Kalau tonton drama Korea, mesti akan ada adegan yang memaparkan pelbagai jenis makanan, sampai terliur tengok. Di sini, kami kongsikan resipi corndog cheese tarik ala Korea daripada Che’ Nom.
Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?
- Resipi corndog cheese tarik
- Tips penting ketika menyediakan corndog cheese tarik yang menjadi
Bahan utama yang diperlukan untuk resipi ini ialah mozzarella cheese block. Ini adalah untuk mendapatkan tekstur keju yang cair apabil digigit sewaktu panas.
Resipi ini mudah disediakan dan ia boleh tahan lama. Ibu boleh buat banyak dan simpan sahaja di bahagian sejuk beku.
Resipi corndog cheese tarik
Masa penyediaan: 15 minit
Masa memasak: 5 minit
Jumlah hidangan: 6-7 batang corndog
Bahan untuk corndog
- Air secukupnya, untuk rebus hotdog
- 6-7 batang hotdog
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu kecil serbuk penaik
- Susu penuh krim, anggaran dalam dua cawan
- 1 biji telur
- 1 sudu besar serbuk keju parmesan, pilihan
- 1 sudu kecil garam
- Serbuk breadcrumb, anggaran dalam 1 1/2 cawan
- Cornflakes, anggaran 1 cawan
- 250g blok keju mozzarella
- Lidi satay
- Sedikit tepung gandum
- Mayonis
- Sos cili
Cara penyediaan:
- Panaskan air. Rebus hotdog dalam air yang mendidih selama dua hingga tiga minit. Angkat dan toskan.
- Masukkan tepung gandum, gula, serbuk penaik ke dalam mangkuk.
- Tuang sedikit susu penuh krim dan telur. Kacau sehingga agak sekata.
- Tambah susu penuh krim sedikit demi sedikit sehingga dapat kepekatan yang sesuai.
- Masukkan serbuk keju parmesan dan garam, kacau sebati. Rehatkan adunan dalam peti sejuk selama 10 minit.
- Ramas cornflakes sehingga menjadi serbuk kasar. Gaulkan dengan serbuk breadcrumbs. Ketepikan.
- Potong ketulan keju mozzarella kepada kiub kecil anggaran panjang dan lebar 2cm x 2cm.
- Potong sosej kepada dua atau empat bahagian (mengikut citarasa anda)
- Ambil lidi satay, cucuk sosej dan selang seli dengan keju mozzarella yang dipotong tadi. Ulang sampai habis.
- Tabur atau golekkan susunan tadi atas tepung gandum.
- Tuang adunan yang direhatkan tadi ke dalam cawan yang tinggi sehingga sampai penuh.
- Celup lidi corndog ke dalam cawan adunan, angkat dan salut dengan serbuk cornflakes dan breadcrumbs. Tekan-tekan sedikit menggunakan tangan supaya kemas.
- Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan toskan atas kertas tisu.
- Boleh hias dengan mayonis dan sos cili.
Tips penting ketika menyediakan corndog cheese tarik yang menjadi
- Adunan tepung jangan terlalu cair kerana nanti salutan akan jadi terlalu nipis.
- Tujuan salut dengan tepung gandum sebelum celup dengan tepung adalah untuk memastikan tepung melekat dengan baik
- Boleh gunakan breadcrumbs sahaja jika tiada cornflakes
- Api jangan terlalu kuat masa menggoreng kerana nanti ia akan jadi perang di luar tetapi dalam tidak panas. Bila tidak panas, keju tidak akan jadi bertali.
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Resipi Bubur Ini Bantu Naikkan Berat Badan Baby Agar Lebih Gemuk, Jom Cuba Ibu!
Baca juga: Ibu Kreatif Kongsi Resipi Egg Roll Untuk Bayi 1 Tahun Elak Anak Cepat Bosan
Baca juga: Anak Bersedia Untuk Makan Buat Kali Pertama? Cuba 14 Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Penuh Khasiat Ini!