga tapi kawasan lain. Dia sekolah lagi, darjah 6 tapi katanya ayah suruh cuti harini suruh jual cendawan. Allahuakbar umur lebih kurang anak saya je ni, tapi dah berkorban tolong keluarga.

jual cendawan

Mungkin Allah sedang menguji keluarga ini, tapi dalam tak sedar Allah sedang menguji saya juga. Kadang Allah nak uji kita melalui orang lain.

Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki untuk adik ini. Kalau ada terjumpa adik ni, beli lah walaupun satu. Kesian sebenarnya." Akhirinya.

Mengundang pelbagai persoalan dan juga persepsi

wanita beli cendawan

Hasil perkongsian tersebut telah pun mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen di hantarannya itu ada yang turut bersimpati nasibnya malah ada juga yang mengecam kedua ibu bapa budak ini.

Murah rezeki akak. Hebat. Moga adik ni membesar dengan sihat dan jadi anak yang hebat.

Area mana ni. Sepaket berapa? Ada info boleh khabar nanti nak borong.

Tak faham aku dengan mak bapak manusia ni. Anak pulak yang kena cari duit untuk keluarga. Kadang mak bapak sihat jew tapi dah selesa hidup macam tu. Dengan budak ni orang cepat kesian tak beli tapi bagi duit sedekah ke budak.

Sepatutnya tanggungjawab bapa mencari rezeki untuk keluarga. Kenapa suruh anak yang jual bapa buat ape. Rela bukan hari-hari keje pun. Kesian adik ni.

Walau apa pun, semoga adik ini membesar menjadi seorang yang bertanggungjawab, berjaya dalam hidup dan sentiasa sabar dan tabah dalam menjalani kehidupan.

Kepada ibu dan ayah, sentiasalah tunjukkan contoh terbaik untuk anak-anak, bertanggungjawab dan bangkit hadapi ujian hidup demi masa depan yang cerah. Sesungguhnya tiada kerugian dalam kepenatan berusaha.

Rosmaliana Roslan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Sanggup Berhujan & Berpanas Teman Ayah Jual Aiskrim, Tertidur Kerana Kesejukan

Baca juga:  Isteri Pergi Tanpa Berita, Lelaki Ini Tabah Dukung Anak Perempuan Sambil Jual Keropok

Baca juga: Dengan Duit Menjual Teh, Lelaki Ini Bawa Isteri Melancong Ke 18 Buah Negara

Stories Rakan Kongsi
Jadikan Waktu Duduk Di Rumah Lebih Bermakna Bersama Si Manja Dengan Menyertai Friso®️ Gold Mombassador 2021!
Jadikan Waktu Duduk Di Rumah Lebih Bermakna Bersama Si Manja Dengan Menyertai Friso®️ Gold Mombassador 2021!
Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila
Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila
How to Teach Your Child Good Eating Habits - So They Can Reach Their Optimal Growth!
How to Teach Your Child Good Eating Habits - So They Can Reach Their Optimal Growth!
Adakah Anak Anda Suka Meniru Perangai Orang Lain?
Adakah Anak Anda Suka Meniru Perangai Orang Lain?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nur Syazwani

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Demi Sesuap Nasi, Budak Darjah 6 Sanggup Jual Cendawan Tiram Dari Rumah Ke Rumah
Kongsikan:
  • Bawa Anak Kecil Masuk Wayang, Ramai Terganggu & Rimas Dengar Bunyi Menangis

    Bawa Anak Kecil Masuk Wayang, Ramai Terganggu & Rimas Dengar Bunyi Menangis

  • Cuba Selamatkan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Dipukul Lelaki Menggunakan Kayu

    Cuba Selamatkan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Dipukul Lelaki Menggunakan Kayu

  • (Video) Kejutan Untuk Suami Bertukar Jadi Momen Lucu, Pekerja Kedai Salah Ejaan Pada Kek

    (Video) Kejutan Untuk Suami Bertukar Jadi Momen Lucu, Pekerja Kedai Salah Ejaan Pada Kek

app info
get app banner
  • Bawa Anak Kecil Masuk Wayang, Ramai Terganggu & Rimas Dengar Bunyi Menangis

    Bawa Anak Kecil Masuk Wayang, Ramai Terganggu & Rimas Dengar Bunyi Menangis

  • Cuba Selamatkan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Dipukul Lelaki Menggunakan Kayu

    Cuba Selamatkan Anak Dari Diculik, Lufya Omar Cedera Dipukul Lelaki Menggunakan Kayu

  • (Video) Kejutan Untuk Suami Bertukar Jadi Momen Lucu, Pekerja Kedai Salah Ejaan Pada Kek

    (Video) Kejutan Untuk Suami Bertukar Jadi Momen Lucu, Pekerja Kedai Salah Ejaan Pada Kek

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.